"Sa-saya suka awak,"
Kotak berbalut kemas disuakan di hadapan lelaki itu lalu dia menunduk.
"Mianhei, tapi aku tak suka kau,"
"Nae?" gadis itu mengangkat wajahnya.
"Tak dengar? Aku. Tak. Suka. Kau,"
Gadis itu memandang wajah lelaki yang baru menolaknya. Automatik wajahnya memerah sebelum air matanya mengalir keluar.
"Aku pergi dulu,"
Gadis itu betul-betul menangis bila ditinggalkan sendirian di kaki lima sekolah itu. Mujur sahaja masih tidak ramai pelajar pada waktu itu.
Sementara itu, di tingkat dua bangunan sekolah elit itu berdiri seorang pelajar perempuan. Dia sempat melihat semua yang terjadi.
Kepalanya digelengkan perlahan.
"Lagi sekali Na Jaemin kau reject perempuan macam tu je,"
Hoodie di kepalanya dibetulkan sebelum dia berjalan pergi dari situ. Langkahnya di bawa ke arah tangga untuk ke tingkat atas di mana kelasnya berada.
Sampai sahaja di kelas, dia menolak pintu kelasnya perlahan. Suis ditekan dan automatik seisi kelas mulai terang. Kakinya kemudian melangkah ke arah tempat duduknya.
"Haish, apa gunanya datang awal kalau aku sorang je yang ada," rungutnya sambil menggantung beg di tepi meja.
"Hmm, tidur sekejap takpe kan?" kepalanya didaratkan di atas meja. Matanya dipejam, berniat untuk tidur.
Namun bunyi tapak kaki seseorang yang sedang berjalan masuk ke kelasnya membuatkan dia kembali membuka matanya.
Perlahan kepalanya diangkat bila bunyi tapak kaki tadi berhenti di hadapan mejanya.
"Kau—,"
Dia memandang lelaki di hadapannya itu dan sedikif terkejut. Macam mana lelaki dingin itu boleh masuk ke kelasnya.
"Kim Haneul, ikut aku," ujar lelaki yang kini berdiri di hadapannya.
Actually saya tulis fic ni untuk Kim Woo Seok. Tapi, since saya dah move on dari produce x 101, so saya tukar lah wataknya. So, kalau ada nama Woo Seok or mana-mana nama diorang (yang related dengan pdx101) please bagitahu ya. takut terlepas pandang. hehe😅