"Tak pernah-pernah suruh Oppa jemput. Kenapa malam ni tiba-tiba call Oppa?" Younghoon memandang Haneul di sebelahnya.
"Tch, kalau Oppa tak nak jemput, tak payahlah datang. Lepas tu mengungkit," ujar Haneul kesal.
Younghoon ketawa kecil melihat wajah mencuka adiknya itu.
"Bila masa Oppa mengungkit? Oppa tanya je. Selalu kan Neul yang tolak bila Oppa nak jemput,"
"Geunyang. Malam ni malas nak jalan sendiri,"
Walhal dirinya sedikit kecewa kerana Jaemin tidak menjemputnya seperti biasa. Renjun? Lelaki itu hanya menjemputnya selama seminggu sahaja sebelum bapanya mengetahui hal itu dan meleterinya.
"Dah sampai," kereta Younghoon akhirya masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.
"Dah, pergi masuk,"
"Oppa tak nak masuk ke?" Haneul memandang abangnya itu.
"Nak call kawan sekejap," Younghoon tersengih.
"Girlfriend lah tu,"
Haneul keluar dari kereta milik Younghoon dan terus masuk ke rumah. Dilihatnya Puan Kim sedang duduk di sofa ruang tamu bersama Junkyu sedang menonton televisyen.
"Haneul!" Junkyu yang sedang berbaring di peha ibunya itu lantas duduk tegak bila melihat Haneul.
"Nak apa? Aku penat ni," balas Haneul sambil melemparkan tubuhnya ke atas sofa.
"Lambatnya kau balik,"
"Hmm, kerja banyak," jawab Haneul dengan mata yang terpejam.
"Balik dengan Younghoon Hyung eh? Jaemin tak jemput hari ni?" soal Junkyu sambil tersengih.
"Jaemin? Siapa Jaemin?" soal Puan Kim hairan.
"Crush Haneul,"
"Yaa!" Haneul melempar bantal kecil ke arah Junkyu.
"Crush? Sejak bila ni?" Puan Kim memandang anak gadisnya tidak percaya.
"Omma jangan percaya cakap dia ni. Jaemin tu kawan je lah,"
"Dia tinggal kat mana sampai sanggup jemput kamu?"
"Dekat perumahan seberang bus stop tu,"
"Oh, dekat je,"
Haneul hanya mengangguk.
"Okay lah, Haneul naik dulu. Nak mandi,"
Dia sempat mencium pipi ibunya sebelum ke tingkat atas.