PERTEMUA PERTAMA ANTARA PUTERI YENA, PUTERI KERAJAAN ANGEL DAN PUTERA CHANGBIN, PUTERA KERAJAAN DEMON TIDAK BERLAKU DENGAN BAIK. PERGADUHAN PERTAMA MEREKA BERLAKU DI SITU. PERTEMUAN KEDUA MEREKA HAMPIR SAMA CUMA YANG BERBEZA DI ISTANA DEMON MEMBERI...
" Dapat jumpa apa-apalah berdasarkan maklumat yang kita dapat hyung?" Soal seseorang yang baru memasuki bilik milik Wonwoo. Putera mahkota itu sedang menyusun maklumat yang mereka dapat untuk mencari siapa sebenarnya spy angel ni. Wonwoo memandang adiknya itu perlahan.
" Belum. Kau ni dari mana Hyunjin? Pergi buat masalah?" Hyunjin tergelak kecil sebelum menggelengkan kepala perlahan.
" Aku bosanlah.. Jalan-jalan sekeliling istana ni pun best juga. Pakej mengacau Puteri Yuri menyiram pokok-pokok bunga kesayangan dia.." Balas Hyunjin tenang sebelum tergelak kecil. Wonwoo hanya menggelengkan kepala dengan perangai adiknya. Mengacau ketenangan puteri-puteri tu memang kegemaran adik-adiknya. Kesemua adik-adiknya. Dia merenung kertas-kertas di atas meja sebelum tersedar sesuatu yang pelik.
" Hyunjin, sedar tak? Maklumat yang kita semua dapat ni macam lain. Diaorang sentiasa sebut yang puteri diaorang tak bersalah dalam hal ni." Ucap Wonwoo perlahan. Hyunjin mengangguk dan memandang ke arah kertas-kertas di atas meja wonwoo.
" Oh ye sebelum hyunjin terlupa. Bonda hantar surat ni untuk Hyung. Tak tahu sebab apa.. Cuba hyung baca." Hyunjin menghulurkan sampul surat bewarna putih itu kepada abangnya. Wonwoo membuka dan ketika itu sebuah anting-anting jatuh dari sampul surat itu. Tiada surat. Hanya anting-anting itu.
" Ini bukan anting-anting Puteri Kerajaan Angel ke? Macam mana ianya boleh ada dalam surat ni?" Soal Wonwoo perlahan. Hyunjin mengangkat bahu tak tahu. Lebih spesifiknya anting-anting puteri tzuyu. Ada namanya di hujung anting-anting itu. Wonwoo meletakkan anting-anting itu di atas meja yang serabut dengan kertas-kertas tu. Satu tangan yang entah muncul dari mana mengambil anting-anting itu dan menelitinya.
" Pelik. Takkan bonda send benda ni sepasang je? Dan, macam mana anting-anting yang dipakai puteri angel malam kejadian tu ada dekat istana kita?" Soal Mingyu yang muncul bersama Beomgyu pelik.
" Mungkin ke ni barang bukti yang mengatakan puteri angel tu ialah spy angel yang kita buru selama ni?" Soal Beomgyu perlahan. Wonwoo memandang mingyu dan beomgyu senyap sebelum satu suara menyampuk,
" Kalau kita nak tahu, hanya ada satu cara. Kita kena pecah masuk bilik Puteri Tzuyu mencari bukti yang mungkin ada di dalam bilik dia. Mungkin ada maklumat yang kita akan dapat dalam bilik dia." Kata Haruto pula. Suka sangat dia muncul secara tiba-tiba.
" Tapi takkan nak pecah masuk bilik orang lain pulak? Itu privasi dia.. Lebih-lebih lagi dia ialah puteri. Mahu kena sepak. Kuasa Puteri tzuyu kuat kalau dia marah lah.." Bantah Hyunjin pulak.. Mereka semua memandang ke wonwoo. Tanya sama ada dia nak pecah masuk bilik puteri tzuyu ataupun tidak.
" Jomlah.. Mana tahu ada jawapan untuk persoalan kita selama ni ke.." Ajak Wonwoo. Dia terlebih dahulu keluar sebelum diikuti yang lain. Hyunjin nak membantah tapi tak dapat. Dia mengeluh sebelum mengikut adik beradiknya yang lain ke bilik tzuyu.
------
Bilik tzuyu,
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.