Author p.o.v
" BONDA! UNNIE BALING HIGH HEELS DEKAT ORANG! HUWA!! SAKIT!" Suara Yena yang nyaring cukup didengar sehingga ke Ruang Tamu Istana. Ratu Jisoo dan Raja Jinyoung hanya mampu menggelengkan kepala mendengar suara teriakan puteri mereka. Keluarga Demon juga ada di Ruang Tamu itu. Mereka menahan gelak mendengar teriakan sang puteri.
" Bonda? Ada tetamulah... Keluar Unnie!" Suara Miihi yang menghalau Chaewon pula kedengaran kemudian diiringi dengan pintu Ruang Tamu ditutup kembali. Patutlah Ratu Jisoo selalu sakit kepala dengan perangai Puterinya. Macam ni rupanya perangai kanak-kanak puteri Ratu Jisoo.
" Dayang, panggilkan Puteri Mahkota. Kata dengan dia, bakal suaminya nak berjumpa dengan dia." Bisik Ratu Jisoo pada Dayangnya perlahan. Dayangnya mengangguk sebelum menuju ke bilik Mina. Dia dalam bilik Mina, terdapat Yena, Yuri dan Rima yang sibuk menganggu kakak sulung mereka itu.
" Tuanku Puteri Mina, Ratu Jisoo minta untuk Tuanku pergi ke Ruang Tamu Istana. Bakal Suami Puteri Mina menunggu di sana." Kata Dayang itu mengikut arahan Ratu Jisoo. Yena, Yuri dan Rima hampir sahaja dibaling sekali lagi oleh Heels Mina jika mereka tak menahan ketawa mereka. Mina menuju ke Ruang Tamu Istana menggunakan baju rasmi Puterinya. Dia sedikit terkejut melihat seluruh Keluarga Demon ada di Ruang Tamu. Loh... Ingatkan 'bakal suami' dia je. Sekali satu keluarga...
" Bonda... Puteri Mina datang menghadap." Mina berkata dengan nada lembut sebelum Ratu Jisoo mempersilakan dia untuk duduk di sebelah Raja Jinyoung. Dah itu je tempat duduk yang kosong. Tempat duduk lain diisi oleh Putera Demon.
" Jadi, Bonda dengan Ratu Jennie dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu. Tempatnya kat Istana Demon. Mereka nak buat kat sana sebab kamu akan jadi Ratu Demon tak lama lagi kan... Kalau 3 minggu lagi kamu okeylah sayang?" Mina memandang Jisoo dengan tatapan dia tak kisah pun.
" Mina tak kisah Bonda. Tak payah buat majlis pun takpe. Tak kahwin pun lagi bagus sebenarnya..." Ratu Jisoo mengangguk. Dia dah tahu apa jawapan Puterinya itu. Memang Mina tak nak kahwin lagi.
" Okeylah kalau macam tu. Majlis lagi tiga Minggu. Dua hari sebelum majlis nanti kami akan datang ke Istana Demon." Maklum Ratu Jisoo. Ratu Jennie mengangguk faham sebelum tersenyum. Ketika itulah pintu Ruang Tamu Istana terbuka dan seseorang melangkah masuk. Putera bongsu Kerajaan Demon di depan pintu. Baru sedar Putera Demon kurang seorang.
" Kamu ke mana Doyoung? Sekarang baru Bonda nampak..." Soal Ratu jennie. Putera Doyoung tak menjawab. Dia hanya tersenyum sebelum menuju ke arah abang-abangnya. Peluh mengalir di dahinya. Baru lepas berlari pecut ke apa budak ni?
" Jalan-jalan kat sekitar sini... Sekejap je Doyoung hilang bonda dah risau..." Balas Doyoung perlahan. Ratu Jennie menggelengkan kepalanya perlahan. Mana dia tak takut kalau putera bongsunya yang hilang. Dahlah puteri Kerajaan ni semua ganas semacam.
" Tuanku, maaf nak tanya. Puteri Miihi memang hebat dalam memanah ye?" Soal Doyoung selepas mengambil tempat di sebelah Chan. Ratu Jisoo sedikit kepelikan sebelum mengangguk perlahan. Mina mencebik. Dia dah tahu kemana Putera Bongsu Demon itu pergi. Cubalah jangan kacau adiknya sehari boleh tak? Miihi tu nak memanah selalu tak tenang sejak kehadiran Demon kat Kerajaan Angel.
" Dah memang dia minat memanah, memang setiap hari dia memanah. Dia pun dapat hadiah dari nenek kamu semua sebab kehebatan dia memanah tu." Ratu Jennie menjawab utuk pihak Ratu Jisoo. Dia sebenarnya nak anak dia dapat hadiah anak panah kegelapan yang diberi oleh ibu Jisoo dan Jennie, tapi nak buat macam mana? Anaknya pandai lawan pedang je. Yang pandai memanah takde. Lawan pedang pun kadang-kadang kalah dengan Puteri Angel.
" Dia tak pulak memanah guna anak panah kegelapan tu? Kenapa dia guna anak panah ais je? Gelanggang memanah tu sejuk sebab dia guna anak panah ais tu sepanjang masa..." Soal Doyoung nak tahu lagi. Ratu Jisoo dan Ratu Jennie memandang Mina perlahan. Hanya Mina yang tahu sebab Miihi tak gunakan hadiah yang diberi nenek mereka. Mina yang sedar dua pasang mata memandangnya mengangkat muka dan mengeluh perlahan.
" Anak panah kegelapan tu kuat. Miihi rasa dia belum cukup bersedia nak gunakan anak panah tu jadi dia masih guna anak panah ais dia. Nenek pernah cakap kalau dia gunakan anak panah tu dalam keadaan dia tak bersedia, berkemungkinan dapat menghancurkan Kerajaan dalam masa yang sangat singkat. Faham?" Mina menjawab soalan Doyoung. Doyoung mengangguk faham.
" Oh ye lupa pula... Cakap pasal memanah ni buat kanda ingat sesuatu dinda. Ratu Jisoo, kalau kamu tak keberatan, boleh lah kalau Putera kami berlatih lawan pedang kat Istana kamu? Yelah... Putera kami masih tak berapa kuat untuk mengalahkan Puteri Angel. Kalau Puteri Angel pun tak boleh kalahkan, macam mana kami nak kalahkan orang luar yang mungkin lebih hebat dari Puteri Angel kan? Jadi bolehlah?" Soal Jaebum perlahan. Dia teringat cadangan yang diberi tahu puteranya sebelum mereka ke Istana Angel.
" Oh... Beta takde jawapan untuk tu. Kalau Tuanku nak tahu, Tuanku boleh tanya Puteri-Puteri Beta sendiri.. Itu keputusan mereka. Tapi sebab saya tahu mereka memang takkan bersetuju kalau Tuanku tanya, nanti kami berdua akan berbincang dengan mereka. Sebelum hari perkahiwnan Mina dengan Wonwoo, kami akan bagitahu jawapan kami nanti." Kata Ratu Jisoo dengan senyuman. Kalau dia suruh suami dia jawab, agaknya sampai esok takde jawapan dia bagi. Suaminya lebih suka duduk diam dan menedengar saja perbualan mereka.
" Baguslah kalau macam tu... Oh, hari pun dah makin lewat. Kami nak minta diri untuk balik dululah... Lain kali boleh kita berjumpa dan berbual lagi macam ni..." Pinta Ratu Jennie perlahan. Ratu Jisoo, Raja Jinyoung dan Puteri Mina mengiringi Keluarga Demon sehingga keluar dari istana mereka. Keluar sahaja Keluarga Demon, Ratu Jisoo berpaling ke arah Mina.
" Berkumpul di Ruang Tamu Istana. 10 minit lagi kurang seorang, bonda denda."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE ANGEL AND THE DEMON
RandomPERTEMUA PERTAMA ANTARA PUTERI YENA, PUTERI KERAJAAN ANGEL DAN PUTERA CHANGBIN, PUTERA KERAJAAN DEMON TIDAK BERLAKU DENGAN BAIK. PERGADUHAN PERTAMA MEREKA BERLAKU DI SITU. PERTEMUAN KEDUA MEREKA HAMPIR SAMA CUMA YANG BERBEZA DI ISTANA DEMON MEMBERI...