30. moved

38 2 2
                                    

Pagi itu laju kaki Luna melangkah ke dapur. Dia tersengih perlahan apabila melihat Darleesa yang sedang  sibuk menyediakan sarapan. Rajin sungguh isteri orang satu ini.

Dia memegang lembut bahu Darleesa yang masih fokus dengan masakannya. Terhenjut bahu gadis itu apabila terasa bahunya disentuh lembut.

Baru sahaja berpaling wajah Luna yang sedang tersenyum  seperti kerang busuk ditayangkan ke arahnya.

" Rajinnya Darleesa Amanda pagi ni. Masak untuk husband ke ? " Luna mengusik perlahan lalu mencuit sedikit pipi Darleesa yang kembung itu.

Masam wajah Darleesa apabila mendengar usikan yang terkeluar dari mulut Luna itu. Entah kenapa dia tidak suka apabila telah mendapat status isteri sejak semalam. Dia masih terasa dengan sikap Rayden semasa mereka mahu tidur semalam. Jadi untuk apa kahwin dengannya kalau tak suka dan merasakan dirinya menyusahkan.

"Alolo jangan masam macam ni Lees aku tak sukalah tengok muka kau macam ni " Luna berasa serbasalah kerana mengusik Darleesa dengan membahaskan tentang suaminya tadi. Dia tahu bahawa Darleesa tidak ingin dengan perkahwinan ini. Kesian nya kau Lees

" Nevermind, breakfast dah siap. Kau boleh tolong aku hidangkan breakfast ni ?, aku nak kejutkan Rayden sekejap " 

"Sure " Luna mengangguk laju lalu tersenyum melihat langkah kaki Darleesa yang kini hilang dipandangannya.

Sesampainya di hadapan pintu bilik mereka Darleesa segera menarik panjang nafasnya untuk berhadapan dengan Rayden. Rasa seakan mahu melarikan diri sahaja daripada lelaki itu sehari hari ini. Tangannya memulas perlahan tombol pintu itu lalu kakinya menjejakkan perlahan masuk ke dalam bilik.

Dapat dia lihat Rayden yang masih lena diulit mimpinya. Darleesa mendekati katil mereka lalu berdiri disebelah Rayden yang lena itu.

'nak kejut ke tak nak. Nanti kalau aku kejut dia marah kalau aku tak kejut pun dia marah ' bermacam yang ada difikiran Darleesa saat ini. Kejut jelah

Dia mencuit perlahan bahu suaminya.

"Awak bangun, saya dah siapkan breakfast " Dia bersuara perlahan

Terus terbuka mata lelaki itu apabila melihat Darleesa disisinya saat ini. Dia mengerutkan dahinya memandang Darleesa.

" Saya dah siapkan breakfast awak pergilah mandi dulu " kecut perut dia apabila melihat Rayden masih memandangnya. 'aku kacau dia tidur ke '.

Tanpa menunggu reaksi dari Rayden segera dia keluar dari bilik mereka dengan pantas.

Rayden terus menyerabutkan rambutnya dan bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan badan. Hari ini dia terasa malas mahu ke pejabat kerana badannya masih terasa letih dengan majlis semalam.

                  
                                  ********

Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga sahaja di ruang makan saat itu. Mereka menikmati mi goreng buatan Darleesa dengan sungguh selera.

" Tak masuk office ke hari ini ? " Joshua menyoal Rayden disebelah kerana dia melihat lelaki itu hanya memakai shortpants dan baju t-shirt sahaja.

" No, I'm tired today " Rayden membalas pertanyaan Joshua itu.

Joshua mengangguk faham. Mungkin lelaki itu masih penat dengan majlis semalam atau penat lain.

" Luna today we moved to my condominium. pack your things after eating okay? " Joshua bersuara namun matanya masih fokus dengan makanannya. Dia sudah memberitahu Rayden semalam bahawa hari ini dia dan Luna akan pindah ke kondo nya oleh kerana lelaki itu sudahpun berkahwin. Dia ingin memberi hak privasi kepada pasangan itu. Rayden hanya menyetujui dengan cadangan Joshua itu.

Tersentak Luna dan Darleesa apabila mendengar ajaran Joshua itu. Dia pindah dari mansion ini. Macam mana dengan Darleesa

" Tapi nanti Lees takde kawan kat sini " Luna masih lagi mempertahankan haknya. No dia tak nak tinggalkan Darleesa seorang di mansion ini.

Rayden dimeja itu hanya diam manakala Darleesa menayangkan wajah murungnya

" No nanti saya akan bawa awak datang sini bila bila je untuk spend time dengan Darleesa nanti. They need privacy too Luna, Dorang dah kahwin "

" Kita pun belum kahwin lagi kenapa saya perlu duduk dengan awak pulak, lain lah awak pindahkan bersama dengan Eva or Rea?  Saya adalah jugak kawan nak bercerita. " Panjang hujah Luna. Sungguh dia tidak suka untuk duduk berduaan dengan lelaki itu satu kondo

" Just follow him. He will protect you as much as he can " Rayden bersuara lalu matanya tajam memanah Darleesa supaya memujuk Luna untuk pindah dari mansion ini.

Darleesa yang seakan faham dengan isyarat mata suaminya itu segera mengangguk.

" Takpe nanti aku melawat kau okay kita boleh lepak sama- sama. Kau jangan lah risau aku okay je duduk kat sini " Darleesa menggosok perlahan bahu Luna yang masih mencebikkan bibirnya itu.

" Macam mana kalau Rayden ni bunuh kau nanti kalau kau buat salah. Dia kan jahat " lantang mulut Luna mengeluarkan kata kata itu

Rayden mengawal mukanya yang merah itu. Rahangnya diketap. Gadis Joshua ini sungguh menguji kesabaran dirinya saat ini. Joshua lekas menepuk perlahan bahu Rayden untuk melegakan lelaki itu.

Darleesa mati kata. Dia memandang wajah Rayden yang merah menahan marah itu lalu memandang wajah Luna yang masih menunduk mencebik itu.

"Errrr, hey buat apa dia nak bunuh aku sedangkan dia suami aku, dia mesti sayang aku " Darleesa masih memujuk Luna itu. Sungguh risau kawannya tentang dirinya saat ini.

" No, dia tak sayang kau. Dia jahat. Dahlah culik kita lepastu tiba tiba nak kahwin dengan kau. Mesti dia nak bunuh kau nanti then Joshua pun bunuh aku sebabtu dia ajak aku pindah" Berkaca mata Luna saat ini sedikit sahaja lagi air matanya mahu tumpah.

" What's wrong with you Luna Kaylee ! " Joshua menengking kuat.Sakit hatinya mendengar tuduhan melulu daripada mulut gadis itu. Sejahat itukah diri mereka dimata gadis itu. Matanya memanah tajam wajah wanita di hadapannya yang sudah banjir dengan air mata

" Bro chill " Rayden sudah memegang lengan rakannya yang seakan mahu meluru ke arah Luna itu.

" Come with me " Joshua terus bangun dari kerusi dan menarik kuat lengan Luna menuju ke biliknya. Terjerit kuat gadis itu apabila dirinya ditarik oleh Joshua

Darleesa yang melihat suasana di hadapannya segera mahu bangun untuk mengejar langkah Joshua dan Luna namun tangannya ditahan oleh Rayden.

" Stay calm he won't do anything bad to her "

Mendengar kata kata daripada suaminya itu dia duduk kembali. Seleranya sudah mati saat ini.

" Saya minta maaf bagi pihak Luna sebab cakap awak macam macam " Darleesa menunduk perlahan lalu bermain dengan jarinya di bawah meja. Dia tak sangka Luna begitu berdendam dengan Rayden dan kawan lelaki itu.

Rayden diam lalu menyambung kembali suapannya yang tergendala tadi. Dia tak dapat membayangkan jika Darleesa berperangai sedegil luna itu. Gila dirinya nanti.

                                   *********

" Kau jaga diri elok elok ye Luna jangan lah degil nanti penat Joshua nak layan perangai kau " Darleesa memesan lalu memeluk erat badan sahabatnya.

Sudah beberapa kali Joshua memujuk Luna pagi tadi akhirnya gadis itu menerima juga untuk pindah ke kondo milik Joshua.

Luna masih teresak. Dirinya sayang untuk meninggalkan Darleesa itu. Dia risau akan Darleesa saat ini.

" Jaga Darleesa elok ii kalau awak buat dia terluka saya cincang badan awak 14 kerat " Luna memandang tajam wajah selamba Rayden itu.

" Let's Luna " Joshua menarik lembut tangan gadis itu. Gadis itu hanya mengikut langkah Joshua menuju ke kereta.

Darleesa melambai ke arah kereta itu sehingga kereta itu hilang dipandangan mereka.

" Ada hati nak cincang aku, sebelum dia cincang aku tu aku yang cincang dia dulu" Rayden tersengih sinis lalu masuk ke dalam mansion nya kembali dengan langkah selamba

Membulat mata Darleesa apabila mendengar ayat yang terkeluar dari mulut suaminya itu tadi. Berdendam Beno Rayden dengan Luna.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now