1 ♡

647 45 31
                                    

Jisoo membuka pintu bilik tidur ibu dan ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jisoo membuka pintu bilik tidur ibu dan ayahnya. Rindunya dengan mereka.

Hari ini, dah genap 3 bulan mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada awalnya, Jisoo merasakan yang dia tiada harapan lagi. Dah tiada tempat untuk bergantung.

Maka, tinggallah dia dan adiknya, Lisa. Lisa masih lagi bersekolah. Jadi, Jisoolah yang tanggung kehidupannya dan Lisa.

Sejak pemergian kedua-dua ibu dan ayah mereka, Jisoo berkerja keras dengan mengambil upah membantu orang lain. Tapi, apalah sangat jumlah duit yang dia ada untuk tanggung kehidupan mereka berdua.

Yuran sekolah Lisa lagi, buku sekolah lagi, tuisyen..

Belum lagi duit untuk makan dan minum.

Tapi, Jisoo tetap berusaha untuk buat semua itu. Dia tak kisah kerja berpenat lelah asalkan Lisa dapat kehidupan yang selesa.

Lisa pula, hm.. Dia tak pernah hargai apa yang kakak dia buat untuk dia. Dia melawan, memberontak, menengking dan memaki hamun Jisoo. Dia berdendam dengan kakaknya itu.

Dendam? Sebab?

Flashback

Lisa berjalan kaki untuk pulang ke rumah dengan bangganya. Tangan kanan menggenggam erat sehelai slip keputusan peperiksaannya. Senyuman di bibir tak pernah lekang sejak dari sekolah tadi.

Keputusan peperiksaan akhir tahunnya sangat memuaskan dan cemerlang. Dia berpuas hati dengan usahanya selama ini. Tadi, ramai guru dan rakan-rakannya mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

"Mesti omma, appa dan unnie bangga!" Kata Lisa.

Dia berlari menuju ke rumahnya sebaik tiba di simpang tiga berhampiran dengan rumah.

Sebaik saja tiba, kasut sekolah dibuka dan dicampak kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarganya. Lisa menuju ke arah dapur. Tapi...

Dia terdengar perbualan antara ibu, ayah dan Jisoo.

"Sampai bila omma dan appa tak nak bagitahu Lisa tentang hal ni? Nanti dia akan tahu juga." Keluh Jisoo.

"Jisoo, Lisa takkan tahu kalau tiada siapa bagitahu dia. Kamu jangan risau. Walau macam mana sekalipun, jangan bagitahu dia." Kata ayahnya.

"Tapi, kenapa kita tak berterus-terang je yang Lisa tu bukan darah daging kita pun?" Soal Jisoo.

"Kalau kita bagitahu, Lisa mesti-" Kata-kata ibunya terhenti kerana Lisa mencelah.

"Mesti apa? Mesti apa?! Marah?! Ya! Memang Lisa marah! Kenapa korang semua tak jujur dengan Lisa?! Apa salahnya kalau berterus-terang je?!" Jerit Lisa lalu dia berlari keluar dari rumah.

Ibu dan ayahnya mengejar Lisa diikuti Jisoo.

"Lisa!"

Lisa teruskan berlari tanpa pedulikan mereka.

Tiba-tiba...

Pin! Pin!

End of Flashback

Sejak Lisa tahu yang dia bukan adik beradik dengan Jisoo, perangainya berubah 100%. Dahulunya baik, sekarang tak lagi.

👭

Umm, hi? Tak tau aa nak cakap apa btw pls vote and comment. Maceh yang.

✅ She Is A Gift • Lisa & JisooWhere stories live. Discover now