6. tell

29 1 0
                                    

Keadaan di dalam kereta sungguh sunyi. Darleesa memandang wajah Rayden yang sedang memandu. Dia baru perasan bahawa Rayden ini sangat kacak dan cara pemakaiannya sangat kemas walaupun lelaki itu hanya mengenakan t-shirt biasa.

"Ermm awak saya nak tanya sesuatu boleh tak??" Soal Darleesa perlahan sambil tangannya menggetel hujung baju besar yang dipakainya itu. Baju itu hanya paras pahanya sahaja. Cukup seksi dimata para lelaki

Namun lelaki di sebelahnya hanya fokus dengan pemanduan nya sahaja.

"Erm kenapa awak culik saya??" Tanya gadis itu lagi perlahan lahan. Takut juga dia akan dimarahi oleh lelaki itu.

Terus kereta yang dipandu Rayden itu berhenti di bahu jalan. Dahi Darleesa berkerut perlahan apabila melihat lelaki itu memberhentikan kereta.

Rayden terus memandang wajah Darleesa dengan pandangan kosong. Gadis itu hanya diam sambil menundukkan kepala. Perasaan takut kembali meresap dalam dirinya.

"Lepas ni aku tak nak tengok muka kau lagi, kalau kau muncul depan aku lagi aku tak teragak agak untuk bunuh kau" kata lelaki itu lalu meneruskan kembali pemanduannya.

Kecut perut terus Darleesa dibuatnya. Dia diam tidak berkutik. Lelaki yang bernama Rayden ini semakin lama semakin seram.

Sesampainya di hadapan rumah Darleesa. Gadis itu bergegas dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah seperti lipas kudung.

"Interesting" Rayden tersengih sinis lalu pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

*****

"Cuba kau share kat kitorang macam mana kau boleh Kena culik???" Soal Rea. Apabila dia melihat Darleesa sampai dialah orang pertama yang melurukan banyak soalan kepada Darleesa

Sekarang ini mereka berempat berada di ruang tamu rumah itu. Evaline pun sudah kembali semula ke Malaysia.

Ketiga tiga pasang mata itu memandang fokus pada wajah Darleesa.

Darleesa terus menceritakan satu satu tentang bagaimana dia diculik semalam kepada rakan rakannya.

"Hensem tak diorang???" Soal Evaline tersengih gatal memandang wajah Darleesa

Darleesa hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tahu sangat dia dengan perangai si Eva ni. Asal hensem jeee terus miang

"Kau kena hati hati lepas ni Lees, entah entah dia ada rancangan jahat nak buat dekat kau" kata Luna bimbang. Hatinya lega apabila melihat Darleesa kembali semula ke rumah mereka tadi.

"Apa kata kau kerja dengan kitorang Lees, taklah susah sangat kerja kedai bunga itu" kata Rea memberi cadangan bernasnya

Darleesa hanya diam sambil memikirkan sesuatu. Dia melepaskan nafas perlahan Lahan.

"Okaylah aku kerja dengan korang" putus Darleesa

"Guys esok you all ambil cutilah sehari " kata Evaline sambil bersila di atas sofa.

Mereka bertiga mengerutkan dahi memandang ke arah Evaline

"Kita pergi shopping esok, biar I yang belanja" Evaline masih lagi menawarkan diri

"Aku okay je" kata Rea dan Darleesa mengangguk perlahan

Mereka terus memandang wajah Luna.

"Aku tak boleh pergi sebab aku nak pergi ambil adik aku kat asrama" kata Luna sambil tersenyum

Mereka bertiga mengeluh perlahan

"Habis tu kau nak pergi dengan siapa ?? Biar aku teman kau esok" kata Darleesa.

"Erh tak payah laaa Lees aku boleh pergi sendiri esok dengan teksi, dont worry okay" kata Luna yakin.

"Ermm okay laahh kalau macam tu" kata Darleesa hampa

"Kan I dah cakap you ni kena pandai drive nanti tak susah laa nak naik teksi bagai " ujar Evaline juga. Dia juga bimbang dengan keselamatan rakannya

Luna hanya tersenyum perlahan.

*****

Ray Holding

"Asal kau lepaskan awek lawa macam tu, rugi betul" protes si Noah. Mereka berempat berada di bilik Rayden pada masa itu.

"Aku tak suka simpan perempuan dalam rumah aku" kata Rayden dingin. Tangannya sibuk menaip sesuatu di skrin komputer. Hari hari boleh dikatakan dia hanya melekat dengan kerjanya sahaja.

Joshua melepaskan tawa perlahan. Tahu sangat dia dengan sindiran Rayden kepada Noah itu. Maklumlah seorang Noah ini adalah playboy. Boleh dikatakan setiap malam dia tukar wanita yang dijumpai di club.

Zhang hanya tersengih melihat wajah cemberut Noah itu.

"Korang boleh keluar tak?? Aku sibuk sekarang ni. Jangan sampai berkecai kepala korang nanti malam" kata Rayden lagi. Di tidak suka apabila kerjanya diganggu oleh tiga ekor beruk di hadapannya itu terutamanya Noah.

"Ishhh kau ni rileklaaa workaholic betul, tak bosan ke hadap kerja hari hari " kata Joshua pula.

Rayden memandang tajam wajah Joshua. Rahangnya diketap rapat.

"Okay okay kitorang keluar la ni, beku betul kau ni " kata Noah pula

Mereka terus keluar dari pejabat Rayden. Selain Zhang yang beku. Rayden lebih teruk bekunya.

Tbc

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now