10 ♡

162 24 52
                                    

Sudah seminggu Lisa tidak pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu Lisa tidak pulang ke rumah. Tiap-tiap hari Jisoo menunggu kepulangannya. Tapi, batang hidung Lisa pun tak nampak. Agaknya, dia bermalam di rumah Jennie dan Rosé. Kalaulah dia tahu di mana rumah mereka berdua.

"Maafkan Jisoo, omma, appa. Jisoo tak jaga Lisa dengan baik." bisik Jisoo. Jisoo hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar melindungi Lisa. 

Jisoo memegang perutnya yang berasa sakit. "Masuk angin la ni, sebab tak makan." kata Jisoo sendiri.

Mana tidaknya, dia terlampau risau sehinggakan dia tak makan. Terputus seleranya. Jisoo akan salahkan dirinya 100% kalau apa-apa yang buruk jadi pada Lisa.

Teruk mana pun marah Lisa padanya, dia tetap sayang Lisa. 

Jisoo mengangkat kain jemurannya sejak pagi tadi. Hari kian mendung. Tanda hujan akan membasahi bumi tak lama lagi. Seketika kemudian, guruh berbunyi di langit. Jisoo mempercepatkan tindakannya mengangkat kain. Tiba-tiba, kedengaran pintu pagar dibuka seseorang.

Lisa! 

Jisoo segera menerpa ke arah Lisa, adiknya yang sudah seminggu tak pulang ke rumah. "Lisa! Lisa balik juga rumah!" kata Jisoo gembira. Tapi, Lisa masih lagi dengan perangainya itu, dia memulau saja kata-kata Jisoo.

Lisa melangkah masuk ke dalam rumah. Dia kemudian duduk di atas sofa. Phone dikeluarkan dari pocket seluarnya.

Jisoo segera berlari masuk ke dalam rumah. Kain jemurannya tadi dicampakkan ke lantai. Gembira sangat sebab Lisa balik.

Jisoo duduk di sebelah Lisa. Pipi Lisa dipegang. "Lisa, Lisa pergi mana? Risau unnie tau?" tanya Jisoo.

"Aku duduk rumah member aku tu la. Lagi satu, aku pernah cakap jangan kisah pasal aku. Aku dah besar lah!" balas Lisa kasar. Tapi, Jisoo masih tetap senyum.

"Lisa, unnie cuma ikut pesan omma dan appa kita dulu. Lagipun, kita kan memang adik beradik." kata Jisoo.

"Adik-beradik? Aku ni bukan darah daging kau pun. Lagi satu, 'omma dan appa kita'? Aku rasa tu omma dan appa kau je." kata Lisa sinis lalu tergelak kecil. Dia bangun daripada duduk menuju ke biliknya.

"Oh btw, exam hujung tahun dah nak dekat. Kau bagi aku duit eh untuk beli buku rujukan. Yuran sekolah pun tak bayar lagi untuk tahun ni. Lepas ni kau tak payah susah-susah cari duit lagi untuk bayar yuran sekolah aku. Aku pun dah habis sekolah." kata Lisa panjang. 

"Boleh tapi bagi sedikit masa kat unnie untuk cari duit. Hari tu, duit unnie hilang. Duit yang sekarang ada pun unnie kena bayar pada Mak Jinah sebab--" kata-kata Jisoo terpotong kerana Lisa mencelah.

"Aku tak nak dengar la kau bebel. Yang penting ada."

Jisoo mengangguk diam. Sebelum Lisa menuju ke arah biliknya, matanya terpandang ke arah beberapa paket ubat di atas meja kopi.

"Ubat tu... Kau demam ke?" tanya Lisa. Tapi, pertanyaan Lisa itu tidak terbalas. Jisoo seolah-olah terkejut lalu mengambil semua ubat tadi dengan pantas. Dia berlari ke arah dapur.

Lisa hanya mengangkat bahu kemudian masuk ke dalam bilik.

"Unnie tak nak Lisa risaukan pasal unnie..." bisik hati Jisoo di sebalik almari.

👭

Nak bagitau yang tak lama lagi, ff ni nak abis dah! Lepas ni, bikot update ff jungkook, lepas habis ff ni. ❤️❤️

Jangan lupa vote + comment. ❤

✅ She Is A Gift • Lisa & JisooWhere stories live. Discover now