Darleesa merebahkan dirinya ke atas katil lalu dengan segera matanya dipejam. Mahu tidur sebentar nanti dia bangun balik untuk mandi dan menyalin semula dressnya. Rayden ?. Lelaki itu masih lagi berada di bawah berborak dengan rakan rakan korporatnya seusai balik dari dewan tadi
Kini dengkuran halus terdengar di ruangan bilik mansion Rayden. Darleesa kini tidur tanpa mandi dahulu. Penat sangat ni.
Selepas setengah jam kemudian barulah rakan rakannya pulang ke rumah masing- masing. Biasalah bercakap tentang kerja memang itulah perbualan yang amat disukai oleh Rayden. Tanpa mengambil masa yang lama terus dia menuju ke arah lif untuk naik ke biliknya. Malas menggunakan tangga kerana terasa badannya sangat letih dan melekit selepas semalam majlis perkahwinan mereka dijalankan.
Masuk sahaja ke dalam bilik terus mata lelaki itu dilontarkan ke arah isterinya yang sedap tidur. Dia menghampiri ke arah katilnya. Jelas terlihat wajah penat isterinya itu. Dia terus mengambil tuala untuk membersihkan dirinya dahulu sebelum Darleesa.
Usai sahaja mandi dia terus mengejutkan isterinya pula.
"Amanda wake up " dia menggoyangkan bahu isterinya perlahan.
Darleesa hanya menggelengkan kepalanya namun mata masih terpejam. Marah orang mengganggu tidurnya
" Amanda, wake up you should change your dress first " Rayden masih lagi setia mengejutkan gadis disebelahnya.
Terpisat pisat Darleesa menggosok matanya lalu memandang Rayden dengan wajah pelik. Lama dia merenung wajah Rayden kemudian baru dia teringat yang mereka sudah pun berkahwin dan kini lelaki disebelahnya adalah suaminya. Cepat cepat dia bangun dari pembaringannya dan menjauhkan jaraknya dari Rayden
Lelaki itu memandang pelik ke arahnya yang tiba tiba itu. Apa benda la minah degil ni.
"Pergi mandi Amanda, aku penat ni "
Tanpa betah berlama disitu segera dia menuju ke wardrobe lalu mengambil sepasang baju tidur dan baju kecilnya. Dia memandang sekilas Rayden yang masih melihatnya tajam dengan lelaki itu hanya memakai short pants sahaja tanpa baju. Darleesa menggelengkan kepalanya lantas berlari menuju ke bilik air
Baru sahaja ingin membuka dressnya yang labuh itu. Zip dibelakang nya susah untuk dibuka. Arh bodohlah dress ni dah tahu tangannya pendek kenapa beli dress ni. Dia merungut perlahan. Now nak suruh siapa bukakan zipnya itu. Tadi Luna yang tolong zipkan sebelum majlis bermula tadi.
Dia termenung lama. Arh suruh jela Rayden yang tolong bukakan. Jangan risau mungkin Rayden tak gatal untuk melihat kulit belakangnya. Mungkin.
Dia terus membuka kembali pintu bilik air lalu menuju ke arah suaminya. Rayden hanya menghiraukan, matanya hanya fokus kepada tabnya.
Melihat Darleesa yang masih berdiri disebelahnya membuatkan dirinya hilang fokus
" What ?"dia memandang isterinya yang masih lagi berpakaian pengantin. Memang tak nak tukar baju ke minah ni.
" Tolong saya "
" What ? " Berkerut dahi Rayden melihat wajah berkerut isterinya. Bende minah ni. Sakit ke.
" Tolong bukakan zip dress ni " terus wajah putih itu bertukar warna merah. Malunya.
Rayden yang seakan faham dengan masalah isterinya itu terus mengangguk perlahan dan berdiri di hadapan Darleesa.
" Pusing belakang " Rayden mengarah.
Cepat cepat Darleesa memusingkan badannya. Terasa tangan lelaki itu yang mengalihkan rambutnya ketepi bagi memudahkan kerjanya.
Rayden hanya menahan apabila melihat leher jinjang putih milik isterinya. Dia terus membuka perlahan zip dress gadis itu lalu mengalihkan matanya ke arah lain tidak mahu melihat belakang putih milik isterinya
" Done " dia menolak perlahan badan isterinya supaya menuju ke tandas. Darleesa berlari bagai lipas kudung. Malunyaaaa
Rayden meraup mukanya perlahan. Lemhut gila kulit minah ni.
Usai sahaja mandi Darleesa terus menuju ke meja solek untuk menyapu sedikit losyen pada kulitnya. Dapat dia lihat dari pantulan cermin bahawa suaminya sedang fokus terhadap kerjanya sahaja. Dia mencebik. Workaholic betul.
Gadis itu terus menuju ke almari dalam bilik Rayden lalu mengambil comforter tebal dan terus kakinya melangkah ke arah sofa. Dia merebahkan badan di atas sofa itu. Selesanya. Baru sahaja mahu menutup mata terasa seorang menarik comforter nya.
Darleesa mencelikkan matanya. Dahinya berkerut perlahan. Apa masalah suaminya ni, nak tidur pun tak senang
" U think this is drama on television kau nak tidur atas sofa lepastu suami tidur atas katil ?" Rayden memandang tajam wajah isterinya yang tercengang itu.
" Go to the bed right now " arahnya lagi. Dia bercekak pinggang memandang isterinya yang masih terkinja itu.
" Hurh ? " Tidak faham dengan suaminya. Apa pulak biarlah dia nak tidur atas katil. Pelik betul laaa Rayden ni.
" Amanda even kita kahwin atas dasar keselamatan je tapi aku takkan biarkan isteri aku tidur atas sofa ni "
Darleesa masih lagi blur. Rayden mendengus perlahan. Kenapa lah kau boleh jadi isteri aku ni. Tanpa menunggu respon dari isterinya terus dia mengangkat tubuh kecil itu lalu diletakkan perlahan di atas katil.
Diam tidak berkutik isterinya saat ini. Baru sahaja Darleesa mahu bangun tetapi Rayden menolak kembali tubuhnya jatuh ke atas katil
" Saya boleh tidur dekat sofa nanti awak tak selesa " ujar gadis itu ragu ragu
" Sleep here " Rayden terus menjatuhkan tubuhnya di sebelah insterinya. Dapat dia lihat Darleesa memegang kemas comforternya menutup tubuhnya. Mata gadis itu memandang lurus syiling putih biliknya.
" Sleep Amanda I'm tired " Rayden terus menutup lampu sisi mejanya.
Darleesa terus membelakangi Rayden dan mengengsot kan sedikit badannya ke tepi. Dirinya berasa diancam apabila tidur di sebelah lelaki ini. Padahal dia dah beberapa kali tidur dengan lelaki ini tapi mengapa saat dia mendapat status isteri ini dia berasa semakin takut dengan Rayden
Baru sahaja matanya ingin ditutup tetapi kembali terbuka apabila tersedar suaminya membuka kembali lampu meja itu. Dia terus memusingkan badannya memandang Rayden
Dia dapat melihat lelaki itu yang mengatakan rahangya dan matanya memandang tajam wajah Darleesa.
" Kau kenapa tidur hujung katil sangat, nanti jatuh macam mana ? Menyusahkan " Rayden geram dengan isterinya saat ini. Mengapa takut sangat mahu tidur dekat dengannya. Bukannya dia makan gadis itu pun.
Darleesa diam memandang wajah bengis Rayden. Matanya kini bertakung. Dia merapatkan badannya ke arah Rayden sedikit
Rayden masih memandang tajam wajah isterinya. Dia bangun bergerak ke arah almari terdekat lalu mengambil sebuah bantal golek dan meletakkannya di tengah tengah katil sebagai penghadang
" Aku takkan sentuh kau, tujuan aku kahwin dengan kau atas keselamatan kau sahaja " kasar lelaki itu berbicara dan merebahkan badannya lalu bilik mereka kini kembali gelap
Darleesa diam. Matanya yang bertakung kini jatuh jua air matanya dalam kegelapan. Apa maksud lelaki itu tadi. Kenapa sakit sangat hatinya saat ini. Bukan kah lelaki itu pernah menyentuhnya sebelum ini tetapi mengapa lelaki berlakon seperti tiada apa apa yang berlaku sebelum ini.
Darleesa terus tidur membelakangi suaminya ditemani dengan air mata dan bercampur kepenatan. Baru malam pertama kahwin dah nangis. Cengeng betul kau Darleesa. Yelah sape je tak nangis apabila suaminya berkata sebegitu tadi. Dia berjanji dia tidak mahu mengharap lebih kepada Rayden selepas ini.

YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romance" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!