💔 SAD ENDING! 💔
Sejahat manapun dia, aku tetap sayang dia sebab dia adik aku.
Walaupun sebenarnya, dia bukan darah daging aku.
Lisa, Jisoo sayang kau.
✍🏼CERITA PERTAMA BIKOT
⚠️100% idea sendiri termasuk cover dan title.
⚠️Rekaan semata-mata.
...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ha Jisoo! Nanti kalau ada lori datang, suruh je dia bawa masuk stok kat belakang." Pesan Mak Jinah, pemilik kedai runcit yang Jisoo mencari upah untuk menampung hidup.
Jisoo sudah lama kenal dengan Mak Jinah. Mak Jinah seorang yang sangat baik hati. Sejak ibu dan ayah Jisoo meninggal, dialah yang banyak tolong Jisoo. Jisoo pun banyak mengadu hal pada Mak Jinah. Mereka sangat selesa berkawan walaupun jarak umur yang jauh.
"Ok Mak Jinah!" Balas Jisoo sambil tersenyum.
Kedai runcit Mak Jinah ialah salah satu tempat Jisoo untuk mengambil upah. Yelah, satu tempat je mana cukup.
Selain itu, Jisoo ambil upah bersihkan halaman rumah orang, hantar kuih ke rumah orang dan tukang cuci pinggan di sebuah kedai makan.
Ya, memang kerja-kerja itu memenatkan, tapi Jisoo tak kisah asalkan ada duit untuk berbelanja keperluan.
Tak apalah, demi kehidupan Lisa, dia sanggup buat apa saja.
Jisoo tersentak apabila Mak Jinah menegurnya. "Jisoo, Mak Jinah pergi ke hospital dulu ye?" kata Mak Jinah. Jisoo mengangguk kepala.
Mak Jinah terpaksa tinggalkan kedai dan ke hospital dengan segera kerana suaminya terpaksa dikejarkan ke hospital atas sebab sesak nafas. Kesian Mak Jinah. :(
Jisoo merenung kelibat Mak Jinah sehinggalah orang tua itu naik teksi. Matanya terpandang ke arah kalendar yang digantung di sebelah kaunter. Matanya membulat kemudian tersenyum.
"27 Mac, birthday Lisa dah nak dekat!" kata Jisoo gembira. Tiba-tiba ada idea muncul dalam kepalanya. Dia fikir mahu buat kejutan pada hari jadi Lisa nanti. Senyuman Jisoo makin melebar.
"Mesti Lisa happy." Bisik Jisoo. Semangatnya untuk bekerja keras semakin membakar. Dia perlu mendapatkan duit lebih untuk menyambut hari jadi Lisa.
👭
Lisa pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan. Alah, bukannya dia pergi belajar pun. Ponteng!
Tiba-tiba, telefon Lisa berdering tanda ada pemanggil. Lisa melihat nama si pemanggil. Oh, Jennie rupanya!
"Hello?" sapa Lisa.
"Hello Lisa! Jangan lupa datang rumah aku malam ni!" kata Jennie riang.
Malam ini ada birthday party ayah Jennie. Lisa pada awalnya segan nak pergi sebab Jennie itu orangnya kaya, rumah besar, pakaian cantik. Tapi, Lisa tak.
"Ya, aku datang." balas Lisa dan mematikan panggilan telefon.
Lisa segera masuk ke dalam biliknya. Almari baju dibuka untuk mencari baju yang sesuai dan cantik dipakai pada malam nanti. Tapi, tak ada.
Kemudian dia masuk ke dalam bilik kakaknya, Jisoo. Manalah tahu, Jisoo ada baju yang cantik sikit. Tapi tak ada juga. Semuanya cantik tapi tak kena dengan kehendak Lisa. Sebelum Lisa sempat keluar dari bilik Jisoo, dia ternampak balang lutsinar yang berisi sejumlah wang yang banyak. Lisa menghampiri balang tersebut.
"Tak apakan kalau aku ambil ni, buat beli baju?"
👭
Esokbikot update lagi. Macehh yang vote + comment. Nantibikotpeluk. <3