Jisoo menutup televisyen. Jam tepat pukul 10 malam. Tak ada rancangan atau drama yang seronok untuk ditonton. Remote televisyen diletakkan di atas meja kopi. Jisoo bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidurnya. Tapi, matanya sempat memandang ke arah pintu bilik Lisa yang terbuka sedikit. Kelihatan lampu masih menyala.
Lisa tak tidur ke?
Jisoo mendekati bilik tidur Lisa. Pintu perlahan-lahan dibuka supaya tidak menganggu adik angkatnya itu.
Kelihatan Lisa tertidur di atas meja belajar bersama buku latihan yang bersepah sehingga ke lantai. Begitu juga dengan alat tulis. Bersepah!
"Kesian Lisa. Lisa, unnie takkan percaya apa yang pengetua cakap tentang Lisa." bisik Jisoo.
Jisoo kemudian mengejut adiknya perlahan. "Lisa, bangun, tidurlah atas katil." Lisa terkejut daripada tidur. Dia menjeling Jisoo. "Ish!"
Lisa terus bangkit dan tidur di atas katil. Penat sangat buat kerja sekolah. Jisoo memandang ke arah buku latihan yang bersepah di atas meja. Sticky note pada dinding dibaca dalam hati.
Matematik m/s 35-38.
Sains m/s 21-26.
Seni m/s 33-45."Banyaknya kerja sekolah Lisa." kata Jisoo perlahan. Jisoo menarik kerusi dan duduk. Dia terus membuat kerja sekolah Lisa sehingga siap semuanya.
👭
Lisa mengambil beg sekolahnya di kaki katil. Buku di atas meja belajarnya dipandang hairan. Tersusun kemas.
"Siapa pulak kemaskan ni? Aku kan tidur." tanya Lisa pada dirinya.
Buku-buku latihan Lisa diselak. Semua kerja sekolah telahpun disiapkan. Lagilah bertambah hairan fikiran Lisa. Lama kemudian, dia menggulingkan biji matanya.
"Ni mesti perempuan tu buatkan. Alah, nak tunjuk baik konon. Aku tak mintak pun suruh buatkan." kata Lisa tanpa ada sedikit rasa bersyukur yang ada orang sudi nak siapkan kerja sekolahnya.
Dia segera memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya.
👭
Di Sekolah
Lisa menolak seorang pelajar lelaki, bekas pelajar sekelasnya dulu iaitu Bambam. Sementara itu, Jennie dan Rosé di belakang menyelongkar beg sekolah Bambam. Lisa merampas segulung kertas lukisan di tangan Bambam.
"Kau ni memang tak boleh pakai lah! Aku suruh kau lukis kelapa je pun!" tengking Lisa.
"Saya tak pandai lukis, Lisa." balas Bambam takut.
Betul la, ada ke patut Lisa suruh budak akaun macam Bambam buat kerja sekolah seni? Ish ish ish.
"Kau pandai lukis ke, tak pandai ke, ada aku kisah ke?!" kata Lisa sambil mengetuk kepala Bambam menggunakan kertas lukisan yang dirampasnya tadi.
Jennie dan Rosé selesai menyelongkar beg sekolah Bambam, menghampiri Lisa. Lisa terpandang dompet Bambam yang terkeluar sedikit. Segera dia cuba mengambilnya tetapi ditahan Bambam.
"Lisa apa awak buat ni?!"
"Eh diamlah kau!"
"Lisa, janganlah buli saya! Saya suka awak!"
Pengakuan Bambam itu membuatkan Jennie, Rosé dan Lisa tergelak besar. "Oi! ada hati nak suka orang! Dasar nerd." kata Jennie.
"Entah!" setuju Rosé. Dia mengambil dompet Bambam. Duit belanja Bambam dikeluarkan. Kemudian, dompet tersebut dibaling ke arah muka Bambam. Mereka bertiga berlalu pergi.
👭
Macehhh yang vote + comment ❤️❤️❤️
Oh btw, jangan lupa baca fanfic bikot lagi satu. ❤️
YOU ARE READING
✅ She Is A Gift • Lisa & Jisoo
Fanfic💔 SAD ENDING! 💔 Sejahat manapun dia, aku tetap sayang dia sebab dia adik aku. Walaupun sebenarnya, dia bukan darah daging aku. Lisa, Jisoo sayang kau. ✍🏼CERITA PERTAMA BIKOT ⚠️100% idea sendiri termasuk cover dan title. ⚠️Rekaan semata-mata. ...