BAB 3

153 18 0
                                    

Miihi p.o.v

    " Hei! Hati-hatilah. Kau nak bunuh aku ke apa?" Terjerit yujin melihat anak panah miihi betul-betul mendarat di sebelahnya. Miihi tersenyum sinis sebelum menurunkan busur panahnya.

    " Ops, sorry. Sebab tu bonda kata jangan main teleport dalam istana. Masih tak nak dengar cakap lagi.." Bebel anak bongsu dari keluarga diraja angel itu. Anak panahnya telah pun selamat mendarat di papan target. Dia duduk di tepi sebelum seorang dayang menghulurkan segelas air. Yujin dengan selambanya mengambil tempat di sebelah miihi dengan sengihan yang miihi tahu sangat.

    " Unnie nak apa? Mustahil unnie datang cari miihi suka-suka.. Ni mesti ada apa-apa.." Tanya miihi perlahan sebelum gelas air diberi semula kepada dayang yang sedia di tepinya. Yujin masih dengan sengihannya.

    " Hehe.. Teman unnie boleh? Teman unnie ke kafe lah.. Unnie cari rima tadi takde. Mungkin dia pergi jalan dengan reenu. Jomlah miihi yang comel dan cantik.." Puji yujin melambung-lambung kepada adik bongsunya itu. Miihi mencebik. Kalau aku tak nak tu, mesti dia tarik balik pujian tu. Bukan tak kenal si kakak ni.

    " Yelah. Tapi miihi nak mandi dulu. Melekit badan ni berpeluh-peluh sebab memanah tak berhenti dari pagi. Unnie tunggulah dulu." Kata miihi sebelum beredar ke biliknya. Yujin hanya menurut. Nak keluar sendiri tak berani. Bukan apa. Bonda selalu pesan supaya keluar dengan peneman sebab kawasan luar tu bahaya. Nak keluar dengan Jiji, hamster miliknya.. Jiji tengah sakit. Demam kot..

Beberapa minit kemudian,

    Miihi menuju ke arah yujin dengan berpakaian biasa. Rambut coklatnya diikat ekor kuda dan rantai diraja disembunyikan di sebalik baju. Mereka berdua senyap-senyap keluar dari istana itu tanpa pengetahuan dayang dan pengawal sebelum menuju ke kafe yang selalu menjadi tempat lepak mereka berdua. 

    " Hai, yujin. Miihi. Lambat pula datang hari ni?" Tegur seorang wanita pertengahan umur dengan ramah. Dia adalah pemilik kafe itu. Pekerja di kafe ini diarahkan menggunakan nama je untuk memanggil miihi dan yujin. Ini untuk mengelakkan identiti mereka senang-senang dipecahkan.

    " Miihi lah punya pasal. Yujin suruh dia siap awal, dia boleh lagi berkepit dengan panah kesayangan dia tu." Bebel yujin panjang lebar. Miihi menjeling tajam kakaknya itu.

    " Unnie nak rasa macam mana makan panah ais tak?" Ugut miihi selepas mereka mengambil tempat di tempat kegemaran mereka, tentulah di sebelah tingkap. Wanita itu tergelak melihat gelagat dua beradik tu.

    " Dahlah kamu berdua. Macam anjing dengan kucing. Nak makan apa? Mak cik nak masakkan untuk kamu special." Tanya wanita itu menghulurkan menu. Seperti selalunya, yujin akan merenung menu sehingga menembus untuk memilih menu manakala miihi senang memilih menu kesukaannya.

    " Nak jus epal dengan fetucini carbonara mak cik.. Nah. Unnie ni selalu lambat pilih menu. Kat mana-mana pun sama je.." Perli miihi sekali lagi. Dan sekali lagi dirinya menerima renungan tajam mata yujin. Dia hanya ketawa mengekek.

    " Ice green tea dengan pasta with mushroom je mak cik. Itu je.. Miihi cakap dia nak belanja hari ni.." Yujin menyakat adik bongsunya itu lagi. Miihi menjeling ke arah yujin lagi sebelum ke arah mak cik tu dan tersenyum manis.

    " Haah miihi belanja. Tapi miihi belanja guna duit yujin unnie." Mak cik itu menggeleng seketika melihat perangai dua beradik yang memang tak jauh umur itu bergaduh. Gaduh-gaduh pun, bila salah seorang terluka, yang seorang lagi mesti balas dendam. Itulah kekuatan dua beradik itu.

--------

Semenatara itu, di istana,

Hyewon p.o.v

    " Minju dah makan ke dayang?" Tanya hyewon yang kebetulan lalu di depan bilik minju. Dayang yang ditugaskan membawa makanan untuk minju yang tak berapa sihat menggelengkan kepala. Susah melayan kerenah puteri minju kalau dia tak sihat. Tak nak makan lah.. Nak tidur je lah..

    " Takpe. Bagi dulang ni kat beta. Dayang tolong dayang yang lain kat ruang bersantap ye.." Arah hyewon. Dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam itu diambil dari tangan dayang sebelum dia masuk ke bilik minju.

     " Beta dah kata beta tak nak makan kan dayang? Bahasa apa... Unnie!" Baru nak sound orang yang disangkakan dayang istana. Rupa-rupanya kakaknya sendiri merangkap anak ketiga raja dan pemaisuri angel.

    " Amboi mulutnya.. kalau bonda atau ayahnda dengar, nanti mereka murka. Jadi, jaga mulut tu park minju. Dayang kata minju tak nak makan. Kenapa?" Bebel hyewon pasal adab dan tatasusila di istana. Minju terdiam.

   " Minju takde selera. Tekak pun rasa sakit nak telan makanan." Balas minju memberikan alasan. Hyewon menggelengkan kepalanya.

   " Unnie tahu memang tekak sakit waktu demam tapi kalau minju tak makan, nanti takde tenaga. Macam mana kalau minju jatuh pengsan? Makin teruk nanti. Sekurang-kurangnya makanlah walaupun sikit. Dah makan nanti baru rehat. Makan eh.."  Pujuk hyewon lembut. Itulah kekuatan puteri ketiga kerajaan angel itu. Pandai memujuk. Minju akhirnya mengalah dan mengikut kata-kata hyewon. Hanya 10 suap sahaja berjaya dimakan. Kemudian dia rasa nak muntah. Cepat-cepat ubat ditelan dan dia menutup mata. Hyewon yang melihat tersenyum kecil sebelum membawa dulang itu keluar.

    " Biar saya bawakan ini ke dapur tuanku." Pinta seorang dayang yang lalu. Hyewon mengangguk dan menyerahkan dulang itu. Dia berlalu pula ke biliknya. Takde mood nak makan petang. Bagi dia rehat je untuk petang ni..

.

.

.

.

.

.

.

.


THE  ANGEL AND THE DEMONWhere stories live. Discover now