11. cry

31 1 0
                                    

"kau okay tak ni?" Soal Darleesa kepada Rea. Gadis itu menyembamkan kepala pada lututnya. Soalan Darleesa itu diabaikan. Boleh gadis itu menanyakan dia okay ke tidak.

"Aku minta maaf, disebabkan aku kau terlibat sekali dalam masalah ni"

Rea terus mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah serba-salah Darleesa itu. Hingusnya ditarik. Ya sejak pagi tadi dia hanya menangis sahaja.

"Cuba kau cerita dekat apa yang jadi sebenarnya sampaikan aku kena culik, kau ada hutang dengan diorang ke??" Soal Rea memandang tepat ke arah Darleesa yang berhadapan dengannya.

"So sekarang ni apa masalah lelaki tu. Padahal kau tak muncul kan diri pun depan dia. " Protes Rea setelah mendengar penjelasan dari Darleesa

Darleesa hanya menggeleng lemah dan dia sebenarnya tidak tahu apa fungsi Rayden menculiknya. Sekali dengan Rela terjebak.

"Aku minta maaf kalau susahkan kau,sumpah aku tak expect pun benda ni terjadi, i'm sorry " ujar Darleesa lemah.

Rea memegang bahu Darleesa perlahan lalu menggosok bahu gadis itu.

"It's okay, so kita nak lepaskan diri macam mana ni ?" Soal Rea sengih. Air matanya sudah kering.

Darleesa hanya mengangkat bahu tanda. Dia tidak tahu mahu melarikan diri dari rumah besar itu. Rumah itu elok berada di dalam hutan. Sungguh menyeramkan.

Pintu bilik terbuka dengan tiba tiba. Terjengul wajah Noah di pintu.

"Korang jangan nak rancang pasal nak lepaskan diri erh dan kau Rea" tunjuk Noah ke arah Rea yang sedang memandangnya

"Kau milik aku sekarang ni" Noah menyambung kata katanya semula.

Rea menjegilkan mata memandang Noah. Berani lelaki itu mengatakan dia miliknya sekarang.

"Get out princess" arah Noah kepada Darleesa. Matanya masih memandang wajah mulus Rea.

"Tapi awak takkan lakukan benda buruk pada Rea kan??" Soal Darleesa perlahan Lahan berjalan ke arah pintu bilik.

"Don't worry aku just nak rasa dia sikit je"

Langkah Darleesa terus terhenti di hadapan pintu bilik

"What do you mean??" Wajah Darleesa berubah bimbang. Dia melihat Noah semakin mendekat ke arah Rea. Belum sempat kakinya ingin menghalang langkah lelaki itu lengannya ditarik kuat oleh seseorang.

Rayden memegang lengannya kemas

"Awak tolong bagitahu Noah jangan apa apakan kawan saya please" kini giliran Darleesa pula memegang tangan Rayden. Lelaki itu melihat tangannya yang dipegang oleh tangan kecil gadis itu.

"Noah takkan apa apakan kawan kau dah jom makan, kau belum makan lagi kan"

Darleesa hanya menurut bagaikan lembu dicucuk hidung.

***********

"Jangan dekat lah !!!" Rea menjerit kuat apabila melihat Noah semakin dekat dengannya.

"Boleh tak kau diam, bukannya aku nak rogol kau pun !!!"

Dia melemparkan baju t-shirt besarnya ke arah Rea sehingga terkena kepala gadis itu

"Kau mandi sekarang. Pakai baju tu lepastu turun bawah makan "

Rea diam seketika sebelum bersuara semula.

"Awak keluarlah saya nak mandi "

"Mandi jerlah, aku tak terliur nak tengok kau mandi " selamba Noah berkata lalu membaringkan badannya di atas katil. Matanya dipejamkan. Tidur sekejap takpekan.

Selesai sahaja Rea mandi dia melihat sekujur badan elok berbaring di atas katil. Dia terus mendekat ke arah Noah yang sedang tidur. Dia merenung wajah lelaki itu. Hensem juga dia ni.

"Awak bangunlah" dia menggoyangkan bahu Noah perlahan.

"Erm apa" soal lelaki itu sedikit mamai. Baru dia merebahkan badan di atas katil dia sudah terlelap. Mudah betul tidur. Mungkin penat

"Saya nak turun bawah tapi saya takut "

Rayden bangun duduk di atas katil. Dia memandang Rea tunak. Cantik. Dengan mengenakan baju t-shirt besarnya yang berwarna biru. Comel.

"Jom " dia terus memegang pergelangan tangan gadis itu lalu berjalan keluar dari bilik

Sesampainya di dapur dia melihat kelibat Darleesa di situ bersama Rayden yang sedang makan. Dia terus melepaskan pegangan Noah dan berjalan melulu ke arah Darleesa.

"Kau okay " soal Darleesa. Lalu dia menuangkan segelas air teh panas kepada Rea

Rea hanya mengangguk perlahan sambil tersengih.

"Ehem malam ni korang duduk kat rumah kitorang ade kerja malam ni" kata Rayden dingin

"And one more thing, jangan nak berangan boleh keluar dari rumah ni, kat dalam hutan sana ada haiwan liar. Cubalah keluar kalau nak mati awal" sambung Noah lagi.

Terdiam kedua dua gadis itu memandang antara satu sama lain

Tbc

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now