Istana Demon,
Author p.o.v
" Buat apa nak adakan majlis-majlis besar macam ni? Baik derma duit kat rakyat. Ada juga faedahnya..." Rima merungut perlahan sebelum mengikut adik beradiknya serta ibu bapanya masuk ke dalam istana Demon. Dia cukup tak suka majlis macam ni. Nak kata hari jadi takdelah pulak. Buat apa buang duit kan?
" Sabarlah adik.. Bagus diaorang buat majlis macam ni. Tak payah menyusahkan kita nak masuk senyap-senyap." Bisik ryujin di telinga adiknya. Dia pun sama-sama tak suka namun sebab mereka ada agenda lain, mereka bersyukur kerana kerajaan Demon buat majlis macam ni.
" Raja angel dan ratu angel! Welcome to our palace!" Seorang lelaki dan wanita yang nampak sebaya seperti ibu bapa menyambut kedatangan mereka. Itulah Raja Demon, Im Jaebum dan isterinya Kim Jennie. Putera-putera demon masih tak kelihatan. Baguslah.. Tak perlu jumpa lelaki perasan hensem tu.
" Jaebum, jennie, tak perlulah formal sangat. Kita kan kawan... Panggil nama je pun boleh. Lama kan kita dah tak berjumpa. Macam mana? Sihat ke korang?" Soal Jisoo balik selepas menyalam tangan jennie dan jaebum.
" Kalau tak sihat, takde kitaorang buat majlis ni. Hahaha.. Sebenarnya majlis ni pun untuk wonwoo dengan joshua.. Yelah, mereka dah kalahkan komander kami dalam satu pertandingan. Maknanya, kalau jaebum keluar ke kerajaan lain, mereka dah bersedia melindungi ayahnda mereka lah.. Jisoo, your princess?" Jennie memandang gadis-gadis di belakang rakannya itu. Semua memakai gaun putih yang sangat cantik. Ada 13 orang kesemuanya.
" Ya. Inilah puteri kitaorang. Anakanda sekalian, perkenalkan, ini Raja dan ratu demon. Raja Im Jaebum dan Ratu Kim Jennie. Ha, Yang ni pula puteri mahkota, Park Mina." Mina hanya tersenyum kecil apabila diperkenalkan. Senyum sekadar cukup syarat. Malas nak senyum terlebih manis. Kang tak pasal-pasal dia dikahwinkan dengan putera mahkota demon karang.. Dan dia tak nak!
" Wah.. Dulu mina kecik ni je, sekarang dah besar dan cantik. Serupa macam bonda dia. Eh, jomlah pergi ruang santapan. Boleh berkenalan dengan kerajaan lain dan putera-putera kami.." Ajak Ratu jennie. Mereka hanya menurut.
" Wony, ingat apa yang awak perlu buat.." Bisik tzuyu perlahan sebelum mendahului adiknya itu dan berjalan bersama yuri. Wonyoung meneguk air liur kasar. Tugasannya yang diberi kepadanya sangat berat. Dia perlu menyelinap masuk ke dalam dapur dan meletakkan ubat tidur di dalam makanan orang lain termasuk bonda dengan ayahnda mereka. Hanya puteri angel sahaja tak akan diletakkan ubat tidur dalam makanan.
" Semoga berjaya.." Bisik hyewon pula sebelum berundur sikit ke belakang. Dia berjalan bersama si bongsu, miihi. Wonyoung masih gugup. Dia tak tahu sama ada dia boleh berjaya atau tidak. Kalau dia tak berjaya, mereka perlu menggunakan plan B. Letak je ubat tu semua dalam makanan. Dan puteri angel akan beri sebab mereka tak nak makan malam ni.
" Bonda, ayahnda, boleh izinkan wony ke tandas sekejap?" Soal wonyoung perlahan. Jisoo memandangnya dan mengangguk. Mereka berpisah di situ. Wonyoung seorang diri berjalan ke arah dapur manakala yang lain ke ruang santapan.
Di dapur istana,
Wonyoung p.o.v
Tiada sesiapa di dapur ketika itu. Ratu jennie dan Raja Jaebum sedang memperkenalkan tukang masak dan dayang-dayang mereka kepada Raja kerajaan lain termasuk ayahndanya. Wonyoung mengeluarkan sesuatu dari poket gaun yang dipakainya. Ubat tidur. Kerana agak takut, dia terus menggunakan Plan B. Letak je semua dalam makanan. Pandailah mereka tak makan nanti. Selesai, dia terus keluar dari dapur dan kelam kabut menuju ke ruang santapan. Kerana kelam kabutnya dia tak sengaja terlanggar seorang putera Demon yang kebetulan berjalan di situ. Sangat tak ayu cara jatuhnya di situ.
" Maaf Puteri Angel. Beta tak sedar kamu lalu di situ tadi. Kamu okey?" Putera kesebelas kerajaan itu bertanya sebelum menolong wonyoung bangun. Wonyoung hanya mengangguk perlahan sebelum menyambut tangan I.n.
" Beta minta maaf juga. Beta tak nampak tuanku putera juga tadi." Wonyoung meminta maaf kembali. Kelam kabut punya pasal. Tak pasal terlanggar orang. Nasib putera demon. Kalau putera atau puteri witch, mahu dia kena sihir.
" Oh, it's okay. Kenapa Tuanku puteri Angel kat sini ye? Patutnya semua tetamu berada kat ruang santapan sekarang." Tanya I.n. Wonyoung sempat mencarut dalam hati. Soalan paling tak nak dia dengar terdengar hari ni.
" Beta cari tandas. Tapi tersesat. Boleh tuanku putera demon tunjukkan di mana tandas?" Soal Wonyoung. I.n tak mengesyaki apa-apa dan terus mengangguk. Dia membawa puteri angel kesebelas itu ke arah tandas di dalam istana itu.
------
Ruang santap Istana Demon,
Author p.o.v
" Where have you been? Ingatkan kau tak berjaya nak letak benda tu dalam makanan." Bisik chaewon pada adiknya itu. Wonyoung tersengih. Nasib dia dah bagitahu awal-awal kalau dia berjaya letak ubat tidur tu, dia akan letak dalam sup. Jadi mereka takkan sentuh sup.
" Sorry pasal tu. Terserempak dengan salah seorang putera demon. Dah siap pasang bom tidur ke?" Soal wonyoung perlahan. Chaewon, minju dan yujin. Tiga puteri yang diarahkan memasang bom tidur tanpa disedari sesiapa.
" Dah siap dah. Tunggu sampai ubat tidur kau berkesan dulu baru kita aktifkan bom tu." Balas chaewon semula. Kesian kakak kami di depan sana tu, dia kena duduk dengan bonda dan ayahnda kerana tittlenya sebagai puteri mahkota.
" Kalau ikut efek ubat tu, lagi 20 saat.." Gumam wonyoung perlahan melihat ke arah jam di dinding. Mereka akan pastikan semua di dalam istana ni dibuai mimpi indah kerana mereka perlu pastikan rancangan ni berjaya dilaksanakan.
" 3...2...1..." Habis mengira, serentak ramai orang jatuh dalam satu masa yang sama. Puteri angel mengeluarkan topeng muka yang dibawa dan memakai dengan pantas. Mina di bahagian depan menekan satu butang di remote yang dibawanya dan serentak itu, gas tidur mula memenuhi kawasan istana. Semua yang berada di istana itu tertidur dengan lena sekali kecuali Puetri-puteri Angel.
" Semua start bergerak. Korang dah tahu tempat korang kan?" Arah mina kuat. Mereka semua berlari dan menyarungkan kerudung hitam di tubuh untuk menutup gaun putih mereka sebelum menjalankan tugas masing-masing. Hanya 2 jam. Itu sahaja masa yang ada untuk menjalankan misi rahsia mereka. Terlambat, mereka akan mati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE ANGEL AND THE DEMON
De TodoPERTEMUA PERTAMA ANTARA PUTERI YENA, PUTERI KERAJAAN ANGEL DAN PUTERA CHANGBIN, PUTERA KERAJAAN DEMON TIDAK BERLAKU DENGAN BAIK. PERGADUHAN PERTAMA MEREKA BERLAKU DI SITU. PERTEMUAN KEDUA MEREKA HAMPIR SAMA CUMA YANG BERBEZA DI ISTANA DEMON MEMBERI...