Haneul hanya berlagak biasa bila dia melepasi gadis itu. Dia sudah bertekad dalam dirinya yang dia tidak ingin ada kaitan langsung dengan Oh Jina.
"Sombong betul,"
Langkah Haneul terhenti.
"Kau cakap apa?" dia menoleh.
"Saya cakap awak sombong. Salah ke?" soal Jina.
"Gila. Dengan orang macam kau, perlu ke aku bermesra?" balas Haneul sinis.
Dia baru perasan yang penampilan Jina sedikit berbeza sekarang. Rambut panjang gadis itu sudah dipotong pendek hampir sama dengan rambutnya.
"Awak masih tak puas hati dengan saya ke Haneul?" soal Jina sambil merapati Haneul.
"Awak mesti sedihkan sebab hampir satu batch mula pulaukan awak?"
"Buat apa nak sedih? Aku tak perlukan satu batch. Aku dah ada kawan-kawan aku sendiri," kata Haneul.
Ya. Dia sudah malas memikirkan pelajar batch mereka yang mula menjauhkan diri darinya. Cukuplah dia ada kawan-kawan baiknya sahaja.
"Tapi Jaemin dah jauhkan diri dari awak. Awak tak sedih?"
"Buat apa nak sedih? Dah lah, aku dah pernah cakap yang aku tak nak ada kaitan dengan kau kan? Sibuk je nak tegur aku," Haneul kembali meneruskan langkahnya.
"Kembar awak okay? Dia hampir mati kan malam tu?"
Automatik langkah Haneul terhenti.
"Kau-,"
"Saya nak tolak awak sebenarnya. Sebab awak buat Jaemin nampak cemburu bila Renjun layan awak macam puteri malam tu. Tapi, saya macam pernah terdengar cerita yang kembar awak tu ada masalah jantung. Saya tolak dia perlahan je. Dan dia memang lembik. Terus jatuh bila saya terlanggar bahu dia,"
"Oh Jina!" Haneul sudah naik angin.
Mujur sahaja kawasan tangga itu lengang.
"Wae? Saya dengar awak kena tampar dengan Omma awak malam tu. Mesti sakit kan? Kesiannya," Jina tersenyum sinis.
"Kenapa? Kenapa kau buat Junkyu macam tu?" Haneul menolak bahu Jina sehingga gadis itu mengundur dan terlanggar dinding.
"Sebab awak! Sebab dia kembar awak! Saya nak awak rasa tersiksa! Tapi sayangnya dia hidup lagi. Mungkin kalau Jaemin tak selamatkan dia, dia dah-,"
Pangg!!!
Tangan Haneul menggeletar setelah dia menampar pipi Jina. Jina jatuh terduduk.
"Kau memang-,"
Jina tersenyum sinis menyebabkan Haneul tidak dapat meneruskan ayatnya kerana keliru. Dan gadis yang terduduk di lantai itu tiba-tiba menangis.
"Kau bangun sekarang!" Haneul menarik Jina sehingga dia kembali berdiri.
"Kim Haneul!"
Jaemin muncul dari tangga tingkat bawah.
"Jaemin ah," Jina mula menangis.
"Kau buat apa ni?" tangan Haneul dialihkan dari Jina.
"Jaemin, dia-,"
"Saya cuma tanya tentang keadaan Junkyu je. Lepas tu, dia tampar saya. Dia cakap saya tak layak nak ambil tahu tentang kembar dia," adu Jina dengan tangisan.
"Yaa!" Haneul ingin mendekati Jina namun Jaemin menghalang.
"Cukup Haneul, cukup!"
"Jaemin ah,"
"Berhenti buli Jina. Berhenti sakitkan orang lain," kata Jaemin dengan wajah serius.
Haneul terdiam.
"Kajja Jina ah. Aku hantar kau balik," Jaemin menarik tangan Jina pergi dari situ.
Meninggalkan Kim Haneul yang masih cuba memproses nasib yang menimpa dirinya.