Dengan langkah yang megah dia menolak kuat pintu rumah banglonya. Biliknya dituju dengan Langkah yang laju.
Dia mengerutkan dahinya apabila ketiadaan figura gadis itu di dalam biliknya. Bibirnya diketap perlahan, 'she won't run'. Laju kakinya melangkah keluar dari bilik itu.
Mata helangnya melilau mencari susuk tubuh gadis idamannya itu. Habis segala bilik digeledah olehnya. Terus dia turun balik ke tingkat bawah untuk melihat sama ada gadis itu ada di dapur atau tidak. Namun sangkaannya meleset apabila gadis itu juga tiada di dapur.
Dia berlari keluar menuju ke arah bodyguard nya yang menjaga pintu masuk utama.
"did you see two girls walking out of this house ?"
Soalan dituju kepada lelaki itu
"Over there sir " sahut lelaki itu dengan jari telunjuk menunjuk ke arah taman bunga.
*********
Terdengar suara dua orang wanita dari taman bunga itu.
Rayden mengerutkan keningnya. Buat apa malam-malam pergi taman bunga. Langkah diatur perlahan takut membunyikan sebarang bunyi supaya gadis-gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Dia mendengar dengan teliti apa yang mereka sedang bincangkan.
" Macam mana kita nak lari ni Lees ?" Risau suara Rea. Matanya melilau melihat bunga-bunga di taman itu. Memanglah semua bunga disitu kelihatan tenang tapi tidak dapat menenangkan hatinya yang gundah sejak dari semalam lagi. Gila tak risau dengan diri mereka diculik oleh lelaki tak dikenali.
Darleesa hanya diam. Dia mengusutkan rambutnya. Buntu sudah bagaimana mahu melarikan diri. Jika mereka melarikan diri sudah tentu lelaki itu akan mengejar diorang. Sah lelaki itu psiko.
"how are you girls ?"
Suara seorang lelaki menjengah telinga mereka
Darleesa dan Rea terus memusingkan kepala mereka serentak melihat gerangan empunya suara yang menegur mereka. Darleesa meneguk liurnya kasat. Tangannya dipegang kas oleh Rea.
Rayden menjongket keningnya
"talking about something?" Lelaki itu menyoal lagi.
Darleesa hanya diam. Dia mengetap bibirnya perlahan. Kepala ditunduk ke bawah. Entah kenapa dia berasa takut dengan lelaki di hadapannya.
"Don't bite your lips girl "
Rea terus mengambil nafas dalam.
"Pakcik sampai bila pakcik nak culik kitorang. Kitorang takde buat salah pun dengan pakcik. Pakcik ni okay ke tak ? Macam tak betul je "
Rea bersuara perlahan. Takut juga tapi dia memberanikan dirinya untuk bersuara. Mahu harapkan Darleesa sampai ke sudah perempuan tu takkan bersuara.
Darleesa membulatkan matanya. Laju tangan dia mencubit peha Rea. Berani perempuan itu melontarkan soalan maut kepada lelaki itu.
Rayden mengangkat sebelah keningnya. Lidahnya ditolak ke dalam pipi. Tangan disilang di dada dan mata helangnya tajam memandang dua gadis di hadapannya. 'boleh tahan mulut perempuan Noah ni'
" Ikut aku " arah Rayden
Darleesa pandang Rea, Rea pandang Darleesa. Mereka mengangkat bahu lalu mengikut langkah lelaki itu.
Baru beberapa langkah kaki mereka melangkah. Darleesa mengerutkan dahinya. Mengapa lelaki itu berhenti. Lelaki itu berpaling ke arah mereka berdua.
" Just her not you " lelaki itu menujukan ayat itu kepada Rea.
Rea mengeluh perlahan. Matanya memandang tajam Rayden.
"She's my friend. Nanti pakcik buat benda buruk dekat kawan saya. " Tangannya memegang kemas tangan Darleesa.

YOU ARE READING
BAD BLOOD | SLOW UPDATE
Romance" Once you step I shoot you " - Rayden Marquez " crazy " - Darleesa Amanda " I hate you ! " " Like I care " no plagiat !!!