Seperti yang dikatakan oleh Rayden minggu lepas bahawa ada event di rumah rakannya. Sebenarnya Darleesa bukan nak sangat pergi ke event tu cuma dia mahu berjumpa dengan Rea dan Eva. Mahu lihat muka Luna sudah muak dibuatnya hari hari tengok muka dia kerana mereka tinggal satu mansion.
Selesai sahaja menyiapkan dirinya dia menghadapkan badannya di hadapan cermin. Diteliti dengan yakin bahawa tiada kecacatan pada dirinya. Dia menyanggul rambutnya yang panjang ikal mayang lalu menyepit rambutnya dengan penyepit bunga. Muka dicalit dengan sedikit cream pencerah lalu bibirnya dicalit dengan sedikit lipbalm bagi menghilangkan warna pucat pada bibirnya.
Seketika dahinya berkerut perlahan ada yang tidak kena dengan gaunnya pada malam itu. Dia mengeluh perlahan. Kenapa lelaki itu belikan gaun berwarna hitam dah macam penyangak pula. Gaunnya itu hanya paras lutut sahaja. Nevermind Darleesa yang penting kau cantik malam ni.
"Are you done ? " Rayden masuk ke dalam bilik Darleesa tanpa mengetuk pintu bilik gadis itu. Terkejut gadis itu dibuatnya
Rayden berdehem perlahan. Tidak berkelip matanya merenung Darleesa pada malam ini. Sungguh cantik dengan muka yang sedikit cerah kemerahan dengan bibir mungilnya yang berwarna merah jambu. Arhh damn Darleesa you're so fcking pretty.
"Awak " kini Darleesa sudah berada di hadapan Rayden. Terus terhenti renungan lelaki itu apabila melihat Darleesa dihadapannya
" Saya tak suka baju warna hitam macam ni. Kenapa awak pilih warna ni ? Dah takde warna lain ke ? "
"Then what colour do you want ? Takkan putih ? " Rayden mengangkat keningnya. Suka hati dia lah nak pilih warna apa pun
" Putih kan cantik lagi baru la bersinar " Darleesa masih lagi tidak mahu mengalah. Kepalanya didongak ke atas memandang Rayden. Kenapa lah lelaki ni tinggi sangat.
" Amanda ni bukan majlis wedding kita kau nak dress warna putih bagai. Merepek " Tanpa sempat gadis itu membantah Rayden cepat menarik tangan Darleesa menuju ke arah lif
" Saya nak pakai kasut apa ? " Darleesa terhenti. Badannya cuba dikeraskan seketika tidak mahu lelaki itu laju laju. Nak pergi mana laju laju ni tak lari pun event tu.
Lelaki itu terus ke rak kasut yang besar itu di tingkat bawah. Ternganga mulut Darleesa apabila melihat rak besar itu yang dipenuhi dengan pelbagai kasut dan heels.
" Choose what colour do you want " arah Rayden lalu memandang sekilas jam Rolex di tangannya. Dah pukul 8.30 malam, jam 9 event tu akan start. Masa mereka hanya tinggal setengah jam sahaja lagi untuk sampai ke mansion rakannya
Darleesa mengeluh lemah. Kenapa semua heels. Dia tak pandai pakai heels. Dia takut jatuh. Seketika dia memandang Rayden yang masih merenungnya sambil berpeluk tubuh. Wajah lelaki itu usah dikata, serious sahaja.
" Hurry up Amanda nanti lambat " ujar lelaki itu lagi.
Cepat cepat Darleesa mengambil heels berwarna putih di hadapannya itu. Amanat jelah mana mana. Nanti kena marah dengan pakcik singa tu
" Amanda seriously kau nak pakai heels colour ni ? "
"Why ? " Arh Rayden please jangan buat aku tergopoh begini. Sumpah dia tak tahu nak pakai heels warna apa sekarang
" Change " arah lelaki itu keras
" I don't know " Darleesa sudah mahu menangis apabila lelaki itu tidak habis-habis mendesaknya.
" Take that black colour. Hurry up Amanda "
Pantas sahaja Amanda mengambil heels berwarna hitam seperti yang diarahkan.
Hampir tersadung dirinya apabila memakai heels Itu. Ini yang dia paling benci. Dia tak pandai pakai heels.
" Awak tunggu " laju sahaja kaki dia ingin mengejar langkah luas Rayden
YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romansa" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!
