Author p.o.v
" TAK GUNA! MACAM MANA PENCURI TU TERLEPAS SEMALAM?!" Ratu Jennie memarahi ketua pengawal di depannya akibat kecuaiannya semalam. 2 jam mereka semua pengsan tak sedarkan diri. Sedar-sedar je, rupa-rupanya Istana Demon telah dirompak. Habis semua harta dan wang yang disimpan. Pandai pula pencuri tu cari semua benda berharga.
" Maaf tuanku pemaisuri. Tapi, nampaknya pencuri tu pandai. Dia letakkan bom tidur ni di tempat yang tak disedari orang dan strategik menyebabkan kami tak mengesyaki apa-apa.." Jawa ketua pengawal itu. Ratu Jennie nampak tak puas hati dengan jawapan ketua pengawal istana itu memandang ke arah putera-puteranya.
" Bonda, nampaknya pencuri ni bukan berasal dari kerajaan kita. Mereka berasal dari Kerajaan Angel. Tengok nama kumpulan mereka. Spy Angel. Mereka juga tinggalkan surat mengatakan bahawa kalau harta yang dicuri itu kita rampas dari rakyat demon semula, mereka akan datang dan mengulang kejadian yang sama." Beritahu wonwoo sebelum memberikan kertas yang ditulis dengan tulisan kemas itu.
" Tulisan dia kemas menandakan dia bukan dari golongan biasa-biasa. Kalau dia dari kerajaan kita. Tapi kalau dari kerajaan Angel, tak mustahil tentang ini." Sambung Joshua pula. Mereka dah selidik dulu pasal surat yang dijumpai.
" Tak boleh jadi macam ni. Kalau betullah mereka ada di kerajaan Angel, kamu semua perlu ke sana. Siasat dan tangkap mereka. Bawa mereka menghadap bonda dengan ayahnda. Ayahnda akan minta Raja Angel untuk tumpangkan kamu di istana mereka sambil kamu menyiasat tentang ini." Kata Raja Jaebum pula. Mereka mengangguk perlahan. Tak nak sebenarnya. Tapi demi bonda dan ayahnda mereka, mereka terpaksa membuat macam ni.
Tanpa mereka sedar, salah seorang Puteri Angel mendengar perbualan mereka. Dia tersenyum sinis sebelum beredar dari situ. Kerajaan Angel dan kerajaan lain terpaksa ditahan dulu di istana ni untuk keselamatan. Takut kalau pencuri tu masih kat luar dan tunggu masa nak cederakan keluarga diraja.
------
Princess Angel Room,
" Macam yang unnie cakap. Raja dan Ratu Demon memang marah. Mereka hantar putera mereka mengikut kita balik ke kerajaan Angel untuk siasat pasal ni." Kata Rima perlahan. Dialah gerangan yang mendengar perbualan antara Keluarga Diraja Demon itu secara senyap-senyap. Mereka bertuah kerana mereka dapat selesaikan misi mereka selama 1 jam 45 minit sahaja. Selesai je, mereka mengambil tempat masing-masing dan berpura-pura pengsan sekali. Nasib tak disyaki.
" Nak buat macam mana? Siapa yang bagi nama Spy Angel tu? Sah-sahlah pencuri tu memang dari kerajaan Angel." Balas mina semula. Kebosanan hanya dikurung di dalam bilik membuatkan dia membuka buku yang dibawanya sekali. Buku setebal kamus dewan yang perlu dia khatamkan sebelum menjadi Ratu Kerajaan Angel.
" Yelah.. Salah kitalah.. Tapi rasanya diaorang takkan syak kita kan?" Tanya Hyewon semula. Dialah gerangan yang meletakkan nama Spy Angel itu akibat kemalasan nak cari nama lain. Hyewon kan.. Rajin makan je kerja dia..
" Tak mustahil kalau diaorang syak kita juga. Terutamanya minju. Dia yang paling mencurigakan kalau tengok semalam." Ryujin tanpa rasa bersalah menunjukkan pada kakak kembarnya. Memang kenyataan. Dia paling banyak berpeluh sebelum misi mereka dimulakan. Takut agaknya.
" Itu tak berapa kisah sangat. Pasal Bonda dengan Ayahnda. Macam mana perasaan mereka kalau tahu kita punca semua kejadian ni?" Soal Eunbi pula dengan perlahan. Terdiam mereka semua. Tak tahu nak jawab apa.
" Kita buat ni ada kebaikan kan? Jadi janganlah lemah sangat. Doa je supaya bonda dengan ayahnda tak marah kita lepas tahu kita punca semua ni.." Kata Wonyoung pula menenangkan adik beradiknya yang sedikit gelisah. Ketika mereka semua masih kerisauan, tiba-tiba yujin tergelak kecil sebelum tersenyum manis.
YOU ARE READING
THE ANGEL AND THE DEMON
DiversosPERTEMUA PERTAMA ANTARA PUTERI YENA, PUTERI KERAJAAN ANGEL DAN PUTERA CHANGBIN, PUTERA KERAJAAN DEMON TIDAK BERLAKU DENGAN BAIK. PERGADUHAN PERTAMA MEREKA BERLAKU DI SITU. PERTEMUAN KEDUA MEREKA HAMPIR SAMA CUMA YANG BERBEZA DI ISTANA DEMON MEMBERI...