PANDORA 12

100 12 8
                                    

Kiel bangkit dengan lutut yang masih menggeletar .Sedikit tidak percaya dengan tindakan pemuda tersebut yang muncul secara tiba-tiba entah dari mana dan dalam hanya berapa kerdipan mata sudah mampu menumbangkan susuk tubuh lelaki-lelaki sangar bersenjatakan besi itu dengan tumbukan dan diakhiri dengan tendangan padu.

"Terima kasih."

Kiel tunduk seketika mewakilkan rasa terima kasih dan bersyukurnya atas bantuan lelaki tersebut sebentar tadi.Jika bukan disebabkan pertolongan lelaki itu,dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya.

Namun,sekilas Kiel melihat ada seringai sinis yang tercetak pada bibir pemuda tersebut dan ketika itu jugalah pemuda itu menjulur penumbuk.Dalam keadaan masih terpinga-pinga begitu,tanpa sempat mengelakkan tumbukan tersebut-Kiel sudah tumbang ke belakang dan mendarat di atas permukaan tar jalan yang kasar.

Sambil menggerak-gerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan,pemuda tersebut tersengih seakan-akan meremehkan Kiel yang bangkit kehairanan kerana dia menerima serangan mendadak begitu tanpa sebab yang jelas.

Dan belum sempat Kiel bertanyakan mengapa lelaki tersebut menyerangnya,satu lagi penendang hinggap pada perut membuatkan sekali lagi Kiel terundur ke belakang.

" Kenapahhhhughhhh.."

Pertanyaan tersebut tersangkut ketika pemuda yang sama mendaratkan penumbuknya benar-benar pada wajah gadis tersebut.Entah sejak bila dua orang lagi pemuda sudah berdiri di hadapan Kiel sambil melayangkan tatapan mengejek ke arahnya bagaikan memandang seekor tikus pembuat onar yan terkial-kial dalam perangkap.

Sekali lagi Kiel tergamam apabila hanya dalam satu kerdipan mata pemuda tersebut sudah berdiri di hadapannya lalu sepantas kilat mencengkam lehernya dengan kejap sambil tersengih.Tanpa sempat mengelakkan cengkaman tersebut,Kiel merasakan ada sesuatu yang menusuk ke lehernya.Rasa sejuk tiba-tiba merambati tubuhnya dan hampir serta-merta juga Kiel tumbang .

+ + +

Dia tidak tahu sudah berapa lama dirinya tidak sedarkan diri dan lampu siling yang terang menyilaukan pandangan mengisi penglihatannya sebaik sahaja dia terjaga.Ruang bilik tersebut putih di mana-mana dan suhu sejuk daripada pendingin hawa besar di atas siling menderu membiaskan satu bau yang tajam dan berbau ubat.

Kiel sedaya-upaya untuk bangkit daripada tempat pembaringannya dan dia serta-merta menyedari bahawa dia telah berada di suatu tempat yang sangat asing kepadanya.

Selain daripada ruangan bilik yang putih dan lampu yang menyala cerah membutakan pandangan,dia juga menyedari bahawa katil di mana dia dibaringkan itu sebenarnya berada dalam sebuah sfera lutsinar gergasi.

Tidak ubahnya seperti seekor tikus ujikaji,sfera lutsinar tersebut terletak di tengah-tengah bilik yang diyakini Kiel sebagai sebuah makmal.Seluruh ruangan putih tersebut senyap dan hanya ada sebuah tingkap besar yang didindingi oleh sekeping kaca tebal.

Masih bertatih akibat sendi-sendinya yang terasa sakit ,Kiel mengitari sfera lutsinar sempit yang memenjarakan tubuhnya itu dan ketika disentuh,Kiel merasakan ada renjatan elektrik yang lemah dan berdiri hampir dengan dinding sfera tersebut membuatkan bulu-bulu halus pada lengan dan anak-anak rambut Kiel tegak akibat tenaga elektrik statik daripada dinding sfera tersebut.

Perlahan-lahan bagaikan cuba untuk mengumpulkan kembali kesedarannya,Kiel mengitari ruang sempit sfera tersebut dan memerhatikan keadaan dengan cemas.Kosong,putih dan terang benderang dan tidak ada sesiapa pun yang berada di dalam bilik tersebut.

" Lepaskan aku! " Kiel melaung keras
" Walau siapa pun kalian,aku bukanlah orang yang kalian cari!"

+ + +

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now