"Neul, betul ni tak nak turun sama-sama?" soal Herin.
Haneul mengangguk.
"Korang turunlah dulu. Aku nak bersihkan kelas," bagitahu Haneul.
"Nak aku temankan?" soal Renjun.
"Kitorang boleh tunggu dan tolong kau Neul," ujar Haechan pula.
Haneul menggeleng.
"Aku okay lah. Korang turun dulu, nanti aku datang. Lagipun korang belum siap kan laporan Fizik?"
"Ah, laporan tu. Okay, kitaorang turun dulu," kata Haechan akur.
"Neul, kitorang turun dulu," Renjun bersuara lagi.
Haneul hanya mengangguk sebelum melihat ketiga rakannya itu berjalan keluar kelas. Dan selepas itu, dia melihat Jeno dan Jaemin pula melepasi kelasnya. Jeno sempat melambai ke arahnya manakala Jaemin langsung tidak memandang.
Sudah hampir seminggu Jaemin mengelak darinya. Tiada lagi Jaemin yang akan menunggunya di perhentian bas setiap pagi dan di kafenya bekerja setiap malam. Tiada lagi kopi buatnya setiap kali mereka mengulang kaji. Situasi itu sama seperti sebelum dia mengenali lelaki itu.
Enggan terus mengingatkan Jaemin, Haneul mula melakukan tugasnya. Menyapu seisi kelas, mengelap tingkap dan mengikat sampah yang akan dibuang oleh rakan sekelasnya yang bertugas dengannya.
"Haneul, dah siap? Kenapa tak tunggu aku?" Yeji muncul di muka pintu.
"Takpe. Dah siap pun. Kau tolong buangkan sampah boleh?"
Yeji mengangguk.
"Gomawo Haneul," gadis itu tersenyum.
"Takde hal lah," Haneul mula mencapai beg sekolahnya.
"Haneul ah, sekajap," Yeji berjalan ke arahnya.
"Kau nampak tak ceria seminggu ni. Kau okay?" soal Yeji prihatin.
Haneul hanya mengangguk.
"Tentang apa yang jadi tu, kau tak nak beritahu hal sebenar?"
"Hal sebenar?" Haneul mengerutkan dahinya.
"Aku sebenarnya terdengar perbualan korang pagi tu. Aku tahu Yiren kan yang ambil dan beri diari tu pada kau,"
Haneul sedikit terkejut mendengar itu.
"Kenapa tak beritahu je kat dalam group batch kita tu?"
Haneul menggeleng perlahan.
"Tak perlulah. Benda dah jadi,"
"Tapi, aku kesian tengok kau. Ramai budak kelas sebelah yang pandang kau tak puas hati. Macamlah diorang baik sangat," kata Yeji geram.
"Yaa, gwaenchanha. Aku okay. Gomawo sebab ambil berat pasal aku," Haneul tersenyum nipis.
"Kau kan kawan sekelas aku. Dari tahun pertama pula tu," Yeji ikut tersenyum.
"Aku pergi dulu," Haneul meminta diri.
Dia kemudiannya terus keluar kelas dan menuju ke tangga. Dan malang baginya bila dia berselisih dengan Jina yang kebetulan sedang berjalan dari arah sana.