Bab 12 : Kembar

54 16 3
                                    

Gabriella dan Isabella merupakan pasangan kembar perempuan yang lahir pada tahun 70an di sebuah rumah agam yang terletak jauh di dalam hutan.

Kelahiran mereka itu menjadi bualan penduduk yang turut tinggal berdekatan di situ. Bagi mereka,kelahiran Gabriella dan    Isabella sebenarnya adalah satu malapetaka.

Para penduduk percaya bahawa pasangan kembar itu sebenarnya ahli sihir jahat. Hal ini menjadi lebih teruk apabila para penduduk yakin bahawa setiap kembar yang wujud di dunia ini sebenarnya satu sumpahan daripada Tuhan kerana pasangan kembar adalah manusia yang pelik dan 'cacat' bagi mereka.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

"Kami tidak dibenarkan bermain di luar rumah. Kami hanya dibenarkan bermain di dalam rumah. Belajar pun,kami belajar di rumah" kata Isabella pada anak patung beruangnya.

"Saya sudah bosan untuk terus bermain sorok-sorok bersama Gabriella dan saya tahu Gabriella juga sudah jemu untuk bermain dengan saya" luah Isabella sambil memeluk erat anak patung beruangnya.

"Saya tertanya, apa yang teruknya tentang kami, sehinggakan penduduk kampung membenci kami? Kami tidak boleh berpindah keluar kerana ayah adalah seorang ahli perniagaan paling terkaya di daerah ini. Ibu kami pula meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan kami. Kami dijaga oleh salah seorang pembantu rumah perempuan yang sebaya dengan mediang ibu" bisik hati Gabriella sambil merenung ke luar tingkap.

Tiba-tiba dahi Gabriella berdarah akibat terkena balingan batu daripada salah seorang penduduk.

"Manusia pelik!" teriak penduduk tersebut.

"Gabriella!" panggil pembantu rumah yang dikenali sebagai,  Mrs.Cecilia.

"Mari Gabriella" Mrs.Cecilia memapah Gabriella masuk ke dalam bilik dan merawat luka yang terdapat pada dahi Gabriella.

"Mrs.Cecilia.  .  ." panggil Gabriella dengan nada suara yang sayu.

"Ya?" sahut Mrs.Cecilia.

"Saya dan Isabella adalah manusia yang pelik ke?" tanya Gabriella.

"Mestilah tidak, sayang" nafi Mrs.Cecilia.

"Habis,kenapa mereka meperlakukan kami seperti itu?" Gabriella menginginkan kepastian. Mrs.Cecilia hanya tersenyum sayu lalu meninggalkan Gabriella. Tidak lama kemudian,Isabella pun masuk ke dalam bilik sambil memeluk erat anak patung beruangnya.

"Kamu masih lagi bermain dengan TeddyBerry?" hairan Gabriella.

"Mestilah. Kami berdua ialah kawan baik" balas Isabella.

"Umur kita sudah berusia 10 tahun, Isabella. Jadilah, matang" tegas Gabriella lalu segera mengambil TeddyBerry.

"Gabirella! Pulangkan semula TeddyBerry!" rayu Isabella.

"Percayalah, Isabella. Ini, untuk kebaikan kita berdua juga" jelas Gabriella lalu membakar TeddyBerry di tempat pendiangan.

"TeddyBerry. . ." menangis Isabella.
Gabriella juga turut menangis namun dia menyembunyikan wajahnya daripada Isabella lalu segera masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Ayah mereka, Mr.Qib hanya pulang ke rumah setiap kali malam menjelma. Beliau selalu sibuk dengan kerja dan walaupun, sudah pulang ke rumah, beliau masih lagi sibuk dengan urusan kerja.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

7 Tahun Kemudian. . .

Gabriella dan Isabella akhirnya berani  keluar daripada rumah dan bersiar-siar di pekan. Kali ini, kehadiran mereka itu disambut dengan meriah oleh penduduk lelaki terutamanya para pemuda. Mereka semua tidak berhenti memikat Gabriella dan Isabella.

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now