PANDORA 13

88 13 9
                                    

Seperti segerombolan angkasawan yang akan berangkat ke bulan, tiga orang doktor yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan peribadi memasuki ruangan yang ditempai Kiel.

Masih dalam keadaan sfera lut sinar itu dipenuhi wasap sedatif, tubuh lembik Kiel yang terjelepok ke atas permukaan lantai diangkat lalu diletakkan ke atas katil. Setelah memastikan gadis tersebut benar-benar sudah tidak sedarkan diri, satu butang yang mengaktifkan peranti khusus bagi menyedut semua kandungan kimia di dalam sfera itu ditekan. Udara bercampur wap sedatif dikeluarkan dan digantikan dengan udara segar seperti biasa.

Picagari dikeluarkan daripada kotak yang dijinjit oleh salah seorang daripada mereka. Dengan kecekapan yang piawai, isi di dalam picagari tersebut disuntikkan terus ke urat paling besar pada leher Kiel manakala seorang lagi memasukkan data tertentu pada kekunci komputer yang berkelip-kelip di penjuru bilik. Menatap ke arah tingkap bercermin gelap di atas sana kerana tahu mereka sedang diperhatikan lalu tunduk hormat buat seketika.

Prof. Auriel yang duduk menekur meja dengan kedua-dua tangan saling bertaut di bawah dagu menolak bingkai kaca matanya lebih rapat ke hidung seraya tersenyum puas.

Kini, mereka hanya perlu menunggu!

+               +              +

Selepas beberapa ketika,peranti khas yang dikawal secara automatik daripada papan kekunci digital di dalam ruangan peninjauan tersebut berhenti menyemburkan wasap putih dan Prof.Auriel kembali menumpukan perhatian kepada subjek di dalam sana.

Hampir setiap pasang mata yang berada di dalam bilik kawalan tersebut tertumpu kepada kaca besar pandang sehala yang memisahkan ruangan bilik tersebut dengan ruang yang menempatkan Kiel namun Prof.Auriel mendadak terkaku ketika bingkai wajah Kiel memenuhi hampir separuh daripada skrin kamera pemantauan sedang menatapnya dengan senyuman senget.

" Kita bertemu lagi nampaknya,Prof.Auriel."

Wanita tersebut hampir terjajar ke belakang tatkala Kiel melayangkan tatapan sinis sambil menggerak-gerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan seakan sendinya lenguh akibat baring tersalah bantal.

Tidak! Bagaimana mungkin??

Ace tanpa sedar bangkit daripada kerusi yang didudukinya lalu menatap bingkai wajah tersebut dengan pandangan ngeri.

Dalam keadaan begitu, Prof. Auriel menganggukkan kepalanya sekilas kepada beberapa orang doktor di sebelahnya dan seakan telah memahami arahan tanpa suara itu, dua orang doktor berserta lelaki berkot hitam pantas menyelit dari celah pintu.

Dan daripada cermin pandang sehala di hadapan mereka,lelaki-lelaki berkot hitam tersebut menerpa masuk dengan diikuti oleh dua orang doktor tadi dan sesiapa pun tahu tujuan mereka. Memeriksa keadaan Kiel yang sangat mengejutkan itu.

Bagaimana tidak. Wasap putih yang disembur memenuhi ruangan bilik tersebut merupakan sebatian kimia yang bertindak khusus dan memberikan kesan kepada sistem neuromuskular sama seperti fungsi pistol taser yang digunakan pasukan keselamatan. Mendatangkan kesan gangguan fungsi neuron hampir serta-merta dan membuatkan sesiapa sahaja akan mengalami kekejangan otot.

Namun lihatlah Kiel. Masih tegak berdiri sambil melayangkan senyuman mengejek!

Ketika para doktor dan susuk berkot hitam tersebut sudah berada di dalam ruangan tersebut, dengan tidak semena-mena pintu yang diperbuat daripada aloi tebal itu tertutup dengan sendirinya membuatkan bukan sahaja mereka yang berada di dalam sana kaget bahkan pasukan pengendali sistem teknikal makmal tersebut kalut sendiri.

Mereka tidak menutup pintu bilik tersebut dan bahkan tidak pun menyentuh papan kekunci komputer super yang mengawal keseluruhan sistem makmal itu.Dalam keadaan pintu tersebut dikendalikan secara manual, diperlukan paling kurang tiga orang untuk menutup ataupun membukanya dan hampir mustahil untuk angin kuat menerobos ke dalam makmal tersebut lalu meniupnya sehingga tertutup dengan sendiri.

Salah seorang daripada lelaki berkot hitam tersebut mengacu selaras pistol pendek yang berisi peluru pelali dan dengan kecekapan yang tidak diragukan, dia melepaskan tembakan tepat ke arah leher Kiel. Peluru berupa jarum suntikan berisi cairan sedatif dengan dos kemolaran tinggi.

Seperti tiba-tiba disengat serangga, Kiel menekap lehernya sambil mengetap gigi. Tanpa berkedip, jarum suntikan yang terbenam ke dalam lehernya itu dicabut begitu sahaja lalu dicampakkan ke lantai.

Perlahan menoleh dengan pandangan jengkel dan tidak semena-mena segenap lampu pendaflour yang menerangi ruangan makmal tersebut berkelip-kelip malahan ada yang mulai memercikkan anak api. Sementara di ruangan peninjauan pula skrin-skrin maya dan imej hologram juga berkedip. Sebentar cerah sebentar gelap seperti mengalami gangguan teknikal.

Alat interkom dua hala di dalam ruangan peninjauan tersebut juga berdesing tajam.Memancarkan bunyi berfrekuensi tinggi sehingga mengakibatkan ada antara doktor di ruangan peninjauan tersebut menekap cuping telinga.

" Mustahil! " Prof. Auriel terbeliak cemas
" Tidak mungkin.. "

Hanya dengan satu kibasan tangan, katil putih di tengah ruangan makmal terpelanting dan menimpa salah seorang daripada lelaki berkot hitam tersebut membuatkan dia tercampak ke dinding.

Ace, Dizz dan Ibanez pantas menghampiri skrin besar dan tanpa sedar mereka tergamam beberapa detik.

Menerima isyarat daripada Prof. Auriel, belasan lelaki berpakaian kemas itu berlarian mendatangi ruangan makmal yang menempatkan Kiel.

Dalam pandangan yang hampir tidak berkedip, mereka menyaksikan bagaimana gadis bertubuh kecil dalam balutan pakaian putih itu dengan mudah sekali menewaskan lelaki berkot hitam yang jelas jauh lebih tinggi, tegap dan sangar berbandingnya.

Pada ketika beberapa lelaki menyerangnya serentak, dia meleraikan cengkaman mereka seperti menghalau lalat yang hinggap pada tubuhnya. Dalam kelip lampu yang pantas dan percikan anak api, Kiel dengan kecepatan juga kecekapan yang mencengangkan mudah sahaja menewaskan lelaki-lelaki tersebut malahan dalam keadaan  dia hampir tidak berganjak terlalu banyak dari tempatnya berdiri.

Susuk tubuh yang sempat menerima penangan Kiel terkulai tidak sedarkan diri sementara doktor yang turut memasuki bilik tersebut juga menerima nasib yang sama.

Hanya dalam satu kerdipan mata, bingkai wajah Kiel sudah terpampang jelas pada skrin komputer utama menandakan dia menghadap lensa kamera.Sambil tersenyum senget dia bertanya " Meriah sekali sambutan untuk aku, Prof. Auriel! "

"Aappaaa.."

Ace mengetap gigi. Menatap senyuman senget Kiel tiba-tiba sahaja dia bagaikan mengerti makna senyuman tersebut.

Bagaimana jika sebenarnya bukan mereka yang mencari Kiel tetapi sebaliknya Kiel yang memasang umpan agar mereka menemuinya?

Kejadian di kedai serbaneka, pertembungan Kiel dengan gerombolan upahan pemaju dan akhir sekali bagaimana mereka dengan mudahnya membawa Kiel ke makmal tersebut.

Hilang ingatan? Apakah ia jugaa...

Seperti pintasan-pintasan aneh menyambar fikirannya, Ace menatap tajam wajah Kiel di sebelah sana. Luna 004.Spesimen dengan ciri-ciri unggul yang terpaksa dilupuskan kerana memiliki trait yang lebih sukar dikawal.Memiliki kemampuan IQ 200.Penglihatan dan memori fotografik.Mampu menguasai bahasa asing dalam tempoh masa yang singkat.Mahir dalam seni mempertahankan diri.

Spesimen bahaya yang tiba-tiba hilang semasa hendak dihapuskan!

Apakah ia bermakna....

" Tskk.... Susah sangatkah memahami segalanya, Ace? "

+            +           +

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now