BAB 16

46 6 2
                                    

Malam,

Istana Demon, Bilik Putera Wonwoo,

Wonwoo p.o.v

      " Kenapa kamu campak bantal tu Puteri Mina?" Soal Wonwoo yang pelik melihat Mina, isterinya mulai sekarang mencampakkan satu bantal ke atas lantai. Mina dengan muka selambanya menunjukkan bantal itu.

      " Itu bantal kamu. Kamu tidur bawah. Jangan berani nak tidur sini. Hanya saya tidur atas katil." Balas Mina selamba menghalau tuan punya bilik tu untuk tidur atas lantai. Wonwoo mengeluh perlahan.

      " Serius Mina? Kenapa kamu macam ni? Kita dah berkahwin kan? Apa nanti Bonda dengan Ayahnda saya cakap kalau mereka nampak saya tidur kat lantai?" Soal Wonwoo lagi. Mina mengangkat bahu.

      " Suka hati lah mereka nak fikir apa. Bukan salah saya mereka fikir entah apa-apa. Kalau awak berani nak tidur kat katil, saya sepak awak. Faham?" Ugut Mina. Wonwoo hanya boleh mengeluh perlahan sebelum berbaring di atas lantai. Sangat kejam. Mina tu nama je Puteri Angel. Kekejaman dia tu mengalahkan dia sendiri yang merupakan Putera Demon.

     Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi tapi Wonwoo masih tak boleh melelapkan mata. Badan dia sakit berbaring di atas lantai. Perlahan-lahan dia bangun dari baringannya. Mina dah tertidur lena di atas katilnya. Wonwoo berjalan keluar dari bilik. Nak minum air dulu. Mungkin lepas tu baru boleh tidur. Dia berjalan di istana itu dan tiba-tiba berhenti di bilik salah satu adiknya. Bilik Minho tapi nampaknya adiknya itu masih belum tidur.

     " Wei Adik... Buat apa tu? Termenung jauh nampak?" Minho terkejut melihat Wonwoo masuk ke biliknya dan dia menyorokkan sesuatu di bawah bantalnya. Dia tersenyum melihat Wonwoo.

     "Eh Hyung... Terkejut Minho. Kenapa Hyung belum tidur? Hyung tak penat ke?" Soal Minho perlahan. Dia agak panik sebenarnya melihat Wonwoo tiba-tiba menerjah masuk ke dalam biliknya.

     " Tak dapat tidur. Kakak ipar kau tu halau Hyung tidur kat lantai. Ingat nak pergi dapur. Cari air... rasa haus pula. Kau kenapa tak tidur? Soal Wonwoo pulak. Minho hanya tersenyum kecil. Takkan dia nak cakap kat Wonwoo yang dia tengah mencintai seseorang dalam diam sekarang? Mahu kena gelak dengan abangnya itu.

     " Takdelah... Tak dapat tidur lagi je... Kejap lagilah tidur... Awal lagi ni..." Balas Minho. Wonwoo memandang ke arah jam di dinding bilik adiknya itu.

     " 2.30 pagi Minho... Awal ke tu... Bagitahu jelah. Apa yang kau tengah fikir sekarang ni?" Wonwoo seperti tahu je ada perkara yang disembunyikan oleh adiknya itu. Minho nampak macam teragak-agak namun dia mengajak abangnya itu duduk di sampingnya.

     " Minho bagitahu. Tapi Hyung janji jangan gelak..." Kata Minho. Wonwoo mengangguk perlahan. Minho mengeluarkan benda yang dinyorokkan dari bawah bantalnya dan meletakkan di tangan Wonwoo. Wonwoo nampak terkejut melihat benda tu. Sebuah gelang?

     " Minho sebenarnya ada suka seorang perempuan ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Minho sebenarnya ada suka seorang perempuan ni... Dan nak bagi dia gelang ni... Hyung rasa dia akan suka tak dengan gelang ni?" Soal Minho takut-takut. Wonwoo memandang adiknya sebelum tersenyum kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE  ANGEL AND THE DEMONWhere stories live. Discover now