PANDORA 7

69 12 6
                                    

Bunyi berdesing yang tiba-tiba menyambar deria pendengaran Kiel membuatkan kakinya yang sejak tadi melangkah sedikit tergesa-gesa mulai bertukar kepada larian yang pantas.Pintasan naluri aneh yang dirasakannya membuatkan bulu romanya tegak berdiri.Senyap-senyap kerana tidak ada cara untuk membuktikannya,dia tahu.Setiap kali merasakan pintasan naluri aneh begitu-pasti ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Dengan dua buah plastik terjinjit pada kedua-dua belah tangannya,Kiel mengencangkan larian dan sebaik sahaja matanya menangkap dua buah kenderaan SUV hitam dan sebuah van bercermin gelap-bungkusan plastik berisi serbuk kopi dan beberapa bahan untuk membuat biskut awal pagi nanti terlepas dari pegangannya.

Sejak dua bulan kebelakangan ,kelibat kenderaan bercermin gelap tersebut tidak menghairankan bagi semua penduduk kawasan kejiranan tersebut.Beberapa bulan yang sudah,para pemilik kedai dan premis lain di kawasan tersebut heboh apabila menerima notis untuk mengosongkan tempat tersebut dalam masa tiga bulan dan tidak terkecuali Puan Arta,wanita baik hati yang memberikan pekerjaan dan tempat tinggal kepada Kiel.

Alasan yang diberikan,pemilik lot bangunan tersebut telah menjual tanah itu kepada sebuah syarikat pemaju Dan kini-pemilik baru hendak merobohkan lot bangunan tersebut dan digantikan dengan pembinaan sebuah kasino !

Merasakan mereka telah ditipu,ramai antara pemilik kedai di kawasan tersebut tidak mengendahkan notis malahan satu aduan rasmi telah dibuat kepada pihak pentadbiran tempatan tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang dibuat.Melalui notis tidak diendahkan.Dan kini,pemaju kawasan tersebut mulai bertindak berani dengan menghantar gerombolan lelaki yang tidak lain bertujuan untuk membuat kacau dan menakut-nakutkan para pemilik premis di kawasan tersebut supaya mereka segera berpindah.

Sejak kehadiran beberapa orang lelaki ke kedai beberapa hari yang lepas,Kiel sudah mulai tidak sedap hati.Walaupun kunjungan lelaki-lelaki tersebut sepertinya hanya kedatangan pelanggan yang biasa,tetapi Kiel dapat merasakan mereka bukan mendatangi bakeri tersebut sekadar untuk menikmati kopi dan beberapa potong kek.

Dan ternyata andaian awal Kiel benar.Lelaki-lelaki tersebut semakin kerap mengunjungi kedai tersebut malahan mulai bertindak kurang ajar dengan mengasari Vin tatkala pemuda itu dikatakan menyediakan kopi panas yang pahit rasanya dan tidak sesuai pada tunas rasa salah seorang daripada lelaki itu.

Kepada sang majikan kekhuatiran tersebut dikatakan Kiel tetapi wanita itu hanya mendiamkan diri dan mengarahkan agar kunjungan lain kali para pemuda itu dilayani dengan lebih baik.Kiel tahu wanta tersebut tidak mahu menimbulkan kekecohan walaupun tahu lelaki-lelaki tersebut dihantar oleh pemaju untuk menakut-nakuti mereka.

Dua minggu yang lepas,pemilik salun rambut di hujung jalan terlibat dalam kemalangan langgar lari dan kini masih berada di hospital akibat kecederaan pada tulang bahu.Sebelumnya,tuan punya kedai serbaneka pula diserang oleh orang yang tidak dikenali.Bukankah ia jelas merupakan plot yang tersusun? Bagaimana mungkin kedua-dua pemilik kedai di kawasan tersebut mengalami kecelakaan pada selang tempoh yang sangat hampir?

Sepertinya ugutan pihak pemaju yang dilaksanakan melalui samseng upahan itu mendatangkan kesan.Menjelang malam,kawasan kejiranan tersebut akan lengang dan kedai-kedai yang pada lazimnya beroperasi sehingga tengah malam menutup perniagaan masing-masing lebih awal daripada biasa.

Bulu-bulu halus pada tengkuk Kiel meremang tegak dan serta-merta ada hawa panas yang menderu ke kepala apabila melihat gerombolan lelaki yang beberapa kali mengunjungi kawasan kejiranan tersebut mengheret tubuh lembik seseorang di atas permukaan jalan yang kasar.Kiel kenal lelaki pertengahan umur itu.Pengunjung tetap bakeri hampir setiap hari untuk membeli biskut kacang yang menjadi kegemaran anak-anaknya.

Dalam masa yang sama pula, beberapa orang lelaki melepaskan penumbuk dan penendang ke dada Vin yang sedaya-upaya untuk bangkit walaupun jelas kekuatan mereka langsung tidak seimbang.Vin,pemuda bertubuh sederhana yang dipertanggungjawabkan untuk membancuh minuman tersebut sudah berdarah di sana-sini sementara seorang lelaki pula mencengkam kasar kolar baju yang dipakai Puan Arta membuatkan darah Kiel meruap ke ubun-ubun.

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now