Bab 5 : Nasib

52 16 3
                                    

Aku serta kawan-kawanku iaitu Amir, Jamilah serta Zainab merupakan antara pelajar yang terpilih untuk menyertai kem perkhemahan di sebuah Hutan. Kem perkhemahan biasanya tidak akan lengkap kalau tak ada kisah seram. Jadi, aku dan kawan-kawan aku serta dua orang guru yang kami rapat iaitu Cikgu Naufal dan Cikgu Saleha bersetuju untuk berkongsi kisah seram masing-masing. Tidak kiralah dari segi pengalaman mahupun rekaan.

Kami bertujuh duduk di tengah-tengah hutan sambil menyalakan unggun api.
Kami semua berkongsi kisah seram masing-masing. Ketika kami bertujuh sudah merasa seram sejuk apabila mendengar setiap kisah seram yang dikongsikan,tiba-tiba muncul seorang gadis yang bernama Fitrah yang entah daripada mana muncul.

"Saya sudah terlepas banyak kisah seram ke?" tanya Fitrah.

"Sebenarnya,masih belum lagi sebab kami baru sahaja hendak bermula. Tadi, hanyalah untuk sesi panaskan badan sahaja" Amir bercanda sambil ketawa.

"Siapa awak?" tanya Jamilah.

"Oh. Saya penduduk kampung di sini. Kalau, kamu semua terus berjalan ke kanan, kamu akan jumpa kawasan perumahan di sini" jelas Fitrah sambil menunjukkan arah jalan dari mana dia datang.

"Jadi, bolehkah saya bercerita kisah seram saya pula?" tanya Fitrah.

"Mestilah" balasku.

Kami bertujuh terus memandang Fitrah dengan fokus dan tidak sabar mendengar kisah seram daripada gadis cantik itu.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

"Kisah seram ini bertajuk 'Cinta Buta'. Kisah ini bermula apabila seorang gadis yang sangat cantik rupa paras dan baik akhlaknya, disukai dan diminati oleh penduduk lelaki. Setiap hari, hampir setiap masa, gadis itu tidak mampu untuk mempunyai privasinya sendiri kerana hampir setiap masa, penduduk lelaki mengekori gadis itu walaupun, ada diantara mereka telah pun berkahwin dan mempunyai anak.

Gadis itu sememangnya berasa tidak selesa dan tidak selamat. Semua ini bertambah lebih teruk apabila ada salah seorang penduduk lelaki ditangkap oleh Ahli Surau ketika penduduk lelaki tersebut sedang mengintai gadis itu saat gadis itu sedang mandi" dengan penuh teliti, Fitrah bercerita.

"Kesian dia. Mesti dia dalam ketakutan" celah Zainab.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

"Mestilah dia takut. Jadi,sebab itulah gadis itu lari dan menghilangkan diri. Tapi, entah bagaimana dia ditangkap oleh seorang tukang kebun yang juga merupakan ketua kampung di situ.
Ketua kampung itu memaksa gadis tersebut berkahwin dengan beliau akan tetapi gadis itu menolak. Maka, gadis itu diseksa dengan teruk sehinggalah muncul seorang jejaka yang menyelamatkan gadis itu.

Hidup dia menjadi selamat untuk seketika. Tapi, ia tidak lama kerana jejaka itu kemudiannya mati dibunuh oleh penduduk kampung kerana jejaka itu berjaya menawan hati si gadis yang mereka semua idamkan. Sedikit demi sedikit, keadaan kampung itu menjadi huru-hara apabila setiap lelaki yang mencintai gadis itu mati secara misteri" jelas Fitrah lagi.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

"Secara misteri?" cikgu Naufal ingin tahu.

"Darah mereka, semuanya di sedut sambil mata mereka terbeliak dan mulut mereka ternganga. Ramai penduduk kampung mula mengesyaki bahawa ia adalah angkara si gadis itu. Jadi, kerana itu, dia diseksa dan dikurung. Tiada sesiapa yang mahu mendengar penjelasannya. Gadis itu menangis dan menangis di dalam bilik yang dia dikurung" tambah Fitrah lagi.

"Jadi, apa yang terjadi seterusnya?" Cikgu Saleha semakin ingin tahu.

"Pada suatu malam, ketika gadis itu sedang menangis, dia terdengar jeritan daripada semua penduduk kampung. Mereka semua berteriak "Raksasa! Raksasa! Raksasa"; sebanyak tiga kali. Maka, gadis itu pun mengintai dari sebuah lubang yang kecil. Dia dapat melihat yang semua penduduk kampung lari bertempiaran dan ada seekor raksasa yang mengejar mereka. Raksasa itu menyedut darah mereka. Seorang demi seorang dibunuh. Tidak kiralah, kanak-kanak dan wanita sekalipun, semuanya mati dibunuh" jelas Fitrah lagi sekali.

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now