9. teasing

32 2 0
                                        

Mereka masih berada di ruang bawah tanah.

"Encik boleh laaa lepaskan saya, saya janji saya tak cari pasal lagi dengan encik " Rea masih lagi merayu kepada Noah yang duduk di hadapannya.

Namun lelaki itu hanya diam sambil bermain dengan handphone di tangannya. Rea mengetap bibirnya perlahan. Dia cuba berfikir apa salahnya sehingga lelaki itu menculiknya.

Tidak lama kemudian Zhang dan Joshua pun muncul dalam ruang itu sambil membawa beberapa buah kotak lalu dihulurkan kepada Rayden. Noah terus berjalan menuju ke arah kotak itu lalu mengambil sebuah kotak yang berada disitu.

Darleesa mengerutkan dahinya perlahan. Takkanlah ada pistol di dalam kotak itu. Wajah Darleesa terus pucat lesi. Dia berpaling ke arah Rea yang hanya duduk diam di atas kerusi kayu itu. Wajahnya juga jelas dalam ketakutan.

Zhang mengeluarkan isi dalam kotak itu. Dan itu adalah seekor katak besar yang dipegang oleh Zhang. Dia meletakkan haiwan lembik itu dia atas perut Darleesa.

Terus menjerit gadis itu apabila melihat haiwan besar itu berada di atas perutnya. Dia geli dengan haiwan seperti itu. Rea yang melihat situasi itu cuba melepaskan diri. Apa masalah lelaki ni. Hairan betul dia. Bukan mereka membuat masalah pun.

"Rayden tolong ambil balik benda tu, ARHHHHH!!" Nyaring sungguh jeritan gadis itu memenuhi ruang kawasan bawah tanah. Badannya bergetar hebat.

Rayden tersengih. Dia terus memandang Zhang dan lelaki itu mengangguk. Dia mengeluarkan pula seekor ular dari kotak satu lagi lalu meletakkan ular itu di atas kaki Darleesa pula.

Darleesa apa lagi, semakin kuat jeritannya. Dia rasakan benda ini seperti permainan bodoh sahaja. Dia terus menangis. Menangis kerana takut satu dan menangis kerana geli satu.

Ular itu menyusur perlahan Lahan ke atas perut Darleesa dan NGAP. Ular itu terus membaham katak itu tadi. Terus terpejam mata Darleesa. Takkan ular ini mahu memakannya juga.

Rayden mengambil semula ular itu dan dimasukkan semula ke dalam kotak. Dia terus memandang gadis di hadapannya.

"Are you scared darling ??"

Bodoh Rayden memanglah dia takut dengan situasi tadi. Darleesa tidak menjawab dia menjeling tajam ke arah Rayden.

Bibir lelaki itu terjungkit sinis. Dia terus membuka semula ikatan pada tangan dan kaki gadis itu. Tanpa sempat pun dia bangun dari pembaringan dirinya terasa melayang ke udara. Rayden dengan selamba mengangkat tubuhnya dan terus hilang dari bilik itu.

Rea yang melihat keadaan itu terus bersuara.

"Hei kawan awak nak bawa kawan saya pergi mana tu???" Rea melurukan soalan itu kepada Noah. Namun lelaki itu hanya mengangkat bahu sahaja. Zhang dan Joshua turut berada di situ.

"Next is your turn" Noah berkata seram. Dia membuka kotak itu dan mengeluarkan seekor biawak besar. Belum sempat dia ingin meletakkan biawak itu di atas riba Rea gadis itu terus menjerit lantang.

"Arhhhhhh!!! Tolong jangan letak benda tu, saya geli !!!" Rayu Rea di hadapan Noah. Air mata semakin lebat mengalir. Tubuhnya menggigil takut. Bibirnya bergetar laju.

Noah meletakkan kembali haiwan itu kedalam kotak. Kasihan dia melihat wajah ketakutan Rea. Dia terus melepaskan ikatan pada kerusi itu. Noah menarik tangan Rea perlahan. Baru sahaja berdiri gadis itu sudah pengsan tidak sedarkan diri di dalam pelukan Noah.

Noah mengerutkan dahinya memandang wajah Joshua dan Zhang.

"Bawa dia pergi bilik kau" Joshua memberi cadangan. Noah mengangguk lalu mendukung gadis itu menuju ke biliknya.

************

"Apa masalah awak sebenarnya ni. Saya tak munculkan diri pun depan awak. Tiba tiba culik saya ni kenapa??" Soal Darleesa laju apabila mereka sudah berada di bilik Rayden. Gadis itu duduk melekat di dinding manakala Rayden berada di atas katil sambil baring. Matanya hanya selamba merenung ke arah Darleesa.

"Come here"

Darleesa menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia masih berasa takut dengan situasi dimana lelaki itu meletakkan dua ekor haiwan yang tidak disukainya di atas badan Darleesa.

Melihat respon gelengan dari Darleesa itu dia terus bangun dari pembaringannya menuju ke arah Darleesa perlahan.

Darleesa semakin takut dengan Rayden. Lelaki itu sudah berada di hadapannya. Lelaki itu terus menarik kasar lengan Darleesa menuju ke katil Rayden.

Darleesa cuba meronta melepaskan diri. Dirinya ditolak oleh Rayden sehingga gadis itu jatuh terbaring di atas katil.

Rayden memeluk erat gadis itu di atas katil. Tidak mahu Darleesa lari melepaskan diri.

"Tidur Darleesa, aku mengantuk" ujar Rayden di cuping telinga Darleesa. Terus terdiam gadis itu di dalam pelukan Rayden.

***********

"Eva dah pukul 1 pagi ni, mana diorang tak balik balik lagi ?" Soal Luna. Matanya tertunak kepada Evaline yang sedang memegang handphone

Evaline juga tidak duduk diam. Rambutnya dikusutkan sedikit. Mereka berfikir bagaimana cara mahu menemukan Darleesa dan Rea.

Tbc

BAD BLOOD | SLOW UPDATEStories to obsess over. Discover now