"Jina? Siapa tu?" soal Haneul.
"Budak kelas sebelah lah. Dia tu minat Jaemin juga," balas Herin.
"Oh. Ramai betul kan orang minat dia,"
Herin mengangguk.
Mereka berdua sekarang sedang berada di ruang legar tingkat dua yang dikhaskan buat para pelajar. Ada beberapa buah meja yang disediakan di situ.
"Hai, sembang apa tu?"
Mereka berdua memandang dua pelajar yang baru sahaja muncul itu.
"Pasal Jina, yang kau cerita semalam," ujar Herin.
"Duduklah," pelawa Haneul.
Mereka berdua adalah Mia dan Yiren. Kawan mereka sewaktu di sekolah menengah rendah dahulu.
"Cakap pasal Jina, ada sesuatu yang jadi tadi waktu lab chemistry," kata Mia seperti berbisik.
"Apa?"
"Dia minta nak satu group dengan Jaemin," ujar Mia lagi.
"Jaemin terima?" soal Haneul.
"Kau mesti tak percaya kalau aku cakap yang Jaemin okay je,"
"Seriously? Jaemin yang cold-hearted tu terima budak nerd tu jadi ahli kumpulan dia?" soal Herin tidak percaya.
Yiren mengangguk.
"Kalau Jaemin tolak, malulah dia. Aku rasa Jaemin kesan kat dia kut. Dia kan loner," tambah Yiren.
"Dia memang takde kawan ke?" soal Haneul lagi.
"Takde. Dia sorang-sorang dia je. Budak kelas aku pun suka kacau dia. Lagi-lagi si Yiren ni haa," kepala Yiren ditolak perlahan.
"Tch, aku tak suka lah dia. Dia tu macam ada something. Dia selalu curi-curi tengok Jaemin, pastu senyum sorang-sorang,"
"Bukan semua perempuan yang suka Jaemin macam tu ke?" soal Haneul.
"Ya, tahu. Tapi Jina ni kan, dia macam creepy sikit. Entahlah," Yiren membuat muka geli bila menyebut tentang itu.
"Dia yang mana eh? Aku tak ingat lah,"
"Dari tadi kita bercakap tentang dia, tapi kau still tak tahu dia yang mana?" soal Mia tidak percaya.
"Yaa, yaa, yaa!" Yiren tiba-tiba menepuk meja mereka.
Matanya menunjuk ke arah tangga yang berada berdekatan dengan mereka. Kelihatan seorang pelajar sedang berjalan dengan memeluk erat bukunya.
"Dia?" soal Haneul bila gadis itu sudah ke tingkat atas.
Yiren laju mengangguk.
"Tengok pun dah rasa creepy kan?" soalnya sambil ketawa.
"Dia nampak okay je," komen Haneul.
"Tch, kau tak sekelas dengan dia Neul. Kalau kau tengok dia dalam kelas, ish, ish, ish. Rasa nak korek biji mata dia," kata Yiren.