PANDORA 10

66 14 0
                                    

Kerana cuaca dingin akibat hujan yang turun dan tidak pula menunjukkan tanda akan berhenti dan mneyedari pula kebiasaan bas yang selalu dinaikinya akan datang lambat disebabkan kesesakan aliran trafik pada waktu puncak begitu,Kiel mengambil keputusan untuk menghangatkan tubuhnya dengan semangkuk mee segera sementara menunggu hujan sedikit reda.

Sedikit berlari anak, Kiel memasuki sebuah kedai serbaneka sambil mengibas rambutnya yang sempat disinggahi butir-butir hujan.Penggera automatik segera diaktifkan dengan suara monoton seorang wanita yang mengucapkan selamat datang dan tanpa bertangguh,Kiel segera menuju ke rak yang menempatkan pelbagai jenama mee segera sama ada yang berkuah ataupun tidak.

Sebungkus mee dalam bekas plastik diraihnya lalu Kiel menuju ke kaunter pembayaran setelah mengambil dua batang sosej,air mineral dan juga sebungkus kecil kepingan keju.Mee segera dengan sosej dan kepingan keju merupakan menu biasa bagi Kiel jika dia tidak punya selera untuk menyantap roti ataupun dia terlalu malas untuk memasak.

Harga makanan dibayar termasuk juga caj penggunaan ketuhar gelombang mikro dan dia segera menuju ke sebuah meja panjang - merentang dari kiri ke kanan dinding kaca tebal kedai serbaneka tersebut yang menghadap jalanraya.Selepas membasuh tangan,sosej yang sudah bersih dipatah-patahkan lalu dimasukkan ke dalam mangkuk mee segera dan akhir sekali dia memasukkan kepingan keju.

Pemasa ditetapkan ke tujuh minit dan sementara menunggu mee segeranya masak,Kiel melabuhkan duduknya di atas permukaan kerusi seraya memerhatikan panorama lewat petang di luar sana.

Hujan.Walaupun tidak terlalu lebat tetapi dengan ketibaan musim bunga yang baru bermula dua minggu yang lepas,lazim sebenarnya jika hujan turun secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda.

Kadangkala ia akan turun walaupun matahari memancar cerah.Lebat ,tiba-tiba tetapi hanya turun beberapa belas minit dan matahari akan memancar semula selepas itu.Ketika itulah awan merekah dengan sinaran matahari dan ianya hal biasa jika kemunculan semula matahari selepas hujan begitu membawa bersama pelangi tujuh jalur yang melengkung indah antara jejalan pohon ceri yang menguntumkan kudup harumnya.

Ataupun jika alam sedang ingin memperlihatkan keajaiban semahu-mahunya,awan tebal yang memayungi penjuru alam mendadak merekah ditembusi jalur-jalur cahaya seperti silinder cerah dalam curahan hujan yang beransur teduh.

Lalu, bersama hembusan angin semilir yang membawa haruman kuntum-kuntum Sakura,alam kemudiannya kembali terang sementara dada langit bersih sekali. Tinggi.Membiru dengan sedikit jurai awan yang tipis .Berarak perlahan dibawa angin.

Dalam leka Kiel memerhatikan panorama di luar sana melalui dinding kaca,penggera ketuhar gelombang mikro berbunyi menandakan mee segera yang ditambahkan potongan sosej dan kepingan keju itu telah masak.Namun, tepat ketika Kiel melabuhkan semula duduknya setelah meletakkan mangkuk mee segera,pintu berderit kesekian kali dan ucapan selamat datang kedengaran lagi.

Kiel kembali menghadap mangkuk plastik pakai buang berisi mee yang masih berasap. Meniup jurai mee segera yang sudah melekit oleh kepingan keju separuh cair.Masin,pedas dan hangat.

" Tidak keberatan jika kami duduk di sini?"Kiel mengangkat wajah ketika satu suara menendang gegendang telinganya.
" Oh,silakan."

Senyum sekilas dilemparkan Kiel dan dia kembali meneruskan suapannya yang sempat terganggu.Walaupun rancak menyuap mee segera yang masih hangat ,Kiel merasakan ada tiga pasang mata yang memerhatikannya entah mengapa.Rimas.Hendak menyegerakan suapan,mee berkuah pekat itu masih terlalu panas untuk dihirup sekaligus .

Apakah mereka ini merupakan orang-orang suruhan pemaju yang mahukan premis Bakeri Oneus segera dikosongkan?
Demikian monolog hati Kiel apabila menyedari pemuda-pemuda tersebut memilih meja tempatnya menikmati mee segera berbanding meja lain yang kosong tidak berpenghuni.

JÈ ROUGE: HALF SILVER MOONWhere stories live. Discover now