5. let go

28 0 0
                                    

Malaysia

"Maaf cik, kami tidak dapat mengesan keberadaan cik Darleesa. Mungkin ini akan mengambil masa sedikit untuk Cik Darleesa dijumpai semula" kata polis yang bertugas itu.

"Takkan lah takde kesan langsung encik, macam mana encik buat kerja,nama je polis tapi tak pandai buat kerja!!" Marah si gadis yang bernama Rea. Luna menenangkan kawannya yang dalam keadaan marah itu.

"Sabar lah Rea nanti diorang jumpa la tu, jom kita balik" pujuk Luna sambil memegang bahu sahabatnya itu.

Rea menjeling tajam wajah setiap polis itu lalu pergi meninggalkan balai polis itu.

"Maaf ye Encik kawan saya memang macam tu" pohon Luna tersenyum manis kepada polis itu lalu berlalu pergi meninggalkan balai polis menuju ke kereta mereka.

"Kita cari Darleesa sendirilah kalau macam ni" kata Rea lagi. Hatinya gelisah kerana sudah sehari Darleesa hilang dari radar.

"Kau ingat senang ke nak jumpa Darleesa. Kau sabar boleh tak Rea, bukan kau sorang jer bimbang pasal Darleesa aku pun bimbang jugak" kata Luna perlahan

"Bila Eva sampai " soal Rea lagi

" Petang nanti dia sampai, nanti kita cari Darleesa sama sama" pujuk Luna lagi. Sungguh kental hati seketul Luna ini.

*****

"Hey girl wake up" kata Joshua perlahan sambil menggoyangkan bahu Darleesa yang sedang tidur.

Terkebil kebil mata Darleesa memandang wajah Joshua. Lalu tubuhnya cepat cepat bangun dari pembaringan.

"Awak pergi mandi lepastu baju saya dah sediakan dalam almari then awak turun bawah untuk makan okay" arah Joshua lembut lalu berlalu pergi keluar

Darleesa semakin hairan. Kenapa diorang culik dia tetapi tidak dengan cara yang kasar. Tanpa melengahkan masa dia terus menuju ke bilik mandi. Perutnya juga sudah minta diisi kerana seharian tidak makan.

Segar badannya apabila terkena air sejuk menyimbahi badan tadi. Dia terus meluru ke arah almari. Mulutnya ternganga sedikit apabila melihat sesuatu di dalam almari itu.

Hanya terdapat sehelai T-shirt besar saiz lelaki dan sepasang pakaian dalam untuk dipakai. Darleesa mengurut pelipisnya perlahan. Tidak mungkin dia akan memakai baju sebegini. Dahla si Joshua itu tidak menyediakan sepasang seluar untuknya

Darleesa berfikir seketika. Tanpa mengambil masa panjang kerana perut sudah berbunyi dia hanya memakai sahaja baju yang tersedia dalam almari itu. Dia terus menyisir rambutnya yang panjang dan menyanggul rambut itu lalu turun ke bawah.

Sungguh besar rumah ini tetapi hanya ada beberapa manusia sahaja yang duduk di dalam rumah itu. Dia terus meluru ke dapur dan terlihat beberapa bungkus makanan di atas meja.

Darleesa memandang sekeliling nya. Tiada orang. Line clear. Dia terus menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya dengan gelojoh sekali.

"Ehem " terdengar suara seorang lelaki dari arah belakang Darleesa.

Terus terhenti suapan Darleesa. Baru dia ingin menikmati kenikmatan dan kesedapan nasi goreng itu. Darleesa rlterus berpusing kearah belakang dan melihat lelaki itu melangkah serta duduk dihadapannya sambil merenung Darleesa tajam. Lelaki itu adalah Rayden.

Darleesa menundukkan kepalanya perlahan Lahan kebawah sambil tangan bermain dengan jari. Perasaan takut menyelubungi dirinya saat ini.

"You want me to let you go??" Soal lelaki itu dingin sambil tangannya menuangkan air kopi panas ke dalam cawan.

Darleesa terus mengangkat kepalanya semula dan mengangguk laju.

"Am I talk with cat right now??" Soal lelaki itu dingin sambil melepaskan cawan kopi tadi dan matanya fokus kembali kepada gadis dihadapannya.

"Ermm ye saya nak balik rumah saya " kata Darleesa perlahan. Dia perasan Rayden menyindirnya di situ

"Makan habis makanan kau then tunggu kat depan nanti " kata Rayden lalu berlalu pergi meninggalkan Darleesa yang terpinga pinga di dapur itu.

Darleesa tersenyum kerana Rayden tidaklah jahat mana. Tidak sia sia hidupnya diculik. Terus dia menyuap laju anak goreng itu kedalam mulut.

Tbc

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now