BAB 11

106 15 1
                                    

Istana Angel,

Author p.o.v

      " Kami minta maaf sangat-sangat.. Kami tak tahu kalau puteri-puteri kami akan buat benda macam tu sekali. Kami minta maaf sangat-sangat..." Jinyoung dan Jisoo meminta maaf kepada Jaebum dan Jennie kerana kelakuan puteri-puteri mereka. Mereka ingatkan Jaebum dan Jennie akan marah, tapi pelik apabila kedua-duanya hanya tersenyum dan menggeleng kecil.

     " Takpe. Sebenarnya perlakuan puteri angel dah beri kesedaran kepada kami. Selama ni, kami bermewah duduk dalam istana dan kami tak sedar pun kalau rakyat kami hidup sengsara kat luar sana. Puteri-puteri kamu dah bukakan mata kami.." Ucap Jennie lembut. Jisoo masih serba salah kerana puteri-puterinya walaupun dah ditenangkan oleh Jennie.

     " Ya.. Jisoo, Jinyoung. Tak perlu rasa bersalah lagi. Puteri-puteri kamu memang baik semua. Boleh kami jumpa mereka?" Jisoo menganggukkan kepalanya. Dia menyuruh dayang istana memanggil puteri-puteri angel di dalam bilik mereka.

     Beberapa minit kemudian, hanya Mina kembali bersama beberapa orang dayang. Anjing kesayangannya sentiasa di sisinya. Dayang-dayang yang lain muncul dengan muka agak ketakutan.

     " Tuanku, puteri yang lain tiada dalam bilik. Tingkap bilik mereka terbuka. Mungkin mereka keluar senyap-senyap dari istana." Balas salah seorang dayang itu perlahan. Jinyoung dan Jisoo terkejut dan terkedu. Sanggup mereka keluar tanpa kebenaran dari bonda dan ayahnda mereka. Mina hanya tersenyum sinis.

     " Mina, kamu bertanggungjawab atas adik-adik kamu. Kenapa kamu tak halang mereka keluar?" Soal Jisoo perlahan. Mina tergelak sarkastik.

     " Bonda lupa ke? I'm not crown princess anymore..." Jawabnya perlahan. Jawapannya membuatkan seisi keluarga diraja di ruang tamu istana angel itu terkedu. Tak percaya puteri mina yang dikenali dengan sifat lemah lembut boleh menjawab seperti itu.

     " Baguslah mereka keluar. Mereka pun tak nak tengok muka-muka penyibuk dalam istana ni." Sambung Mina lagi. Putera-putera demon terkesan sebab mereka tahu Mina berkata tentang mereka sementara Mina masih dengan senyuman sinis nya.

     " Mina, kamu boleh tak jangan kurang ajar dengan bonda dan ayahnda kamu? Kamu tak kesian ke bonda dengan ayahnda kamu malu dengan kerajaan lain. Kami dah maafkan kamu adik beradik dah.." Kata Jennie perlahan. Tiba-tiba, ada satu suara menyampuk dari arah pintu ruang tamu.

      " Oh? Kami tak minta pun dimaafkan.. Bukannya kesalahan kami bagi raja dan ratu demon sedar kesalahan mereka kan?" Tiga kembar tak seiras berada di muka pintu itu. Mereka baru balik dari Rumah Anak Yatim. Menghabiskan masa dua hari di rumah itu lagi seronok dari duduk di istana.

     " Chae, Ryu, Min... Kamu dari mana? Bonda dah bagi arahan supaya duduk dalam bilik jangan keluar kan? Kenapa kamu tak dengar arahan bonda?" Soal Jisoo perlahan. Chaewon tergelak sinis sebelum mukanya berbuah serius.

     " Bonda mengaku ke kami anak bonda? Bukan ke bonda sendiri kata bonda malu ada anak macam kami ni?" Soal Ryujin kembali. Mereka bertiga tak menjawab soalan Jisoo tadi. Jisoo terdiam. Semua yang dikatakan pada puteri-puterinya semalam dipulangkan balik kepadanya. Terkedu dia dibuatnya.

     " Tak baik cakap macam tu.. Bonda tetap orang yang dah lahirkan kita. Ingat senang ke nak bawa kita 9 bulan dalam perut? Lebih-lebih lagi kembar tiga macam korang..." Sampuk suara lain pula. Tak payah teka sebenarnya. Seorang je dalam rumah ni berlembut sikit. Dan orangnya adalah Tzuyu. Tak Tzuyu, Hyewon. Tu je.

     " Unnie, bonda sendiri tak mengaku kita anak dia, kenapa kita nak terhegeh-hegeh nak mengaku jadi anak dia?" Soal Minju kembali. Tzuyu terdiam namun senyuman senget muncul di bibirnya. Sama ada dia tak tahu nak jawab apa atau dia malas nak menjawab.

     " Maafkan bonda. Bonda bercakap semalam tanpa fikir.. Bonda sangat pening kepala malam semalam.. Boleh maafkan bonda?" Soal Jisoo dengan suara perlahan. Mendnegar suara Jisoo, membuatkan tiga kembar itu serba salah dibuatnya. Mereka memandang Jisoo dengan tatapan rasa bersalah.

     " Kami pun minta maaf.. Kami kurang ajar dengan bonda. Maafkan kami ye.." Balas Chaewon pula. Jisoo memandang anak-anaknya dan mengangguk perlahan. Drama keluarga mereka diperhatikan oleh Keluarga Diraja Demon dalam keadaan senyap.

      " Mina, ni tiara kamu. Maafkan bonda semalam ye.. Bonda terlalu mengikut emosi. Boleh panggil adik beradik kamu yang lain balik istana?" Mina terdiam pada mulanya. Kemudian dia mengangguk. Jisoo menyarungkan tiara puteri mahkota itu pada anak sulungnya dengan perlahan. Mina tersenyum kecil sebelum meminta diri. Dayang panggil takkan berjaya. Hanya si kakak sulung yang akan berjaya.

------

Di sebuah kafe,

Rima p.o.v

     " Unnie, Mina unnie dah cari kita. Perlu ke kita keluar dan pergi ke dia?" Soal Rima dengan suara perlahan. Yujin memandang keluar. Memang betul mina dah mula mencari adik-adiknya diikuti dengan beberapa orang dayang. Mata Yujin terarah pada tiara di kepala kakaknya.

     " Tunggulah.. Malas nak keluar. Tunggu sampai unnie jumpa kita." Balas Yujin senang. Makanan sarapan mereka untuk hari ni dah pun habis. Hanya tinggal Hot Chocolate Rima dengan Ice Latte Yujin untuk dihabiskan.

    " Unnie rasa bonda dengan ayahnda dah menyesal lah dengan keputusan mereka? Sebab Mina unnie dah sarung balik dia punya tiara.." Soal Rima lagi. Yujin mengangguk perlahan. Ketika itu, seseorang memasuki kafe itu. Matanya memandang ke arah Rima dan Yujin.

      " Puteri Rima, Puteri Yujin... Tuanku Puteri Mina meminta supaya patik membawa tuanku berdua balik ke istana semula." Kata dayang yang baru masuk itu. Yujin dan Rima menganggukkan kepala mereka dan meletakkan duit untuk membayar makanan mereka sebelum mengikut dayang itu.

     Adik beradik mereka yang lain pun mula balik ke istana semula. Kalau Mina belum dimaafkan lagi, jangan harap mereka nak jejakkan kaki ke dalam istana semula. Itulah prinsip adik beradik mereka. Selagi tak dimaafkan, selagi itu mereka akan merajuk. Nasib je tak lari ke kerjaan lain.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



THE  ANGEL AND THE DEMONWhere stories live. Discover now