Bab 2 : Bilik Siulan

72 18 11
                                    

Hidup aku mula berubah sepenuhnya setelah kematian adik aku, Nolani.
Kematiannya itu memberikan kesan yang amat mendalam pada kedua ibu bapaku lebih-lebih aku yang rasa bersalah kerana tidak memantaunya ketika dia bermain di tepi tasik.

Kadang, aku rasa aku adalah penyebab adik aku mati lemas dan aku tidak mampu untuk melupakan hal tersebut walaupun peristiwa itu sudah berlalu bertahun-tahun lamanya.

Setahun Kemudian. . .

Aku dan keluargaku berpindah masuk ke sebuah rumah agam milik keluarga moyang belah ayahku.

Setiap kali jarum jam menunjukkan jam 12 tengah, pasti salah satu diantara bilik di rumah agam tersebut akan 'dibisingkan' dengan bunyi siulan. Adakah ini kerana rumah agam peninggalan moyangku ini mempunyai sejarah hitam? Entah,aku pun tak tahu yang aku tahu ibu dan ayah terpaksa tinggal di rumah agam yang agak kosong ini demi kelangsungan hidup memandangkan rumah kami telah pun disita.

Tipulah, kalau aku cakap yang aku tidak rindu rumah lamaku. Meskipun, tidak besar dan tidak berapa nak cantik, sekurang-kurangnya, aku berasa selesa malah selamat dan itulah yang dipanggil rumah.

Tapi, sekarang aku sering sahaja menutup kedua-dua belah telingaku kerana aku sering terganggu dengan bunyi siulan tersebut. Aku tidak dapat tidur malam seperti biasa malah aku lebih rela tinggal di hutan yang terdapat haiwan liar daripada mendengar bunyi siulan yang asyik mengganggu waktu rehat aku.

Sudah banyak kali aku mengadu kepada ibu dan ayah namun, mereka hanya berkata yang aku tidak cukup rehat dan lebih menyarankanku mengabaikannya sahaja.

"Sudah tentulah ibu dan ayah senang menghadapi waktu malam yang memenatkan itu sebab kamu berdua memang pandai apabila melibatkan 'pengabaian'. Isleen sudah tidak tahan lagi . Isleen tidak boleh nak pura-pura pekak" jelasku dengan marah sambil mengharapkan mereka mendengariku.

Namun, memang itulah kehebatan mereka, 'mengabaikan'. Aku rasa seperti bercakap dengan tunggul batu. Hari ini,aku bertekad untuk masuk ke bilik tersebut. Lantaklah apa nak jadi sekalipun,janji aku dapat waktu rehat aku semula.

Tepat jam 12 malam . . .

* bunyi siulan *

"Seperti yang dijangkakan" bisik hatiku lalu segera masuk ke dalam bilik itu sambil tanganku memegang sebatang penyapu sebagai senjata.

"Eh? Peliknya" aku agak terkejut apabila melihat bilik tersebut sangatlah cantik dan seakan-akan aku sedang berada di dalam bilik hotel yang mewah.

Dengan pantas, aku segera menoleh ke belakang dan aku melihat kesemua bahagian tingkat atas yang sebelum ini agak buruk kerana dahulu tingkat atas ini pernah terbakar dan tidak  digunakan lagi untuk merehatkan diri sebaliknya hanya menyimpan barangan sahaja.

"Dah pelik ni"

"Kamu sudah balik, akhirnya" kedengaran suara seorang lelaki dewasa yang umurnya berlingkuan dalam 30 tahun ke atas.

Aku begitu terkejut dan terus berdiri kaku.

"Kenapa? Kamu terkejut sebab lihat saya? Saya tak apa-apalah" kata lelaki yang lebih dikenali sebagai Martin itu.
"Siapa kau? Sekarang sudah tahun 2020 bukan 1900" soalku sambil menggigil ketakutan apabila aku melihat lelaki itu berpakaian seperti lelaki kaya yang mungkin golongan bangsawan pada zaman dahulu.

"Apa maksud kamu?" tanya Martin sambil ketawa lalu mendekatkan dirinya pada aku. Beliau kemudiannya, menghalakan diriku ke arah cermin.

"Kamu isteri saya" ujar Martin.
Aku semakin bertambah takut apabila melihat diriku berpakaian seperti wanita zaman dahulu. Mata aku perlahan-lahan,melirik ke arah sebingkai gambar yang terdapat wajah Martin dan seorang wanita yang wajahnya hampir sama dengan diriku.

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now