PANDORA 5

98 13 5
                                    

Kawasan sekitar bangunan rumah kedai setinggi dua tingkat itu hingar-bingar dengan bunyi siren kenderaan polis yang saling bersahut-sahutan. Selain daripada kenderaan pasukan keselamatan,ada pula kelihatan dua buah ambulans .

Dan seperti kebiasaannya,hingar-bingar begitu pasti sebentar sahaja menjadi tumpuan para warga yang tercangak-cangak memanjangkan leher bagi memastikan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Oleh kerana itu,pihak berkuasa terpaksa meletakkan pita rentang pasukan keselamatan dan meletakkan beberapa orang pegawai polis untuk mengawal keadaan yang semakin lama semakin tidak keruan.Bunyi denyar kamera menganggu pendengaran.

Berita penculikan tersebut meresahkan seluruh penduduk metro dan ia diburukkan lagi dengan kehadiran media elektronik dan media percetakan yang menjadikan tempat tersebut sebagai lubuk untuk mencari skop berita walaupun telah beberapa kali dihalau oleh pasukan polis atas sebab keselamatan.

Beberapa buah van daripada stesen televisyen swasta yang berlainan dipakir sebarangan arah dan setiap inci lensa kamera tertuju ke arah tingkat dua bangunan tersebut.Sementara itu ada pula beberapa orang wartawan sedang berdiri di tempat-tempat yang berasingan dan sedang menghadap kamera bagi melaporkan perkembangan insiden penculikan tersebut secara langsung.

Betapakan tidak.Penduduk metro yang selama ini aman makmur dengan kehidupan seharian itu tiba-tiba sahaja digemparkan dengan berita penculikan berprofil tinggi yang melibatkan seorang diplomat dari luar negara.

Malahan tuntutan para penculik itu juga tidak main-main.Mereka akan membebaskan tebusan sebagai harga pertukaran kepada Don Kixx-salah seorang penjenayah antarabangsa yang paling dikehendaki dan kini sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa sementara menunggu pertuduhan dijatuhkan.

Don Kixx sememangnya memiliki reputasi sebagai ketua salah sebuah kumpulan mafia yang terlibat dengan kesalahan jenayah yang berat .Bertahun-tahun lamanya pasukan keselamatan mengerah segala aset dan kemahiran yang ada untuk membanteras kegiatan kumpulan tersebut namun tidak ada yang membuahkan hasil sehinggalah dia berjaya diberkas beberapa minggu yang sudah.Tetapi tidak ada yang menyangka bahawa penangkapan Don Kixx akan membawa kepada kejadian yang lebih besar dan melibatkan seorang diplomat asing pula.

Kumpulan tersebut menculik seorang diplomat asing sebagai tebusan dan hanya akan membebaskan lelaki tersebut serta beberapa orang tebusan yang lain setelah segala permintaan mereka dipenuhi.

Mereka mahukan Don Kixx dibebaskan tanpa sebarang syarat !

Jika permintaan mereka gagal dipenuhi,mereka akan membunuh seorang bagi setiap tiga jam sehinggalah apa yang mereka kehendaki terpenuhkan .

Kejadian tersebut bukan sahaja mendatangkan keresahan kepada penduduk metro malahan ia juga meninggalkan impak besar kepada hubungan diplomatik antara dua buah negara dan sudah tentu akan membawa kepada kesan jangka panjang yang lebih serius.

Dan disebabkan keadaan tersebut,pemimpin tertinggi kerajaan mengatur apa sahaja langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kedaan menjadi semakin buruk.

Sebuah khemah sementara dipacak dan menjadi pusat operasi taktikal dan kelihatan ramai sekali anggota pasukan keselamatan yang lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mundar-mandir di kawasan tersebut membuatkan suasana semakin lama semakin tegang dan cemas.

Tidak cukup dengan pita rentang pasukan keselamatan,kawat berduri baru sahaja diturunkan daripada sebuah trak dan dengan pantas ia diletakkan mengelilingi rumah kedai tersebut bagi membentuk satu perimeter .

Tatkala satu susuk tubuh berjalan pantas menuju ke dalam khemah tersebut,para anggota yang berpangkat lebih rendah segera memberikan tabik hormat dan dibalas dengan sedikit anggukan.

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now