54

551 85 2
                                    

"Kau lah yang mulakan," Yiren menolak Mia.

"Apa pula aku? Kau lah," Mia menolak Yiren kembali.

"Hish," Yiren merungut.

"Korang berdua kenapa?"

Keduanya berhenti bergaduh bila suara Renjun kedengaran. Dan kini tiga pasang mata yang berada di kelas itu memandang ke arah mereka.

Yiren dan Mia tersengih. Yiren menarik tangan Mia dan mereka menghampiri meja yang diduduki oleh tiga sahabat itu.

"Herin tak datang. Haneul dah balik. Korang tahu kan?" soal Haechan.

Maklumlah selalunya mereka berdua datang mencari Haneul atau Herin sahaja.

"Tahu. Kitorang sebenarnya nak jumpa Jaemin," kata Yiren sambil tersenyum kekok.

"Kenapa nak jumpa aku?" soal Jaemin tanpa mengangkat wajahnya dari buku.

"Ada sesuatu yang kitorang nak bagitahu kau," kali ini Mia yang bercakap.

"Penting ke?" soal Jaemin lagi.

"Yaa, janganlah serius sangat," tegur Haechan.

"Penting. Kalau tak penting, kitorang takkan datang jumpa kau,"

"Apa dia? Cakap lah," Jaemin akhirnya memandang dua gadis itu.

"Kat sini?" soal Mia.

"Kalau kau nak berahsia dari diorang, lupakan je apa yang korang nak cakap tu,"

Yiren memandang Mia dan Mia hanya mengangguk.

"Okay. Lagipun rasanya eloklah kalau korang berdua pun dengar," kata Yiren.

"Tentang video Haneul. Korang semua mesti dah tengok kan?"

"Apa kaitan video tu?"

"Jangan menyampuk dulu Haechan," kata Renjun.

"Hmm, sebenarnya diari Jina tu aku yang ambil. Jina terjatuhkan kat dalam kelas. Kitorang baca and ejek-ejek dia. Dan, aku yang bagi diari tu pada Haneul. Dia tak nak, aku yang paksa dia ambil. Tapi Haneul serba salah, jadi dia pulangkan sendiri pada Jina. Sampailah benda tu jadi and video tu tersebar," panjang lebar Yiren bercerita.

"Maksudnya Haneul tak salah?" soal Renjun.

Yiren mengangguk.

"Kitorang yang paksa dia ambil. Haneul tak izinkan kitorang beritahu perkara sebenar. Tapi, kitorang tak tenanglah lepas semua tu jadi," ujar Mia.

"Habis tu, apa kaitan dengan aku? Kenapa korang kata ini urusan aku?" soal Jaemin.

"Sebab kau jauhkan diri dari Haneul lepas video tu tersebar. Kau tak bercakap dengan dia, kau tak naik bas sama-sama dengan dia. Bukan sebab video tu ke?" soal Yiren kembali.

Haechan dan Renjun keduanya memandang Jaemin.

"Kenapa aku tak perasan?" suara Haechan kedengaran perlahan.

"Jadi semua ni salah korang? Kenapa tak bagitahu kat group batch? Betulkan semula keadaan walaupun aku rasa macam dah terlambat,"

"Ya, tahu. Kitorang dah plan semua tu. Cuma, kitorang niat nak bagitahu Jaemin dulu," kata Yiren.

"Betul. Lagipun kitorang dah tak sanggup tengok Haneul sedih macam tu. Kau Jaemin, buat dia macam penjenayah," kata Mia.

Jaemin hanya diam.

"Lagi satu, kitorang tak nak Haneul simpan masalah dia sorang-sorang lagi. Lebih-lebih lagi bila Haneul kena macam tu kat koperasi semalam," ujar Mia sambil menunduk.

"Koperasi? Apa yang jadi?" soal Haechan keliru.

"Kau tak tahu?" soal Mia.

Haechan dan Renjun menggeleng.

"Sunwoo malukan Haneul depan semua pelajar kat dalam koperasi semalam. Dia panggil Haneul pencuri. Dari video tu tersebar lagi, dia asyik kutuk-kutuk Haneul," Yiren mengeluh di akhir ayatnya.

"Tak guna punya Kim Sunwoo," Renjun mengepal penumbuknya.

"Ni, korang berdua ni. Dah minta maaf pada Jina?" soal Jaemin.

Yiren dan Mia berpandangan.

"Buat apa? Dia tu lagi teruk-,"

"Sekejap lagi. Kitorang nak jumpa dia sekejap lagi," kata Mia yang memotong percakapan Yiren itu.

"Okay. Gomawo sebab jujur dengan kitorang,"

Trust Where stories live. Discover now