Kanak-kanak dipenuhi dengan gelak ketawa dan riang-ria mereka. Kegembiraan mereka, mewarnai dunia sesetengah manusia yang hitam dan putih. Namun, tidak semua kanak-kanak hidup dalam dunia ajaib seperti yang diketahui. Kadangkala, kita tak tahu mungkin ada yang sedang menderita dan terseksa sehingga menyebabkan kematian.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Nama aku Sophie, seorang pakar psikologi kanak-kanak. Betul tu, aku sangat arif tentang kanak-kanak terutamanya tentang cara mereka membesar.
Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk menyertai anggota polis yang sedang menyiasat tentang kes pembunuhan seorang penjaga rumah anak yatim yang membunuh 'hampir' kesemua anak yatim yang dijaga oleh beliau.
Pada asalnya, aku ingin menolak tapi entah kenapa aku tetap mahu menyertainya. Setibanya, aku di tempat kejadian, aku dibawa ke loteng di mana itu adalah tempat penjaga anak yatim yang dikenali sebagai Lyn, membunuh anak-anak yatim.
Apa yang aku tahu, anggota polis memberitahu aku yang Lyn, masih lagi waras cuma dia membunuh mereka untuk 'suka-suka' dan untuk mengurangkan perbelanjaan kos serta pembekalan makanan. Bagi beliau, semakin kurang bilangan anak yatim, semakin kuranglah perbelanjaan wang.
Ketika aku sedang asyik meninjau setiap ruangan di rumah tersebut,aku tiba-tiba sahaja ternampak kejadian yang mengerikan itu. Pada awalnya, ia kelihatan samar-samar namun, perlahan-lahan aku mula melihat kejadian itu dengan lebih jelas.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Kemudian,aku ternampak roh seorang kanak-kanak perempuan, memanggilku. Aku pun terus mengikuti kanak-kanak perempuan tersebut lalu kanak-kanak perempuan itu memegang tanganku dan membawaku ke dapur.
Di sana, aku dapat melihat yang semua anak yatim diberikan makanan yang tidak elok iaitu nasi basi sahaja. Jika ada yang menolak, dia akan dipukul. Ketika itu, Connie salah seorang kanak-kanak lelaki yang dijaga oleh Lyn sedang merengek dan tidak mahu lagi memakan makanan yang sudah basi itu.
Kerana sudah naik berang, Lyn pun terus memukul kepala Connie menggunakan tukul besi dan menyebabkan Connie mati di situ. Dab demi, menyembunyikan mayat Connie, Lyn terpaksa mengerat badan Connie lalu memasaknya menjadi daging dan beri anak-anak yatim yang lain makan.
Kesemua anak yatim itu, melihat sendiri kejadian Connie dipukul dan dikerat. Malah, mereka tahu bahawa daging yang dimasak oleh Lyn itu adalah Connie akan tetapi berasa amat takut, kesemua anak yatim itu terpaksa memakan Connie.
Mereka tidak dibenarkan menangis, tidak dibenarkan untuk ketawa dan tersenyum. Mereka hanya dibenarkan untuk berasa takut dan meraung kesakitan.
Aku berasa terkejut sebaik sahaja melihat kejadian itu. Dengan pantas,tanganku ditarik lagi oleh kanak-kanak perempuan tadi yang bernama, Adele. Kali ini, dia membawaku ke bilik mandi pula.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Di sana,aku dapat melihat Betty sedang mandi dan bermain dengan itik getah. 4 jam lagi, dia akan diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri yang kaya. Malang tidak berbau, Betty tidak sengaja memecahkan cermin kaca yang terdapat di dalam bilik mandi kerana dia tidak sengaja terbaling batu-batuan yang terdapat di lantai bilik mandi.
Hal itu menyebabkan, Lyn naik berang dan memukul Betty dengan kuat. Kanak-kanak perempuan yang malang itu ditusuk-tusuk badannya dan ditoreh-toreh menggunakan serpihan cermin kaca.
Betty meraung kesakitan dan kerana raungan Betty terlalu bising, Lyn segera mengkelar leher Betty dan menjunamkan kepala Betty ke dalam tab mandi.
Namun, Lyn mula sedar yang Betty akan diambil oleh keluarga angkat dan disebabkan pada waktu itu,pasangan suami isteri telah pun tiba ,Lyn dengan segera menukar pakaian dan membersihkan kesan darah yang terdapat di kedua-dua tangannya.
Demi menyembunyikan perbuatannya, Lyn rela dicaci dan dimaki oleh pasangan suami isteri tersebut. Pasangan suami isteri itu, memarahi Lyn sebaik sahaja Lyn memberitahu mereka bahawa Betty sudah diambil oleh pasangan suami isteri yang lain. Pasangan suami isteri itu akhirnya pulang setelah puas mencaci dan memaki Lyn.
Meskipun,sudah dimaki dan dicaci, Lyn tetap gembira kerana kematian Betty dapat dirahsiakan.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Seorang demi seorang dibunuh di loteng sehinggalah hanya tinggal lima orang kanak-kanak sahaja iaitu Adele, Springer, Jean ,Will dan Zoe.
Masyarakat sudah mula mengesyaki ada benda yang tidak kena,kerana mereka agak jarang sekali melihat anak-anak yatim itu diambil oleh keluarga angkat dan disebabkan mereka mula syak ada benda buruk yang telah berlaku, mereka pun menyiasat dan akhirnya mendapat tahu yang Lyn sudah membunuh hampir 11 orang kanak-kanak.
Lyn ditangakap oleh pihak polis dan dihukum gantung sampai mati kerana mereka mendapat bukti yang kukuh daripada Adele yang menjadi saksi kejadian memandangkan, Adele adalah satu-satunya,kanak-kanak yang berani tampil di Makhamah.
Namun setahun kemudian, Adele ditemui mati di loteng. Adele dipercayai membunuh dirinya sendiri walaupun ketika itu dia baru sahaja berusia 9 tahun. Disebabkan, trauma yang melampau, Adele akhirnya telah bertekad untuk membunuh diri.
Manakala, Springer pula menjadi bisu kerana lidahnya sudah dipotong. Jean, Will dan Zoe pula terpaksa dirawat di hospital kanak-kanak bagi memulihkan dan menstabilkan emosi mereka bertiga.
Mereka bertiga akan selalu dihantar semula ke rumah anak yatim kerana mereka bertiga tidak berkata sepatah pun sedangkan mereka tidak bisu. Disebabkan, keluarga angkat mereka,masing-masing masih lagi percaya yang mereka sedang trauma, keluarga angkat mereka pun memulangkan kembali mereka kepada pihak kebajikan dan mereka kini terpaksa menjalani hidup sambil dirawat.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Itu sahajah, kejadian yang dapat aku lihat. Adele pun terus melepaskan tanganku. Pihak polis mula mencari aku sebaik sahaja mereka sedar yang aku tidak berada berdekatan dengan mereka.
"Bukankah hidup kami seharusnya dipenuhi dengan gelak ketawa? Kenapa, semuanya amat menakutkan dan mengerikan? Saya rasa sangat bersalah kerana tidak dapat selamatkan kawan-kawan saya. Jadi, saya pun mengikut mereka kerana mereka memanggil saya" kata Adele sambil memandang tepat wajahku.
Aku hanya mampu mendiamkan diriku kerana aku masih lagi berasa terkejut dengan kesemua kejadian yang telah aku lihat.
Tiba-tiba, aku dapat merasa yang diriku dipeluk erat. Rupa-rupanya, Adele sedang memeluk aku.
"Jadilah, ibu saya. Sebab itulah, Puan boleh melihat saya" pinta Adele.
Pelukan erat itu tidak dapat aku leraikan kerana dia memeluk aku dengan sangat erat.
"Berdamailah, Adele. Sebab itulah,saya dapat melihat kamu untuk mengetahui kisah yang sebenar" balasku.
Perlahan-lahan, Adele mula melepaskan aku pergi. Dia kemudiannya,terus menghilang. Tiba-tiba, pihak polis pun masuk ke dalam bilik loteng. Mereka semua mengehela nafas lega sebaik sahaja melihat aku.
"Puan tidak seharusnya, berjauhan dari pada kami" kata salah seorang anggota polis.
"Jangan risau,saya baik-baik saja dan saya baru sahaja selesai 'menonton' kisah yang memilukan".
Mereka semua terus tergamam.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Peristiwa itu memberikan kesan yang amat mendalam buat aku. Sehingga kini,aku masih cuba untuk 'faham' mengapa aku dipilih untuk melihat kejadian tersebut.
Apa- apa pun,apa yang aku tahu, kisah ini tidak sepatutnya berulang lagi.
"Kanak-kanak, adalah 'manusia baru' yang belajar untuk hidup juga,tapi haruslah diajar dengan cara kanak-kanak. Kita selalu berusaha memperjuangkan hak kanak-kanak. Kadang, kita tidak sedar yang kanak-kanak juga sebenarnya boleh menderita melalui masalah emosi mereka dan bukannya fizikal. Seperti kisah Adele dan kawan-kawannya yang lain, kanak-kanak haruslah dilindungi" DR. SOPHIE
× × × × × × × × TAMAT × × × × × × ×
![](https://img.wattpad.com/cover/263145766-288-k247675.jpg)
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
HorrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...