36

531 70 11
                                    

"Haneul, ada apa awak nak jumpa saya?"

Haneul memandang Jina yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Aku ada sesuatu nak bagi pada kau," balasnya.

Mereka berdua sekarang sedang berada di tangga hujung blok. Haneul yang meminta Jina untuk ke situ sebelum dia akan ke ruang ulang kaji seperti biasa.

Setelah hampir seminggu, dia akhirnya membuat keputusan yang dia harus berterus terang dengan Jina. Dia perlu memulangkan semula diari gadis itu.

"Apa dia?"

Haneul membuka beg sekolahnya. Diari Jina yang berada di dalamnya dikeluarkan.

"Kau punya kan?" soalnya.

"Yaa, macam mana boleh ada pada awak?" soal Jina sambil merampas diari itu.

"Aku-,"

"Awak baca?" soal Jina.

Haneul mengetap bibirnya. Perasaan serba salah mula muncul dalam dirinya.

"Awak baca kan?" suara Jina sedikit kuat.

"Jina, aku-,"

"Buku ni saya simpan dalam beg sekolah saya. Kalau ada pada awak maksudnya awak memang datang meja saya, dan curi dari beg sekolah saya!"

"Yaa, aniya!" laju Haneul menafikannya.

"Habis tu? Takkan buku ni datang berlari pada awak? Saya tahu awak tak suka saya Haneul, tapi kenapa sampai macam ni? Lepas tu, awak tunjukkan apa yang saya tulis dalam ni pada Yiren dan Mia sampai diorang perlekehkan dan malukan saya," tubir mata Jina mula bergenang.

"Yaa! Aku tak-,"

"Sampai hati awak Haneul," Jina sudah benar-benar menangis.

"Jina aku-,"

"Saya tak sangka sampai macam ni sekali awak tak sukakan saya," Jina akhirnya terus berlalu dari situ.

"Yaa!"

Haneul mengeluh bila Jina terus berlari tanpa sempat dia mengejar.

"Bodoh Haneul, patutnya kau pulangkan pada Yiren semula," kepalanya dipukul perlahan.

Baru sahaja dia ingin berlalu dari situ, bunyi tapak kaki seseorang mengejutkannya. Kepalanya didongakkan ke atas, dan dari celahan tangga itu dia dapat melihat kasut seseorang.

"Siapa?" dia menjerit dan cuba melihat gerangan tersebut.

Namun hampa. Orang tersebut sudah pun berlalu pergi dari situ.







Konflik dah nak mula. Rasa-rasanya siapa yang dengar perbualan diorang?👀👀👀



By the way, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya kepada readers fic ni (ceh, macam ramai je)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


By the way, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya kepada readers fic ni (ceh, macam ramai je). Maaf zahir batin. Jangan lupakan selitkan doa untuk saudara kita yang dekat palestine sana. Semoga semua orang gembira di hari raya walaupun pkp.

p/s: doakan saya tak menangis pagi raya esok sebab tahun ni saya #teamrayaperantauan 😌😌😌

Trust Where stories live. Discover now