7 ♡

173 24 29
                                    

Jisoo mengeluh panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jisoo mengeluh panjang. Mak Jinah mengusap belakang Jisoo. Dia amat kesian dengan nasib yang menimpa Jisoo. Sampainya hati sang adik.

"Entahlah Mak Jinah. Jisoo tak fahamlah. Apa dosa Jisoo dengan Lisa sampai dia marah-marah Jisoo?" kata Jisoo sambil menangis.

"Sabar la eh Jisoo. Kita doakan Lisa supaya dia berlembut hati untuk maafkan Jisoo." balas Mak Jinah.

Jisoo menekup mukanya dengan telapak tangan. Air matanya dikesat. Nasib baiklah ada Mak Jinah yang sudi mendengar kisah hidupnya, sudi menjadi tempat dia mengadu masalah selepas kematian kedua-dua ibu bapanya.

Mak Jinah mengambil sejumlah wang milik kedainya kemudian dihulurkan kepada Jisoo.

"Jisoo, sementara ni, kau pakailah ni dulu. Untuk buat duit makan." kata Mak Jinah.

Jisoo memandang Mak Jinah. Dia menggelengkan kepala. "Eh! Tak apa la Mak Jinah! Tak payah! Jisoo boleh bekerja. Lagipun duit dalam dompet ada lagi." tolak Jisoo. Dia menolak tangan Mak Jinah.

Mak Jinah mengambil tangan Jisoo, duit diletakkan di atas tangan Jisoo. "Tak apa, kau ambil saja, kalau kau rasa bersalah, ada duit nanti kau ganti. Mak Jinah ikhlas nak tolong kau." terang Mak Jinah. Jisoo menerima sejumlah duit yang Mak Jinah beri.

Sedikit sebanyak, dia berasa lega.

"Terima kasih, Mak Jinah. Terima kasih." ucap Jisoo gembira. Dia memeluk Mak Jinah.

👭

Jisoo berjalan mendekati pagar sekolah Lisa. Dia ingin berjumpa dengan pengetua sekolah. Dia ingin membincangkan hal Lisa. Kata Lisa, dia diturunkan ke kelas bawah. Hal itu menimbulkan rasa hairan dalam diri Jisoo.

Takkan sebab Lisa datang lambat, dia diturunkan ke kelas bawah. Betul-betul tegas sekolah ini.

Jisoo melangkah masuk dan berjumpa dengan pengawal keselamatan sekolah. Pas pelawat dipakainya.

"Saya nak berjumpa dengan pengetua sekolah."

👭

"Ha jemput duduk cik." pelawa pengetua dengan senyuman di bibirnya. Jisoo duduk di hadapan pengetua.

"Ada apa cik berjumpa dengan saya?" 

"Saya Jisoo, kakak kepada Lisa. Betul ke Lisa diturunkan ke kelas bawah? Atas sebab apa?" soal Jisoo bertubi-tubi.

Pengetua tergelak kecil. "Macam ni la cik Jisoo. Lisa yang saya kenal, yang cik Jisoo kenal, yang sekolah kenal, bukan Lisa yang dulu. Lisa yang pandai, berdisiplin, baik dah tak ada lagi. Dia sekarang dah lain." kata pengetua. Jisoo berkerut dahi.

"Maksud cikgu?"

"Saya turunkan Lisa ke kelas bawah bukan saja-saja cik Jisoo. Lisa terlampau banyak melakukan kesalahan disiplin. Dia sering ponteng kelas, dia mencuri, dia membuli pelajar yang lemah. Dan yang paling teruk, dia merokok." jelas pengetua membuatkan Jisoo menggeleng-gelengkan kepala.

"Takkanlah, cikgu! Lisa tak macam tu, dia adik yang baik. Dia tak buat semua tu." bantah Jisoo. Pengetua hanya mendiamkan diri.

"Terpulanglah kepada cik Jisoo. Tapi, pihak sekolah dah dapat bukti yang kukuh."

"Cikgu, tolonglah jangan letakkan Lisa di kelas yang paling bawah. Saya merayu. Nanti dia hilang semangat untuk jadi macam dulu lagi! Tolonglah! Saya merayu sangat." ucap Jisoo bersungguh-sungguh.

"Maaf, saya tak nak Lisa mempengaruhi pelajar harapan saya yang lain."

👭


EHEHEHE. Jangan lupa vote + comment. Cayang korang. ❤️

✅ She Is A Gift • Lisa & JisooWhere stories live. Discover now