Hari ini, aku ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit baru yang berusia dalam 17 tahun. Namanya, Cahaya. Cahaya dimasukkan ke Hospital Sakit Jiwa apabila pihak polis dapat tahu yang Cahaya sebenarnya mengalami masalah mental ketika seorang doktor memberi keterangan di Mahkamah yang terdapat di Shah Alam bahawa Cahaya menderita skizofrenia dan telah bertahun-tahun menderita khayalan yang sangat mengganggu.
Jadi, tidak hairanlah kalau dia boleh cederakan kawan-kawan dia serta ibubapa dia sendiri menggunakan sebilah pisau. Nasib baiklah tidak menyebabkan kematian.
Setelah, Cahaya sudah berada dalam keadaan yang stabil, aku ditugaskan untuk memantau Cahaya. Malah, disebabkan itu, aku berpeluang untuk berbual dengan Cahaya. Aku seorang doktor pelatih dan aku sememangnya dilahirkan dengan mempunyai rasa ingin tahu yang kuat.
"Selamat pagi" ucapku lalu duduk berhadapan dengan Cahaya.
Kami berdua saling bertatapan mata. Namun, Cahaya hanya mendiamkan dirinya dan terus memandang ke bawah semula. Keadaan menjadi agak janggal dan sunyi buat seketika.
"Bolehkah, saya tinggal di sini mulai sekarang? Kalau boleh, saya tak nak pulang ke rumah" kata Cahaya secara tiba-tiba. Aku pun terus memberi reaksi muka yang kehairanan.
"Sebenarnya, ia bukan lagi rumah saya. Manusia di dalam rumah itu bukanlah ibubapa saya. Sebaliknya, raksasa yang hanya berpura-pura baik untuk teruskan hidup" jelas Cahaya.
"Saya fikir saya boleh lari ke sekolah tapi rupa-rupanya itu adalah tempat yang paling menakutkan. Terdapat banyak raksasa di sana. Saya perlu membunuh mereka untuk tenangkan diri saya. Mereka layak untuk dibunuh sebab mereka bukanlah manusia sebaliknya raksasa yang mungkin mampu menghancurkan dunia" jelas Cahaya lagi lalu mula mengigil ketakutan.
"Te-tengoklah, lengan dan leher saya penuh dengan calar-balar. Saya fikir dengan mencederakan diri. Raksasa-raksasa itu tidak akan menganggu saya lagi. Tapi,sebaliknya mereka semakin dekat dengan saya" ungkap Cahaya sambil menunjukkan parut yang memenuhi dirinya.
"Bolehkah kamu tolong saya? Kamu seorang sahaja manusia di sini. Bantulah, saya bunuh mereka. Kita berdua dalam bahaya" rayu Cahaya sambil menangis lalu menggenggam tanganku dengan erat.
Rasa ingin tahuku semakin kuat.
"Apa sebenarnya yang telah terjadi? Macam mana mereka boleh bertukar menjadi raksasa?" tanyaku.
"Saya tak tahu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kadangkala, mereka terlalu melayani saya seolah-olah saya sangat lemah dan macam saya ni perlukan bantuan hampir setiap hari". jawab Cahaya.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Kejadian yang berlaku sebelum Cahaya dimasukkan ke dalam Hospital Sakit Jiwa. . .
"Semuanya kelihatan hitam dan putih di mata aku. Aku tak tahu mengapa aku berasa sangat sedih dan sakit" bisik hati aku.
"Cahaya!" panggil Murni yang baru sahaja tiba di kelas.
"Kadang, aku dapat melihat kesemua manusia yang berada di sekelilingku sedang tersenyum jahat padaku" bisik hatiku lagi.
"Kau OK ke? Kenapa muka kau muram? Macam sakit mental je" gurau Murni lalu ketawa peralahan. Aku hanya mendiamkan diriku lalu mengukirkan senyuman palsu.
Aku menghabiskan hari persekolahanku seperti hari-hariku yang membosankan. Aku benci tempat ini. Penuh dengan manusia yang berlagak dan mementingkan diri. Entah apa yang membuatkan aku membencikan mereka. Setibanya,aku di rumah,aku terpaksa mendengar bebelan ibubapa aku.
Setiap hari, setelah aku menjalani hari yang memenatkan di sekolah, aku terpaksa menambahkan lagi rasa penatku dengan bebelan ibubapaku yang selalu sangat berasa tidak puas hati dengan segala benda yang aku buat.
![](https://img.wattpad.com/cover/263145766-288-k247675.jpg)
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
HorrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...