BAB 12

110 15 0
                                    

Di istana Demon,

Jennie p.o.v

     " Bonda panggil Wonwoo ke?" Putera sulung Demon muncul di depan pintu ruang tamu istana. Jennie mengangguk dan menyuruh Wonwoo mengambil tempat di sebuah sofa di dalam istana itu. Puteranya baru je habis menolong rakyat demon yang tiada rumah membina rumah untuk mereka. Dia masih kelihatan penat.

     " Maaflah bonda ganggu kamu berehat. Bonda dengan ayahnda sebenarnya ada hal nak bincang dengan kamu wonwoo..." Ucap Jennie perlahan. Wonwoo mengangguk kecil. Jaebum tak kelihatan di ruang tamu itu. Mungkin ayahndanya pergi berjumpa dengan rakyat-rakyat jelata kot.

     " Wonwoo dah lama berehat dah.. Lagipun selalu je buat kerja berat macam ni. Tak penat sangat pun... Bonda nak bincang apa?" Wonwoo terus menuju ke fokus utama bondanya nak berjumpa dengannya sekarang.

     " Bonda fikir sekarang dah sampai masanya bonda dengan ayahnda berehat dari menguruskan kerajaan kita ni. Dah sampai masanya kamu menguruskan kerajaan demon. Tapi, kamu kena ada isteri dulu sebelum kamu menjadi raja. Kamu tahu kan apa maksud bonda?" Soal Jennie perlahan. Wonwoo mengangguk. Maksudnya atau dalam erti kata lainnya, dia kena cari isteri sebelum ditabalkan menjadi Raja Demon menggantikan ayahndanya.

    " Jadi bonda dah ada calonnya ke? Siapa?" Soal Wonwoo kembali. Ratu Jennie tersenyum misteri. Dia harap anaknya setuju dengan calonnya.

    " Mulanya Bonda tanya dengan Ratu Lisa tentang Puteri Seulgi tapi tu lah... Puteri Seulgi dah ada calon suaminya. Samalah dengan Puteri Yuju. Jadi ada satu je pilihan yang kamu ada. Puteri manusia dan Puteri Witch dah ada calon masing-masing dan ada satu puteri je belum ada. Kamu tahukan siapa?" Soal Jennie semula. Asyik soal menyoal je dua beranak ni...

     " Tahu. Puteri Angel. Park Mina. Tapi bonda, nak ke dia kahwin dengan wonwoo? Dia bencikan Wonwoo untuk pengetahuan Bonda ye.. Sangat-sangat bencikan wonwoo..." Balas Wonwoo. Jennie tersenyum misteri kembali.

    " Jangan risau sayang... Bonda dah uruskan semuanya dengan Ratu Jisoo. Nak tak nak, dia tak ada pilihan. Lebih-lebih lagi hanya Keluarga kita yang mempunyai anak lelaki. Hanya tinggal persetujuan kita sahaja." Wonwoo terkedu. Wow... Bondanya memang pandai merangka rancangan. 

Sementara itu, di istana Angel,

Mina p.o.v

     " Maaf bonda. Tapi Mina tak nak kahwin dengan putera demon." Tegas mina bertutur di depan bonda dan ayahndanya. Walaupun ayahnda nya turut berada di situ, Jinyoung lebih senang mendiamkan diri memerhatikan isteri dan anaknya. 

     " Mina. Ini untuk kamu juga. Kamu akan jadi Ratu bila kamu kahwin dengan Wonwoo. Walaupun bukan ratu Angel, sekurang-kurangnya kamu akan jadikan Kerajaan Demon lebih baik dari sekarang kan? Kamu pun nak rakyat kerajaan demon bahagia kan?" Balas Jisoo tenang. Mina mengeluh perlahan sebelum memuncungkan bibir protes.

     " Apapun, mina tak nak tinggal dengan Demon tu. Bonda! Angel dengan Demon takkan boleh tinggal bersama! Kerajaan akan hancur nanti!" Balas Mina pula tak nak kalah. Jisoo dan Jinyoung berpandangan. Jisoo berdiri dari duduknya dan mengangkat tangannya. Api keluar dari tapak tangannya membuatkan Mina ternganga.

     " Ya Mina. Bonda ialah Puteri Demon yang tak nak memerintah Kerajaan Demon dah lari dengan Putera Angel yang sekarang ialah ayahnda kamu." Jisoo berkata dengan senyuman manis. Rahsia ni dah lama disimpan. Anak-anaknya langsung tak tahu. Mereka ingat ibu mereka ialah Rakyat Angel dari golongan biasa rupanya ibu mereka dari Kerajaan Demon.

     " Bonda kakak kepada Ratu Jennie... Sebab tu kami cepat mesra berbanding yang lain. Boleh ye mina? Bonda teringin nak tengok Mina memerintah Kerajaan sendiri. Ratu Jennie dengan Raja Jaebum nak berikan takhta mereka pada wonwoo tak lama lagi. Dan kamu akan jadi Ratu Demon kalau kamu kahwin dengan Wonwoo. Okey?" Mina masih lagi tak nak bersetuju.

    " Macam mana kalau Putera Wonwoo ada kekasih? Nanti dia sakitkan hati Mina macam mana?" Soal Mina kembali. Tetap dengan bantahan tak nak berkahwin dengan Putera Demon tu. Jisoo tersenyum kecil.

    " Jangan risau sayang.. Bonda dah uruskan dengan Ratu Jennie. Wonwoo masih single dan sangat sesuai dengan kamu." Balas Jisoo. Mina masih memikirkan cara untuk escape daripada berkahwin di usia muda.

     " Siapa yang akan jadi puteri mahkota kalau bukan mina? Mina anak sulung kan? Mina yang paling layak jadi puteri mahkota." Kata Mina lagi. Maaflah Mina, bonda dan ayahnda kamu dah bersedia dengan pelbagai soalan yang akan muncul. Dan pasal puteri mahkota tu mereka dah tahu apa nak jawab.

     " Well.. Kalau anak sulung kahwin, tittle puteri mahkota akan jatuh pada Puteri kedua iaitu Puteri Eunbi. Jadi, kamu tak perlu risaulah pasal tu ye..." Balas Jisoo masih dengan senyuman manisnya. Mina mendengus perlahan menatap wajah sang ibu. Jisoo mengangkat kening bertanya adakah anaknya bersetuju ataupun tidak dengan syarat yang dikenakan.

     " Find! Mina akan kahwin dengan dia. Puas hati bonda?" Jisoo mengangguk sebelum memeluk anaknya lembut. Mina sedikit tersentuh apabila dipeluk ibunya. Dia membalas pelukan ibunya erat. Tak sedar adik-adiknya duk perhati drama ibu dan anak dari luar bilik itu.

Author p.o.v

     " Unnie kahwin dengan Putera Demon wei... Berita sensasi ni..." Bisik Hyewon perlahan. Agak hebat bila dia kata pasal berita ni sebab hyewon biasanya hanya sibuk pasal makanan 24 jam. Benda ni takde masa dia nak sibuk. Katanya lah... 

     " Kita tengoklah berapa lama dia akan bertahan dengan unnie. Berani dia cari pasal dengan unnie, memang matilah dia. Memang dia akan menyesal sebab cari pasal dengan Keluarga Diraja Angel." Gumam Rima perlahan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE  ANGEL AND THE DEMONWhere stories live. Discover now