26. feeling

14 1 0
                                    

Sudah sehari Darleesa berkurung di dalam biliknya. Fikirannya kosong saat ini. Hidupnya kosong sekosong hatinya. Sudah gila mungkin. Beberapa kali Luna memanggilnya menyuruh membuka pintu untuk diberikan makanan tetapi Darleesa hanya membuat tidak endah dengan panggilan itu.

Rayden. Lelaki itu keluar outstation sejak semalam. Boleh dia tinggalkan aku lepas dia sentuh aku ? . Sumpah lelaki itu memang tiada hati perut.

Tangannya memegang perutnya kemudian dielus perlahan. Ada baby ke dalam ni ?. Darleesa masih terfikir lagi adakah betul lelaki itu menyentuhnya. Kenapa dia tidak sakit pun.

Mahu lari dari mansion itu tetapi dibatalkan sahaja niatnya kerana bodyguard lelaki gila itu terlalu ramai berjaga. Sejak mereka berempat bertindak mahu lari dari rumah haritu terus Rayden mengupah lebih ramai lagi penjaga di mansion nya. Dasar lelaki kaya

Dia mengeluh untuk kali ke berapa dah. Badan dihenpas lesu ke atas katil. Syiling putih kosong dipandang. Syiling itu seperti dirinya saat ini. Kosong sahaja coraknya.

Mahu tidur tetapi dirinya sudah banyak terlelap tadi. Nak buat apa ni. Kau kena fikir Darleesa apa patut kau kena kahwin dengan mamat psiko tu atau tidak

Tiba tiba dia mendengar seseorang mengetuk pintu. Dia pasti gerangan itu adalah Luna. Sejak tadi lagi gadis itu tidak berputus asa memujuknya. Kasihan pulak dia melihat Luna yang bersungguh ingin memujuknya padahal bukan salah dia pun. Mengada je Luna

Dia terus melangkah perlahan ke arah pintu. Tombol pintu dipulas kuat. Terpampang wajah risau Luna di hadapannya.

" Lees kau okay tak ni ? Kenapa kau tak bukak pintu ? Aku dah ketuk banyak kali. Kau ada masalah ke ? Tak nak share dekat aku ? " Luna melontarkan berbagai soalan

Darleesa hanya mengabaikan soalan itu. Langkah kaki dituju ke dapur. Lapar LA pulak seharian tak makan

Melopong mulut Luna melihat tindakan gadis itu. Boleh gadis itu memandangnya dengan wajah bersahaja. Ingat aku ni ada kuasa halimunan ke

Dia duduk berhadapan dengan Darleesa lalu memandang gadis itu yang sedap melahap spaghetti yang dibuatnya. Itula tadi sombong tak nak makan konon

" Wanna share problem? "

Terus terhenti suapan dari gadis itu. Dia menghenpas perlahan garfu itu di atas pinggan

" Aku kotor Luna " Darleesa terus meletakkan tangannya pada dahi. Diurut perlahan pelipisnya.

" Rayden. " Terus terhenti ayat gadis itu. Dia menahan tangisnya. Luna yang melihat sahabatnya yang ingin menangis itu terus mengalihkan tempatnya di sebelah gadis itu. Bahu Darleesa diusap perlahan

" Take your breath, tell me. Kenapa dengan Rayden "

" Rayden. Dia perkosa aku " terus terhambur tangisan gadis itu yang ditahan sejak tadi

Terpempang Luna apabila mendengar penjelasan itu dari mulut Darleesa. Jadi sebab ini lah gadis itu berkurung dalam bilik seharian

" Aku jijik dengan diri aku Luna " semakin kuat tangisan gadis itu. Dapat dia lihat sinaran kesedihan dari mata sahabatnya itu.

Luna terus memeluk kuat gadis itu. Digosok perlahan- lahan belakang gadis itu menyuruh tangisannya reda. Dia nak buat apa ni. Kenapa Rayden membuat sahabatnya begini. Tidak tahulah lelaki itu bahawa Darleesa tidak berbuat apa apa kesalahan dengan dia

" Shhh Shhhh everything gonna be okay nanti aku marah Rayden okay " Luna memujuk lagi. Tangannya semakin kuat menggosok belakang gadis itu.

" Aku takut Luna "

Luna hanya diam. Dia masih memeluk Darleesa. Seusai tangisan sahabatnya reda. Dia memandang Darleesa penuh sayu

" Kau kena kahwin dengan dia Lees " Luna memberi cadangan. Yelah Rayden dah sentuh Darleesa jadi lelaki itu perlu bertanggungjawab.

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now