Tzuyu p.o.v
" Urgh.. Dah pagi.. Haish.. Rasanya macam baru sekejap tidur.. Gucci.. Aik? Mana anjing seekor ni? Selalu pagi macam ni dah cari aku sebab nak makan.. Haih.. manalah kau main nyorok-nyorok ni Gucci?" Tzuyu bangun dari katilnya sebelum keluar dari bilik mencari gucci. Dengan rambut tocang dua dan pyjama semalam dia keluar dari bilik mencari anjing kesayangannya.
" Morning unn... Ya Tuhan. Apahal unnie pakai macam ni keluar bilik? Tak pasal-pasal bonda marah kalau nampak nanti.." Tegur Ryujin melihat kakaknya. Tzuyu tersengih melihat ryujin menegur sambil mendukung kucing keduanya, Dal.
" Unnie cari gucci.. Ada nampak dia tak?" Soal tzuyu perlahan. Ryujin berfikir sejenak jika dia ada nampak gucci di mana-mana sebelum dia teringat sesuatu.
" Kali terakhir ryu nampak, dia kat dapur makan.. Cuba unnie pergi tengok. Mana tahu kalau dia masih makan ke..." Balas Ryujin. Tzuyu mengangguk perlahan. Dia menuju ke dapur istana dan melihat ke tempat biasa haiwan peliharaan puteri kerajaan diberi makan. Namun, apa yang dia nampak sangat mengejutkan puteri ketiga kerajaan itu.
" GUCCI!!" Anjing kesayangannya terbaring di situ dengan mulut berbuih dan tak bergerak lagi. Jeritan kuat Tzuyu menarik perhatian miihi yang berlatih berdekatan dan wonyoung yang sedang bermain dengan arnabnya di taman istana. Mereka bergegas mencari tzuyu.
" Kenapa unnie? Gucci!" Miihi turut terjerit. Wonyoung yang baru tiba menekup mulutnya tak percaya dengan apa yang dia nampak di depan matanya. Tzuyu bangun dari terkejutnya dan pantas mengangkat gucci untuk ke klinik haiwan berdekatan. Kalau sempat, dia masih boleh selamatkan gucci.
------
Klinik Haiwan,
" Tuanku.. Maafkan patik. Patik dah cuba sedaya upaya.. Patik tak dapat selamatkan gucci. Maafkan patik tuanku.." Doktor Vet itu menundukkan badan tanda meminta maaf perlahan. Sedaya upaya sebenarnya dia menahan rasa terkejutnya melihat awal pagi seperti ini, tzuyu datang ke kliniknya bersama anjing miliknya dan masih memakai baju tidur.
" Takde cara lain ke doktor? " Soal Hyewon yang menemani tzuyu di situ. Doktor itu menggelengkan kepala dengan muka pasrah. Bersedih dengan tzuyu atas kematian Gucci. Stau kerajaan ni tahu tzuyu sangat sayangkan anjingnya itu.
" Berdasarakan diagnosis, gucci mengalami keracunan makanan tuanku. Kalau tuanku nak tahu apa sebabnya, saya syak makanannya dicampur dengan racun tikus. Potassium cyanide. Ini racun yang sangat kuat tuanku..." Sambung Doktor itu lagi. Tzuyu bangun dari duduknya. Matanya sudah bertukar warna. Tanda dia sangat marah.
" Ini mesti kerja diaorang! Tak GUNA!" Tzuyu ditahan oleh Hyewon sebelum dia sempat pergi. Mata mereka masing-masing bertukar warna. Hyewon mengisyaratkan supaya doktor itu pergi dari situ. Doktor itu menurut.
" Kawal perasaan kau unnie! Ingat apa yang mendiang datuk cakap! Kuasa kau kuat. Lebih kuat dari Mina Unnie. Kalau kau tak kawal, kau boleh hancurkan kerajaan Angel ni. AKu faham kau sedih.. Tapi kau kena tahan kemarahan kau. Gucci sangat tak suka tengok kau macam ni!" Tegas suara Hyewon menuturkan kata-katanya. Mata tzuyu bertukar normal sebelum dia duduk di kerusi yang disediakan dan menangis.
" Gucci...." Mata Hyewon turut bertukar normal semula. Dia duduk di sebelah kakaknya dan menepuk bahu kakak kembarnya itu perlahan. Dia faham kesedihan tzuyu. Kalau dia hilang zeze, anjingnya pun dia akan bersedih macam tzuyu. Mungkin lebih lagi dari tzuyu.
--------
Perpustakaan diraja,
Mina p.o.v
" Gucci mati? Kenapa? Apa jadi? Tzuyu macam mana sekarang ni?" Soal Mina bertubi-tubi ketika chaewon menyampaikan berita itu kepadanya. Chaewon turut membawa sarapan untuk kakaknya yang tertidur dalam perpustakaan semalam itu.
" Unnie ni satu-satulah.. Pasal Gucci, doktor kata ada orang campur racun dalam makanan dia. Tzuyu unnie pula, dia keluar dari tadi lepas gucci ditanam. Katanya nak tenangkan diri." Jawab Chaewon. Mina menganggukkan kepala.
" Nampaknya lepas ni kita kena perhatikan haiwan kita.. Takut diaorang pun kena racun macam gucci. Dah tangkap pembunuhnya?" Soal Mina lagi. Chaewon mengangguk sebelum matanya menangkap kelibat Rei yang sedang bermain dengan bebola tali. Dah serupa kucing pula anjing kakak sulungnya ni.
" Salah seorang dayang istana. Yena unnie dengan Rima tengah siasat kenapa dia bunuh gucci. Baru je tangkap tadi." Jawab Chaewon lagi. Mina mengangguk faham. Sarapannya yang merupakan roti dan segelas susu itu dah pun habis. Rajin betul adiknya itu. Dia tahu kalau dia tak hidangkan kakaknya sarapan, kakaknya itu takkan makan sarapan. Dia akan skip makan je..
Tzuyu p.o.v
Tzuyu masih bersedih dengan kehilangan Gucci. Jadi dia menenangkan diri berjalan di sekitar kampung yang terdapat di kerajaan. Rakyat yang tahu dia bersedih hanya menunduk hormat apabila melihatnya. Mereka faham puteri mereka masih bersedih.
" Mati kau! Tak guna punya anjing! Menyusahkan aku je!" Satu suara memekik diikuti dengan suara anjing perlahan menarik minat Tzuyu. Dia mencari punca suara itu. Tiba je di situ, tiada orang di situ dan hanya tinggal seekor anjing terbaring kesakitan. Mata Tzuyu terbeliak. Sama keadaan macam Gucci. Dia mengangkat anjing itu dan membawanya ke klinik haiwan. Kali kedua dia pergi ke klinik haiwan. Kali ni untuk anjing yang dia tak tahu itu.
-------
Istana Angel,
" Jangan takut.. Saya tak makan awak. Saya nak bagi awak makanan je.. Awak makanlah.. Maaf buat awak takut." Tzuyu meminta maaf perlahan pada anjing itu. Dia mengusap bulu anjing itu lembut. Anjing yang mula garang kerana takut tzuyu akan mencederakannya seperti tuannya yang lama mula bertukar lembut. Dia menghidu makanan yang tzuyu sediakan sebelum menjamahnya. Tzuyu tersenyum melihat dari tepi. Secara tak sedar, dia teringat akan Gucci.
" Kenapa ni? Nak peluk ke?" Soal Tzuyu perlahan sambil mengelus bulunya. Anjing itu selesa apabila tzuyu mengusapnya dengan lembut. Tzuyu juga tersenyum sebelum melihat tag yang dipakai anjing itu.
" Butter. Nama awak butter ye? Awak nak tinggal sini tak? Tinggal dengan saya?" Anjing itu senyap namun dia mengangkat muka mendengar namanya dipanggil. Tzuyu menganggap senyap itu bermaksud 'ya'. Dia juga turut senyap sambil tangannya masih mengusap bulu anjing di depannya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE ANGEL AND THE DEMON
RandomPERTEMUA PERTAMA ANTARA PUTERI YENA, PUTERI KERAJAAN ANGEL DAN PUTERA CHANGBIN, PUTERA KERAJAAN DEMON TIDAK BERLAKU DENGAN BAIK. PERGADUHAN PERTAMA MEREKA BERLAKU DI SITU. PERTEMUAN KEDUA MEREKA HAMPIR SAMA CUMA YANG BERBEZA DI ISTANA DEMON MEMBERI...