BAB 16

881 57 0
                                    

Aku izuwann dan sham berjalan beriringan menuju ke belakang bilik. Sampai saja aku memandang sekeliling. Hutan. Mesti hutan lebat ni. Aku berpaling ke arah diorang yang buat persiapan nak masuk hutan.

"Ui buat apo?" Tanya aku yang bercangkung kat sebelah maria.
   
"Hweh kau ni j! Terkejut aku! Bagilah salam dulu kalau iye pun." Marah maria.

Anuar iza sara santi dan beberapa orang lagi memandang aku dan tergelak.
   
"Okay! Okay! Sorry!. Assalamualaikum semua. Buat apa tu"
   
"Ha! Macam gitu lah. Waalaikumsalam." Jawab maria dan yang lain serentak..
   
"X buat apa j. Ingat lepas habis aktiviti nak masuk hutan lah. Alang-alang dah dekat sini. Hiking hiking." Ucap maria excited.
   
"Ooo. Siapa pergi lagi?" Tanya aku.
   
"Aku iza sara santi. Anuar kau ikut kan?" Tanya maria.

"Eh mesti lah aku ikut. Kalau aku tak ikut tak adanya aku nak buat benda alah ni."

"Ooo"

"Eh j! Kau mesti ikut kan?
   
"Insyaallah. Kalau aku okay aku join." Ucap aku sambil pandangan mata aku jatuh kat santi. Santi hanya senyap tak bercakap apa-apa.

"Sham dan izuwann korang ikut tak?" Tanya maria.

"Kitaorang tak ada halangan pun."

"Okay cantik. Jom lah weh. Dah nak masuk asar dah ni." Ucap maria.

Yang lain dan aku terus bangun berdiri.

"Esok pukul berapa?" Tanya sham.

"Lepas isyak kita bincang balik okay. Aku nak terkencing ni."

"Hish kau ni. Asal eh tangki kau tu asyik nak membanjir je." Bebel sham.

"Eh suka hati aku lah tangki aku. Sibuj je" Balas maria.

Aku hanya tersenyum melihat sham dengan maria. Berjumpa mesti berakhir dengan pergaduhan. Elok kawin je diaorang berdua tu.

"Sudah!" Ucap aku.

Aku melangkah beberapa tapak ke depan. Bila aku orang yang ke last, aku kena pegi dulu. Yang lain-lain ikut belakang aku. Bila aku pusing aku, entah lah mungkin khayalan aku atau tidak, Aku perasan santi tundukkan kepala dan berjalan diikuti yang lain. Tak lama tu aku perasan santi tersenyum. Senyuman yang susah untuk aku huraikan. Aku tak pasti yang lain nampak atau tak senyuman santi tu. Aku berhenti melangkah dan berpatah balik pergi dekat santi.
   
"Balik!" Ucap aku lantas menarik lengan baju santi.

Santi hanya mengikut tanpa banyak bantahan. Yang pasti time tu bulu roma aku tegak yang teramat sangat. Sampai di bilik, santi terus menuju ke katil dan baring membelakangkan kitaorang. Aku hanya memandang tingkah laku santi. Aku tahu sekarang santi tak okay!. Selepas solat asar, aku dengan yang lain-lain hanya duduk kat dalam bilik. Ada yang baca majalah. Ada yang main handphone. Ada yang main game. Yang main game tu aku lah. Hoho!

KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'Where stories live. Discover now