Lisa berlari tanpa arah tujuan. Dia tak tahu mahu pergi mana. Jennie dan Rosé sudah pun buang dia. Siap mahu jual lagi! Tak sangka, mereka baik ada makna. Gunakan Lisa demi duit.
Tiba-tiba, ingatannya teringat pada Bambam. Lelaki yang dia buli, lelaki yang dia benci, datang menyelamatkan dia. Sanggup dipukul, ditendang dan dipijak oleh orang lain demi menyelamatkan masa depan Lisa daripada menjadi gelap.
Guruh bendentum di langit. Hujan turun dengan lebat. Tubuh Lisa dibasahi air hujan.
"Terima kasih, Bambam. Maaf sebab saya tak mampu bantu awak. Tuhan, selamatkan dia." kata Lisa. Dia berteduh di perhentian bas berdekatan. Dia baring di atas bangku yang disediakan. Tangan memeluk tubuhnya. Air mata tidak berhenti mengalir.
Kesian, Bambam. Mungkin, ini balasan daripada Tuhan kepada Lisa. Selama ini dia bersikap kasar terhadap Jisoo.
Mata Lisa semakin berat dan akhirnya dia tertidur.
👭
Tidur Lisa terganggu kerana cahaya matahari terbit memancar tepat ke arah wajahnya. Malam tadi, hujan lebat. Sekarang cuaca panas terik pula.
"Ee muka cantik tapi tidur tepi jalan." bisik orang ramai di kawasan perhentian bas itu. Tapi, Lisa tidak mempedulikannya. Dia hanya fikir tentang kakaknya.
Jisoo! Jisoo! Jisoo!
Lisa bangkit daripada posisinya dan terus berlari pergi dari situ. Dia menuju ke arah rumahnya.
👭
Pintu pagar dibuka, Lisa berlari dan mengetuk pintu rumahnya. Setelah beberapa jam dia mencari jalan untuk ke rumahnya, akhirnya dia jumpa. "Unnie! Unnie buka pintu unnie! Lisa mintak ampun!" tangis Lisa.
Pintu rumah dibuka. Tapi, ini bukan Jisoo.
"Eh! Apehal terjerit-jerit depan rumah orang ni?!" tanya wanita itu sedikit kasar.
"Makcik, bagi saya jumpa dengan kakak saya, Jisoo. Tolonglah makcik!" rayu Lisa. Dia mengintai dalam rumahnya itu.
"Eh, ooo, nak cari Jisoo? Dia dah 5 bulan tak duduk sini. Rumah ni dia yang jual kepada saya." jelas wanita itu. Lisa bangun daripada melutut.
Jual? Lisa mula panik.
"Makcik! Jisoo unnie pergi mana?! Dia ada cakap tak?" tanya Lisa bertubi-tubi.
"Saya tak tahu la. Dia tak ada cakap pun. Adik pergi la dari sini." kata wanita itu lalu menutup pintu rumah perlahan. Nafas Lisa tidak teratur. Dia memegang dadanya.
Ke mana Jisoo pergi?
Tiba-tiba, Lisa mendapat idea. Orang ini saja yang boleh menolongnya.
"Mak Jinah..."
👭
Mak Jinah leka menyusun sayur-sayuran di hadapan kedainya. Syukur, kedainya sudah kembali seperti dulu, perniagaan semakin maju. Terima kasih, Jisoo.
YOU ARE READING
✅ She Is A Gift • Lisa & Jisoo
Fanfiction💔 SAD ENDING! 💔 Sejahat manapun dia, aku tetap sayang dia sebab dia adik aku. Walaupun sebenarnya, dia bukan darah daging aku. Lisa, Jisoo sayang kau. ✍🏼CERITA PERTAMA BIKOT ⚠️100% idea sendiri termasuk cover dan title. ⚠️Rekaan semata-mata. ...