Malaysia
4 sekawan sedang berbual kosong di rumah mereka sambil bergelak ketawa. Mereka berempat memang rapat sejak habis sekolah menengah lagi. Ada yang berasal dari kampung dan ada juga yang tetap di bandar.
"Adik you macam mana Luna??" Soal gadis yang berambut pendek paras bahu itu kepada Luna.
Luna Kaylee ya itulah gadis yang sangat lemah lembut dan matang daripada sahabat dia yang lain.
Luna tersenyum. Rindu juga dia dengan adik perempuannya yang tinggal di asrama penuh.Mereka berempat sudah tiada ibu bapa kecuali gadis yang berambut pendek itu tadi iaitu Evaline Armel. Dia adalah anak kepada jutawan yang kaya raya di Malaysia dan pekerjaan Evaline adalah seorang model.
Walaupun kaya tetapi dia tidak pernah lupa sahabatnya yang bertiga itu. Ibu bapa Evaline pun boleh menerima mereka bertiga untuk menjadi sahabat Evaline.
Evaline adalah seorang gadis yang keras kepala dan sombong dengan orang yang suka cari pasal dengannya. Namun hanya mereka bertiga sahaja yang tahu perangai sebenar si Elvina itu.
"Adik aku okay jeee, kenapa kau tanya Eva??" Soal Luna pula. Tangan masih tidak diam mengupas kuaci untuk dimakan. Duduk atas sofa pun ayu.
"Takde apa saja tanya,mana tahu dia dah takde duit nanti I boleh tolong hantarkan duit untuk dia" kata Evaline bersahaja. Bagi dia adik Luna ialah adiknya juga.
Luna bekerja di kedai bunga bersama seorang sahabatnya iaitu Rea Nataliee. Mereka berdua adalah pemilik kedai bunga di tengah bandar itu dengan usaha mereka laaa telah berjayanya kedai bunga itu didirikan.
Rea Nataliee adalah seorang gadis yang lembut dan pemalu juga. Namun apabila bersama rakannya sifat malu itu hilang entah ke mana.
"Tak payahlaaa Eva, aku boleh uruskan hal adik aku sendiri, aku tak nak susahkan korang" kata Luna serba salah. Ya memang betul dia tidak mahu menyusahkan rakan rakannya untuk menguruskan hal adiknya.
" Alah adik kau, adik kitorang juga kan, kau ni kedekut betul laaa nak kongsi adik " ujar si perempuan berambut messy bun iaitu Darleesa Amanda.
Darleesa Amanda seorang gadis yang keras kepala sama macam Evaline
namun dia manja dan sedikit penakut. Dia bekerja di sebuah restoran di tengah bandar Kuala Lumpur sebagai seorang tukang masak.Evaline dan Rea hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata kata Darleesa tadi. Manakala Luna hanya diam sambil tersenyum.
"Terima kasih korang sebab tolong aku" kata Luna sambil tersengih
" No problem" ujar mereka bertiga serentak lalu tertawa
Tbc

YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romance" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!