"Nama beliau, Bunga. Umurnya tidak diketahui. Tapi, aku pasti yang tempat tinggal ini adalah dimana beliau mati dengan tragis sekali" jelasku kepada dua orang rakanku yang lain iaitu Arlert dan Erwin.Mereka berdua sendiri yang menawarkan diri untuk menemani aku yang gemar merungkaikan kisah misteri dan hantu.
"Jadi, kau dah bersedia ke, Sasha? Sekali masuk kau tak boleh patah balik tau"Erwin menginginkan kepastian. Aku hanya tersenyum bangga dan yakin; "Aku sudah bersedia" balasku.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Kami bertiga terus meluru masuk dengan peralatan dan barangan yang lengkap untuk mengesan hantu.
"Haishhh! Kenapalah aku rasa nak berhenti" Arlert merungut.
"Kau jangan mengada-ngada, Arlert. Aku dah tanya kau sebelum ni dan suruh kau pastikan dulu sama ada kau nak join aku ke tak. Sekarang, janganlah suka-suka hati nak berhenti" aku berasa agak marah.
"Maaf Sasha. Aku tiba-tiba rasa takut pula" jujur Arlert.
Aku terus terdiam.
"Tak apa. Aku ada. Aku akan lindungi kalian berdua" kata Erwin.
Aku dan Arlert hanya ketawa perlahan.
Kami kemudiannya, sambung berjalan semula. Kami masuk ke dalam semua bilik yang ada dan pergi tingkat demi tingkat untuk mengesan roh. Namun, ia tidak membuahkan hasil.
"Macam tak ada je, Sasha.Jomlah, kita balik" pinta Arlert.
"Betul tu, Sasha. Kita balik sajalah" Erwin mencelah.
Aku hanya mendiamkan diri.
"Kalau. . .korang nak balik, baliklah. Aku boleh buat seorang diri" balasku lalu terus turun ke tingkat bawah tanah. Erwin dan Arlert pun dengan segera mengekori aku. Mereka berdua tidak boleh membiarkan aku melakukannya seorang diri.
"Kenapa ikut aku?" aku kehairanan.
"Kau tak boleh pergi bersendirian" ujar mereka berdua secara serentak.
Aku pun sambung melangkah masuk ke dalam ruangan bawah tanah semula.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Setibanya,kami di sana, kami bertiga dapat merasai suasana yang agak aneh dan mampu membuatkan kami berasa seram sejuk. Apakah ia adalah kerana bilik bawah tanah ataupun keadaan terlalu gelap di sini? Entah, kami pun tak tahu tapi kami yakin yang Bunga mungkin mati di sini.
Sedang aku asyik meninjau setiap bahagian sudut, EMF Meter yang aku pegang tiba-tiba sahaja berbunyi yang bermaksud alat tersebut mengesan suhu yang terlalu tinggi di situ. Aku,Erwin dan Arlert terus menggelabah.
Tanpa disangka, Thermal Camera yang dipegang oleh Arlert berjaya merakam sesuatu yang bewarna putih. Secara tiba-tiba, ia mendekatkan wajahnya dan pada waktu itu Arlert terus menjerit. Aku terus berlari ke arahnya. Aku dan Arlert sudah berasa amat takut namun Erwin pula hanya menjadi dirinya yang 'cool'.
"Boleh saya tanya, adakah awak ialah Bunga?" ranya Erwin memandangkan dia sedang memegang Digital Voice Recorder. Alat itu tidak merakam apa-apa sebaliknya hanya bunyi nafas kami bertiga.
Tidak lama selepas itu,alat itu mengeluarkan bunyi iaitu; "Ya. . .ak. . .aku. . .Bunga"
Aku dan Arlert memandang antara satu sama lain. Aku tahu yang Arlert sememangnya sedang berada di dalam ketakutan kerana Arlert bernafas dengan kadar yang agak pantas.
"Tenang, Arlert. . .tenang" aku memujuk Arlert. Aku hanya menumpukan perhatian pada Arlert dan bukannya membantu Erwin. Secara tiba-tiba, kami bertiga dapat mendengar jeritan yang sangat kuat. Jeritan yang penuh dengan perasaan dendam dan marah. Pada waktu itu,kami bertiga tahu yang alat yang kami bawa sudah rosak dan Bunga akhirnya benar-benar menampakkan dirinya.
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
HorrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...