"Mananya Zhang, dah lama aku tunggu ni " keluh Noah. Sudah lama mereka menunggu Darleesa keluar dari kedai 7e namun gadis itu tidak keluar keluar lagi dari sana.
Zhang menjeling tajam Noah disebelahnya. Lidah ditolak kedalam pipi sambil mata fokus kepada kedai 24 jam itu.
Mereka terus keluar dari kereta apabila melihat Darleesa juga keluar dari kedait 7e itu.
Baru sahaja tangan Darleesa ingin membuka pintu kereta mulutnya ditekup oleh Zhang.
Dia cuba menjerit. Rea di dalam kereta tidak menyedari situasi itu. Dia hanya fokus terhadap handphone di tangannya.
"Reee....!!" Darleesa cuba menjerit lagi memanggila Rea. Tangannya memukul mukul badan Zhang. Dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana keadaan keadaan gelap sedikit pada malam itu.
"Bro, perempuan dalam kereta tu nak buat macam mana??" Soal Noah sambil tersengih.
"Culik jerlah dia juga" bantang Zhang. Tangannya kemas memegang Darleesa yang mahu melepaskan diri itu.
Noah tersengih lalu melulu ke arah tempat pemandu dan membuka pintu kereta itu. Dia menarik Rea. Zhang sudah lama mengikat Darleesa di dalam keretanya.
"Hei apa ni main tarik tarik " marah Rea sambil cuba melepaskan pegangan tangan lelaki itu.
"Ikut aku" arah Noah kasar. Namun apabila dia melihat keadaan Rea yang mahu menggigit tangannya itu cepat cepat dia mengeluarkan pisau dari poketnya dan mendekatkan pisau itu pada bahagian tepi perut Rea
Terus keras badan gadis itu apabila merasakan sesuatu benda yang tajam berada di perutnya.
"Follow me or I'll kill you" ugut Noah di tepi telinga Rea.
Rea mengangguk laju tanda dia akan mengikut arahan lelaki itu. Tidak mahu dirinya sia sia dibunuh. Badannya bergetar hebat. Lelaki itu masih memegang dirinya dan membawa dia ke sebuah kereta.
Noah terus menolak tubuh Rea kedalam kereta itu dan mengikat tangan dan kaki gadis itu dengan kemas.
Membuntang biji mata Rea apabila melihat Darleesa turut diculik oleh lelaki itu.
Lelaki itu terus menuju ke bahagian tepi pemandu. Dan kereta meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
Rea menggunakan isyarat mata ke arah mata Darleesa namun Darleesa hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu mereka mahu membawa Darleesa dan Rea kemana.
Sesampainya dihadapan rumah mewah di itu kereta terus berhenti. Zhang dan Noah mencabut topeng yang dipakai mereka.
Darleesa membulatkan matanya sekali lagi
"Noah,Zhang ??" Seru Darleesa perlahan. Rea terus memandang Darleesa tanda dia tidak faham apa yang berlaku.
"Turun" arah Zhang dingin lalu menarik kasar lengan Darleesa. Darleesa hanya patuh. Dia pelik. Apa misi diorang tangkap dia dan Rea sedangkan Darleesa sedikit pun tidak memunculkan diri di hadapan Rayden.
Rea juga ditarik kasar oleh Noah untuk keluar dari kereta itu. Dirinya hampir tersungkur di hadapan apabila Noah menari kasar pergelangan tangannya.
"Macam mana saya nak jalan kalau awak ikat kaki saya!! Jadi penculik pun bodoh " kasar bahasa yang keluar dari mulut Rea.
Noah membulatkan matanya. Boleh tahan. Celupar juga mulut minah ni.
Dia terus menunduk dan membuka ikatan pada kaki gadis itu sebelum menarik semula lengan Rea masuk kedalam rumah. Darleesa sudah hilang dipandangnya. Rea menjeling tajam lelaki itu. Dia juga pelik. Apa motif diorang culik aku dan Darleesa.
************
Sesampainya di bilik bawah tanah dia ternampak sekujur badan yang diikat di atas katil kayu. Ya gadis itu adalah Darleesa. Dia cuba meronta
"Hei awak buat apa dekat Darleesa??" Soal gadis itu. Matanya tajam menentang mata Rayden. Tangannya masih dipegang kemas oleh Noah. Zhang sudah hilang dari pandangan mereka.
Noah terus mengikat Rea pada kerusi kayu yang sudah tersedia disitu.
"Weih lepaslah apa ni main ikat ikat, macam budak budaklah awak ni !!" Tengking Darleesa di hadapan Noah. Noah yang tidak tahan dengan jeritan gadis itu terus mengeluarkan pistolnya dan meletakkan pistol itu di kepala Rea. Terus terdiam gadis itu.
Darleesa yang memandang situasi itu terus tidak tenang. Tanganya meronta ronta cuba melepaskan diri. Rayden memandangnya dengan pandangan kosong.
"Tolong jangan apa apakan kawan saya " pohon Darleesa lemah. Matanya memandang Rayden meminta simpati dari lelaki itu.
"Noah turunkan pistol kau" arah Rayden
Noah terus menurunkan pistolnya itu. Wajahnya tampak sinis memandang Rea yang sudah menitiskan air mata.
Permainan baru je bermula
**********
"Eva mana diorang ni tak balik balik aku risaula" dari tadi Luna tidak duduk diam. Kakinya kehulur kehilir di hadapan ruang tamu. Sekarang sudah pukul 11 namun Darleesa dan Rea masih belum pulang. Setahu dia mereka berdua hanya mahu pergi ke kedai 7e namun pada masa ini belum balik lagi.
"You sabar boleh tak, cuba duduk dulu tenangkan diri, nanti diorang balik lah" kata Evaline bersahaja lalu menyumbat sepotong epal ke dalam mulut.
Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah. Lea Iriz telah dihantar ke rumah ibu bapa Evaline untuk beberapa hari kerana mama Evaline ingin bertemu adik Luna itu.
Luna terus duduk di sebelah Evaline. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan bagi menenangkan diri.
Tbc
YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romance" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!