44

529 82 9
                                    

Pang!!!

"Omma!" Younghoon mendapatkan Haneul yang hampir terjatuh itu.

"Kamu nak bunuh Junkyu ke?" soal Puan Kim kuat.

Tidak dipedulikan rakan-rakan anaknya yang masih berada di ruangan menunggu itu.

"Omma, Haneul tak berniat pun-,"

"Kenapa tak bagitahu Omma kamu nak keluar hah? Omma boleh balik atau suruh Younghoon balik temankan Junkyu! Kamu tahu kan Junkyu baru baik dari demam?"

"Haneul dah bagitahu Omma semalam. Lagipun, Junkyu yang-,"

"Kamu nak dia mati ke Haneul?"

"Omma. Takkan lah Haneul nak buat macam tu. Junkyu tu abang kembar Haneul," Younghoon membela adiknya.

"Aunty saya minta maaf. Saya yang suruh Haneul ajak Junkyu sekali," Renjun yang masih berada di situ bersuara.

"Tapi tetap salah Haneul sebab dia tahu keadaan Junkyu macam mana," ujar Puan Kim.

Haneul menunduk dengan matanya yang sudah basah.

Pada masa yang sama, doktor yang memeriksa Junkyu keluar.

"Macam mana dengan anak saya?" Puan Kim segera mendapatkan Doktor itu.

"Pernafasan dia dah stabil. Cuma dia belum sedarkan diri," ujar Doktor lelaki tersebut.

"Boleh saya tengok dia?"

Doktor itu mengangguk.

"Sampai pukul sepuluh je. Dan hanya seorang yang dibenarkan untuk teman dia malam ni," kata Doktor itu lagi sebelum meminta diri.

Puan Kim laju berjalan ke pintu wad diikuti Younghoon dan Haneul.

"Kamu tak payah masuk. Younghoon, pergi hantar dia balik,"

Puan Kim terus menutup pintu wad tersebut.

"Oppa," Haneul tidak dapat menahan tangisannya dan hampir terjatuh.

"Gwaenchanha. Esok, Omma akan okay lah tu," Younghoon yang sempat menyambut tubuh adiknya itu mengusap belakang badannya.

"Hyung," suara Renjun menyedarkan dua beradik itu yang masih ada orang lain di situ.

Haneul mengusap air matanya tadi.

"Ah, korang. Mianhei sebab kena tengok Omma kitorang marah," Younghoon cuba mengukirkan senyuman.

"Jaemin, terima kasih sebab selamatkan adik Hyung tadi," Younghoon menepuk bahu Jaemin perlahan.

"Saya cuma tolong apa yang saya mampu je Hyung," balas Jaemin perlahan.

"Hmm, korang pergi turun dulu boleh? Hyung akan hantar korang balik. Haneul, Oppa nak jumpa Omma sekejap," rambut Haneul diusap sebelum dia masuk ke dalam wad yang menempatkan Junkyu.

"Haneul, kau okay? Mianhei, aku yang bersungguh suruh kau bawa Junkyu sekali," Renjun menghampiri gadis itu.

"Gwaenchanha. Gomawo sebab tolong kitorang," balas Haneul sambil cuba tersenyum.

Haechan, Herin dan Jeno tidak ikut serta kerana mereka menguruskan tetamu di rumah Haechan.

"Kajja,"

Haneul berjalan mendahului mereka ke elevator untuk ke tingkat bawah.

"Korang turun dulu, aku nak ke tandas sekejap," kata Jaemin.

Renjun dan Haneul hanya mengangguk.

"Haneul ah, kau okay?" Renjun bersuara sambil menyentuh bahu Haneul.

Haneul mengetap bibirnya lalu menggeleng.

"Macam mana kalau Junkyu betul-betul mati sebab aku?" soalnya perlahan.

"Yaa, kau dengar kan doktor tu kata apa tadi? Junkyu selamat kan?" Renjun memusingkan badan Haneul agar menghadapnya.

"Tapi-,"

"Dah. Kau kena percaya yang Junkyu kuat dan dia akan selamat," tubuh Haneul ditarik ke dalam pelukannya.

Di situasi lain, Jaemin berhenti melangkah dan memerhatikan Renjun yang memeluk Haneul itu. Tisu yang berada di tangannya yang baru dibeli di koridor hospital itu disimpan kembali ke dalam poket jaketnya.

Trust Where stories live. Discover now