23

555 83 0
                                    

"Betul ni tak nak Oppa hantar?" soal Taeil sambil memandang Haneul lagi.

"Tak nak. Oppa nampak penat sangat tu, pergilah balik rehat," balas Haneul.

Kesian melihat Taeil yang jelas sekali kepenatan itu. Lelaki itu sangat sibuk mengira stok barangan yang sampai ke kafe petang tadi.

"Tapi Haneul, awak tak takut ke?" soal Taeil.

"Haish, Oppa janganlah takut kan saya macam tu. Saya tengah beranikan diri ni," jawab Haneul sambil mencapai tote bag miliknya.

"Okay. Hati-hati tau Haneul. Kalau ada apa-apa terus call saya atau call polis terus," sempat lagi lelaki itu berpesan.

Haneul mengangguk dengan senyuman. Dia kemudiannya meminta diri dan berjalan keluar dari kafe tempatnya bekerja sambilan itu.

Perasaan takut mula menerpa dirinya bila mengenangkan perbualan yang didengarnya sejak dua menjak ini. Katanya ada kes penculikan di kawasan tempat tinggalnya itu. Minggu itu sahaja, sudah ada dua orang gadis yang hilang.

"Takde apa-apa Haneul. Kau akan selamat sampai rumah," dia memberi kata-kata semangat buat dirinya sendiri.

Kakinya terus melangkah sambil tangannya mengenggam erat tali tote bag yang berada di bahunya. Entah mengapa rasanya perjalanan malam itu lebih panjang dari sebelum-sebelumnya.

Tang!

Haneul berhenti melangkah bila mendengar bunyi tin disepak itu. Dia kembali melangkah dengan lebih laju. Hatinya makin tidak tenang bila dia dapat merasakan ada orang sedang berjalan di belakangnya.

Bibirnya diketap sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya dengn tangan yang sedikit menggeletar. Alat nipis itu diletakkan di telinganya.

"Omma, Haneul on the way balik dah ni," dia berpura-pura bercakap dengan ibunya walhal alat komunikasi itu sudah terpadam sejak tadi.

"Omma nak jemput? Okay, Haneul tunggu dekat—argghh!"

Dia menjerit bila bahunya dipegang dari belakang. Seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya.

"Cantik. Tapi, kau kena asah lagi bakat lakonan kau," ujar lelaki itu dengan senyuman sinis.

"To–tolong lepaskan saya," ujarnya bila lengannya ditarik oleh orang itu.

"Lepaskan perempuan cantik macam kau? Dalam mimpi lah. Kalau aku jual kau, aku boleh kaya tahu tak?"

Sah. Itu memang penculik yang menjadi bualan ramai itu.

"Gila! Lepaskan sebelum aku jerit!" Haneul berusaha melepaskan diri.

"Nak jerit? Jeritlah kalau boleh," mulut Haneul ditekup dan pinggang gadis itu dipeluk dari belakang.

Tubuh Haneul ditarik dengan kasar. Haneul meronta sambil cuba melepaskan dirinya. Namun tenaganya tidak sekuat lelaki asing itu. Air matanya sudah laju mengalir tambahan lagi bila tangan lelaki itu yang menyentuh kawasan badannya yang tidak sepatutnya.

Dia mula rasa menyesal kerana menolak pelawaan Taeil yang ingin menhantarnya pulang tadi.

"Woi!" jeritan seseorang kedengaran.

"Tak guna!" lelaki itu mengheret Haneul dengan lebih kuat.

Buk!!!

Pegangan lelaki itu terlepas darinya. Dan tubuh itu sudah terbaring di atas jalan tar itu.

"Adik okay?" seorang lelaki dengan pakaian pegawai keselamatan menghampirinya.

Haneul hanya mengangguk sebelum dia diiringi lelaki itu ke tempat yang sedikit cerah.

"Adik dah selamat. Boleh telefon parents adik," kata lelaki itu sebelum dia kembali ke arah penculik tadi.

Haneul jatuh terduduk melihat lelaki itu yang sudah dipukul dengan teruk oleh beberapa orang lelaki di situ. Air matanya masih belum berhenti mengalir. Rasa takut masih ada dalam dirinya.

"Haneul," bahunya disentuh seseorang.

"Jaemin," dia memandang Jaemin yang masih dengan uniform sekolahnya itu.

"Kau okay?" soal Jaemin sambil melutut untuk menyamakan kedudukan mereka.

Haneul hanya mampu menggeleng lemah.

"Dia—dia nak jual—,"

Jaemin menghentikan bicara Haneul dengan memeluk tubuh gadis itu.

"Shhh, dah jangan ingat apa si bodoh tu dah buat," belakang badan Haneul diusap untuk menenangkannya.

Trust Where stories live. Discover now