" Eva aku nak balik lah. Hantar aku balik."
Rayu si Luna. Ada ke patut perempuan ni bawa dia pergi club. Katanya nak cari ketenangan lepas penat cari dua orang kawannya yang tidak dijumpai. Kalau nak cari ketenangan pun agak-agaklah bukannya kat tempat ni. Seumur hidupnya dia tidak pernah datang ke sini. Perempuan ni memang gila.
"Alaaa you ni kejap Je teman I. U duduk diam je kat dalam " Evaline masih menarik tangan Luna. Luna mendengus perlahan. Nasib dia baik hati. Diturutkan sahaja kerenah sahabatnya. Orang risau benda lain dia boleh lagi nak enjoy. Geram.
Suasana dalam club sangat berbeza dengan suasana di luar. Luna menutup telinganya. Mahu pecah gegendang telinganya dengan muzik yang kuat. Belum sempat dia menjejakkan langkah untuk mengikut Evaline. Terus hilang gadis itu. Sudah. Mana perempuan ni.
Matanya melilau mencari kelibat wanita itu. Dia menyusut di tengah-tengah orang ramai untuk mencari Evaline. Namun tidak jumpa kerana sesak dengan orang ramai. Hatinya sudah tidak tenang. Menyesal dia masuk dalam ni. Semuanya salah Evaline.
Dia berasa takut dengan suasana disini. Matanya sudah berair. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh. Dia berlari lagi mencari pintu keluar tadi namun tidak jumpa. Bibirnya diketap perlahan. Macam mana ni.
Dia mengeluh penat lalu duduk mencangkung di hujung dinding club itu. Nak cari jalan keluar pun tak jumpa. Sibuk dengan orang ramai. Dia menjatuhkan kepalanya ke atas lutut. Semakin kuat dia menangis ' nak ibu ' rintihnya. Sungguh dia takut dengan saat ini dengan manusia yang ramai di dalam club itu.
Terasa bahunya dipegang oleh seseorang. Terus dia mengangkat kepalanya. Di dongak keatas untuk melihat gerangan siapa yang memegang bahunya. Tercengang Luna apabila melihat figura lelaki yang dikenalinya kini berada di hadapannya. Joshua. Ye lelaki itu adalah Joshua yang pernah menolong dia dan adiknya.
"Are u okay ?" Dia menyoal perlahan
Luna menggeleng kepala. Semakin kuat tangisannya. Aduh Luna kenapa emosi sangat ni.
Joshua buntu mahu membuat apa. Dia menggosok perlahan bahu gadis itu. Sudah. Dia tidak pandai mahu memujuk gadis ini. Semakin kuat tangisan gadis itu apabila dia menggosok bahunya
"Shhh janganlah nangis nanti orang ingat saya buli awak " lelaki itu meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
Terus terdiam Luna. Mukanya sudah merah kerana menangis. Dia merenung lelaki di hadapannya.
Joshua berasa malu apabila menyedari gadis itu sedang merenungnya tanpa berkelip
"Erk. Kenapa awak menangis ?"
Gadis itu diam seketika. Tidak tahu mahu menceritakan bagaimana. Sekarang ni dia hanya mahu keluar dari sini. Dia memandang keliling club itu. Masih seperti tadi. Sesak dengan orang. Dia mengengsot kebelakang. Fobia dengan tempat ini.
Apabila melihat gadis itu hanya diam tidak berkutik dia bersuara
" Okay jom saya bawa awak keluar " tangan dihulur kepada Luna
Luna memandang lama tangan itu dan melihat muka Joshua. Namun lelaki itu hanya mengangguk dan tersenyum. Dengan perlahan tangannya dihulur untuk menyambut huluran lelaki itu. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya.
Sesampainya di luar. Joshua menarik tangan gadis itu menuju ke arah kereta.
Baru kakinya mahu melangkah terasa pergerakannya terhenti. Dia memandang wajah gadis di sebelahnya dengan dahi berkerut. Kenapa berhenti.
"Saya takkan buat benda buruk dekat awaklah. Saya just nak dengar cerita awak macam mana awak boleh masuk dalam ni " Joshua bersuara mahu meyakinkan gadis itu.
Luna memandang Joshua lama mencari sinar kejujuran. Dia mengeluh dan terus berjalan mengikut Joshua menuju ke arah keretanya.
"Awak boleh cerita sekarang " ujar lelaki itu setelah mereka masuk ke dalam kereta.
Luna diam menunduk lagi. Jarinya dimainkan antara satu sama lain.
Joshua diam. Masih memandang gadis itu yang hanya diam. Lama keadaan sunyi begitu Joshua bersuara
"Saya hantar awak balik nak ?"
Lantas Luna menggelengkan kepalanya pantas. Tangan digenggam perlahan. Macam mana dia nak minta tolong lelaki ini untuk bertemu dengan Evaline.
Joshua mengerutkan dahinya. Kenapa gadis ini tak nak dihantar balik.
"Sebenarnya saya datang dengan kawan saya tadi. Dia paksa saya masuk dalam tempat tu. Lepas tu dia tinggal saya macam tu je. Saya tak jumpa dia. Awak boleh tolong cari dia tak kat dalam ?"
Joshua mengerutkan kan keningnya lagi. Kawan paksa masuk ke dalam club.
"Kenapa kawan awak paksa awak masuk dalam tempat tu? "
Luna mengangkat bahunya tanda tidak tahu
"Dia cakap nak tenangkan fikiran sebab penat cari kawan kitorang yang kena culik "
Ujar Luna lagi. Jujur jelah dengan lelaki di sebelahnya
Tercengang Joshua mendengar setiap kata dari gadis itu. Diculik ? . Takkanlah Darleesa dengan Rea.
"Errr kawan awak yang diculik tu nama apa ? "
Dia menyoal lagi. Luna diam seketika apabila lelaki itu menerajukan soalan begitu kepadanya. Nak bagitahu ke tak. Ah bagitahu jelah Luna
"Darleesa Amanda dengan Rea Nataliee " Nama penuh ditujukan
Terus membulat mata Joshua. Betul sangkaannya memang kawan Luna yang diculik oleh Rayden itu. Muka dikawal terus agar Luna tidak nampak kegelisahannya.
Luna mengeluh perlahan
"Awak boleh tak ni tolong saya ? " Luna mencelah lagi
"Awak !" Mati terus lamunan lelaki itu apabila mendengar suara kuat gadis di sebelahnya memanggilnya
"Bol....boleh boleh. Apa nama kawan awak yang dekat dalam club tadi ?"
"Evaline "
"Awak nak ikut saya or nak duduk dalam ni je ?"
"Saya ikut awak " laju gadis itu memintas. Takut mahu duduk dalam kereta di tempat gelap sorang-sorang
Tanpa menunggu lama mereka terus menuju kembali ke dalam club itu.
YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romance" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!