|TAKARA ,KAGEYAMA DAN TODOROKI|
"Tak guna! Sekarang,aku dah terpisah dengan abang aku!" aku mula mengeluh lalu sumpah seranah entah pada siapa. Lenganku kemudiannya dipegang erat oleh Kageyama.
"Sudah. Bertenanglah. Kita pergi cari rumah yang boleh dijadikan tempat pelindung buat sementara waktu"
"Aku akan cuba,hubungi Takada, guna telefon aku" celah Todoroki.
"Kau boleh hubungi Takada?" terujaku.
"Mestilah. Tapi,kita kena buat rancangan baru sebab. . .yelah, raksasa" balaa Todorki.
"Betul juga" kataku sendirian.
Tiba-tiba, kami dapat terdengar bunyi-bunyian yang dikeluarkan daripada raksasa-raksasa yang menandakan mereka berdekatan dengan kami. Kami bertiga pun terus berlari dan tepat-tepat menjumpai rumah yang sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Kami masuk ke dalam rumah tersebut lalu mengunci pintu.
Todoroki kemudiannya, pura-pura berdehem.
"Sudahlah Kageyama, lepskanlah lengan Takara tu" eek Todoroki.
Kageyama segera melepaskan lenganku sebaik sahaja dia sedar yang dia tidak lepaskan lenganku dari tadi.
Aku agak terkejut dan berasa sedikit aneh."Oh ya. . .aku akan cuba hubungi Takada" kata Todoroki.
"Takara" panggil Kageyama lalu menunjukkan aku sebuah sofa dan menyuruhku untuk berehat.
"Aku dan Todoroki akan cuba cari senjata baru di kawasan sekitar. Kau berehatlah dulu di sini" pesan Kageyama.
"Kau abang aku ke?" sindirku.
"Takara,tolonglah. Ini untuk keselamatan kau juga" balas Kageyama. Aku pun terus melemparkan senyuman palsu.
"Korang!" panggil Todoroki.
Aku dan Kageyama terus menoleh ke arahnya.
"Takada suruh kita pergi ke Blok B" ucapnya sambil jelas terukir senyuman yang gembira di wajahnya.
"Baguslah. . ." balas Kageyama.
"Todoroki, nanti teman aku cari senjata" pnta Kageyama.
Todoroki hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Nah Takara. Takada nak berbual dengan kau" kata Todoroki sambil menghulurkan telefon miliknya pada aku.
"Jomlah, Kageyama. Kita cari senjata sekarang sajalah" kata Todoroki kelada Kageyama. Kageyama terus mengangguk perlahan.
"Kau tunggu sini" pesan Kageyama.
Dua jejaka itu pun kemudiannya pergi meninggalkan aku.*Perbualan telefon diantara aku dan Takada*
"Adik tak apa-apa ke?"
"Ya"
"Jangan risau.Kita akan berjumpa lagi nanti"
"Jangan risaulah Takada.Aku bukan sayang kau sangat pun"
"Jadi,adik tak kisahlah kalau abang mati?"
"Kau. . .sama macam ayah. Kejap ada, kejap tak ada. Jadi,aku tak rasa berbeza pun kalau kau tak ada"
"Adik, abang minta maaf. Tapi, berjanjilah dengan abang yang adik akan teruskan hidup"
"Janji"*Panggilan telefon tamat di situ sahaja.*
Aku sayang abang aku. Tapi,aku telalu ego dan ikutkan perasaan.Jadi, kadang aku cakap tanpa berfikir. Setelah itu, aku pun mula melelapkan mata kerana rasa berlaha tapi aku tak minta maaf sebab aku rasa aku betul. Aku mula tidur dengan lena.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
| KAGEYAMA & TODOROKI |
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
TerrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...