PANDORA 9

67 11 1
                                    

Kiel senyap sementara Puan Arta yang menuam lebam pada pipi Vin juga tidak menyahut sedangkan anak sulungnya,Shin yang baru sampai itu sudah mencak-mencak tidak keruan.Pembicaraan perihal serangan tersebut menjadi lain dari sudut pandang pemuda itu sebagai seorang anggota pasukan keselamatan.

" Keadaan sudah begini teruk tetapi mak masih rahsiakan dari saya?" tajam sekali tatapan mata pemuda tersebut membuatkan Kiel ingin cepat-cepat pergi dari situ.

" Saya tak apa-apa,Shin.Jangan risau."

" Menyentuh seseorang tanpa kebenaran pun sudah dianggap sebagai satu kesalahan apatah lagi sehingga mendatangkan kecederaan begini!"

Mendengarnya, Vin diam sekali lagi dan hanya meringis sakit tatkala sudut bibirnya yang pecah ditekap dengan sehelai tuala suam yang basah.Dia tahu percuma berdebat dengan pemuda itu.Tidak ada gunanya.Tambahan pula bukan tarafnya untuk bertengkar dengan anak sang majikan.

Sementara itu bagi Shin hal tersebut bukan satu perkara yang boleh dianggap main-main.Mana mungkin dia boleh bertenang seperti keinginan sang ibu dan Vin dalam keadaan sedemikian?

Turun sahaja dari kereta -itupun diletakkan secara semberono demi melihat kejadian tersebut di hadapan matanya- imej Vin yang berdarah pada wajah membuatkan kemarahannya meledak.Apatah lagi apabila melihat wajah ketakutan ibunya yang merengkuh bahu Vin dengan lemah.

Tidak dapat dipastikan kenderaan yang dinaiki oleh lelaki-lelaki tersebut kepunyaan siapa kerana sebaik sahaja dia sempat menangkap nombor pendaftaran kenderaan tersebut dan meminta seseorang di Unit Keselamatan Trafik memeriksanya,nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak wujud dalam sistem mereka.

Maka,jelaslah kepadanya kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu.Setelah diselidiki,ternyata kejadian tersebut bukanlah kejadian pertama yang berlaku di kawasan kejiranan itu dan segalanya pasti berkaitan dengan notis pengosongan yang diberikan kepada para pemilik premis di kawasan tersebut.

Marah kepada para pengacau yang berani mengugut dan mengancam ibunya memang benar tetapi dia lebih jengkel kerana hal tersebut dirahsiakan daripada pengetahuannya pula.

Shin mengakui sememangnya boleh dikatakan agak jarang menjenguk ibunya kerana desakan tugas yang tidak putus-putus tetapi sukar sangatkah jika hal tersebut dikhabarkan kepadanya walaupun hanya melalui sistem pesanan ringkas?

Dengan ketiadaannya dan ditambahkan lagi dengan Riyo yang berkampung di pusat latihan sebagai persediaan intensif menghadapi kejohanan antarabangsa ,bagaimana jika sesuatu hal yang buruk berlaku kepada ibunya?

Bagaimana mungkin dia meletakkan tanggungjawab untuk menjaga ibunya kepada orang lain?

Pekerja di Bakeri Oneus hanya dua orang.Vin,si barista yang mirip putera salju dengan susuk lampai seperti bintang iklan.Vin dan kekasaran adalah dua hal yang sangat bertentangan.Jari-jemari pemuda tersebut lebih serasi mengisar biji-biji kopi dan menyeduhnya di dalam cawan berbanding menggenggamnya menjadi penumbuk untuk beradu kekuatan dengan lelaki-lelaki sangar tersebut.

Dengan kemeja putih lengan panjang yang dilipat sehingga paras siku,seluar dan apron hitam mendakap bingkai tubuhnya,wajah berkulit cerah dengan kaca mata yang bertenggek pada batang hidungnya serta persona yang ditebarkan melalui lemparan senyum kepada pelanggan-bukan hal mengejutkan jika Vin menjadi daya penarik bakeri tersebut.

Bahkan tidak menghairankan sama sekali ada pengunjung bakeri tersebut yang betah berlama-lama di situ walaupun hanya memesan sepotong kek keju semata-mata untuk melihat otot dan samar urat kehijau-hijauan pada lengan pemuda tersebut mengelinjang tatkala dia mengisar biji-biji kopi.

Lalu akan disandarkan kepada Kielkah? Pekerja rencam bakeri tersebut tidak berkeadaan lebih baik daripada Vin. Kurus seperti orang yang membesar tanpa mendapat gizi yang mencukupi,berketinggian sederhana dan memiliki raut wajah aneh yang sangat sukar untuk menunjukkan sebarang emosi.Tersenyum jauh sekali.Rambut kelabu keperakannya dipotong pendek tetapi didandan asal-asalan sahaja.Sepatah ditanya,sangat beruntung jika dia membalas dalam jumlah kosa kata yang sama bilangannya.Terlalu senyap dan tidak banyak tingkah.

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now